BAB 4

Romance Completed 22105

Cappucinno yang masih panas berasap itu diletakkan di atas meja di hadapan lelaki itu. “Here your cappucinno” kata Syira sedikit gugup. Bila tiada di depan mata bukan main banyak mulut cerita itu ini tentang lelaki ala mat salleh itu tetapi bila sudah ada depan mata pandai pula control ayunya.

Biasalah perempuan..lebih-lebih lagi perempuan bertudung seperti Syira. Haruslah lebih menjaga adab dan sopan bukan main tergedik-gedik macam sesetengah perempuan di luar sana. Matanya mencuri pandang wajah lelaki itu. Tiba-tiba lelaki itu juga memandangnya.

Pantas Syira mengalihkan pandangannya. “alamak kantoi..!” desis hatinya. “Ehem..” lelaki itu berdehem. “You know what..I dah lama perasan yang you asyik tengok I aje” kata lelaki itu sambil memandang Syira. Merah padam muka Syira menahan malu.

Tetapi dia sedikit terkejut kerana lelaki itu boleh bercakap dalam bahasa melayu. Mati-mati dia ingatkan lelaki itu anak mat sallah mana yang tercampak di situ. “Erk..awak boleh cakap melayu?” soal Syira. “Yes, of course. I lahir kat sini so mestilah pandai cakap melayu.. well I tak hairan kalau you tanya macam itu sebab muka I memang lain among the others right? Actually daddy I orang England tu yang I dapat muka macam ini ” kata lelaki itu panjang lebar memberitahu tentang dirinya. Dia hanya tersenyum.

“Oh..macam itu..” balas Syira sepatah. Tidak tahu apa lagi yang harus dijawab. “you tak jawab lagi soalan I. kenapa you asyik pandang I?” lelaki itu menyoal soalan yang sama.

“Erk, eh, mana ada. Bila masa saya tengok awak? Takde..mana ada..” ujar Syira sedaya upaya membuatkan lelaki itu percaya kata-katanya. “Oh really? Hm..is there something wrong with me?” Tanya lelaki itu lagi.

“Eh..takde lah. Takde wrong apa-apa pun. Hihi..” ujar Syira sambil tersengih. “Ish..apa lah aku nak jawab kalau dia tanya macam-macam lagi. Tulah gatal sangat mata ini!” marah Syira pada dirinya sendiri.

“Hm..okay. but if you free come and join me. Bosan I lepak sorang-sorang” ujar lelaki itu mempelawa Syira. Terkejut bukan main lah Syira. Bagai pucuk dicinta ulam mendatang. Dalam hati sudah berbunga-bunga. Rasa mahu sahaja dia melompat di situ tetapi buat malu sahaja jika dia buat perangai begitu. Kena lah control depan pujaan hati..

“Em..I’m glad to..tapi sekarang saya tengah kerja” balas Syira. “Oh, pukul berapa you habis kerja?” soal lelaki itu pula. “waktu kerja saya habis pukul 4” kata Syira lagi. “okay..kalau macam itu I tunggu you habis kerja” balas lelaki itu bersama senyuman. “Eh..tak apa ke? awak tak ada kerja ke? lambat lagi nak tunggu saya habis kerja” balas Syira teragak-agak.

“No, it’s okay..you just do your work and I will wait for you. Okay?” kata lelaki itu seperti memberi arahan.

“Em..okay lah kalau macam itu. Saya sambung kerja dulu..” ujar Syira sambil tersenyum. Lelaki itu juga membalas senyumannnya. Dalam hati hanya tuhan sahaja yang tahu perasan Syira ketika itu.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience