BAB 6

Romance Completed 22105

Syira teragak-agak untuk menegur lelaki itu. “Fuhh rileks okay. Just tegur macam biasa je..” kata hatinya memberi sedikit semangat. “Hai” Syira mula menegur lelaki itu. “Oh, hai! You dah habis kerja?” soal lelaki itu. “Yelah, kalau tak saya tak ada kat sini..” balas Syira sedikit senyum.

“Oh, okay. Eh, have a seat” ujar lelaki itu mempelawa Syira duduk. Syira menarik kerusi di hadapan lelaki itu lalu duduk di situ. “So what’s your name?” lelaki itu mula bertanya Syira. “Er, Hani Fasyira. Just call me Syira..” balas Syira bersahaja. “Hani Fasyira. What a nice name, it suits you well..” kata lelaki itu ikhlas. Syira hanya senyum. Bangga mungkin dipuji begitu oleh lelaki itu.

“And I’m Danial. Ahmad Danial Keith” ujar lelaki itu memperkenalkan dirinya pula. Lantas tangan Danial dihulurkan kepada Syira sebagai tanda perkenalan. Syira merenung kosong tangan Danial.

“Dia suruh aku shake hand dengan dia ke?” soal hati Syira. “Er..okay Danial” ujar Syira sepatah. Danial memandang hairan pada Syira meminta jawapan.

“Er..bukan muhrim berdosa bersentuhan” ujar Syira lagi. Danial mengangguk tanda faham. Dia pura-pura tidak tahu atau memang tidak tahu langsung tentang benda ini? Entah lah, mungkin Danial orang yang jenis bersosial atau kurang didikan agama. Mungkin juga disebabkan keturunannya yang memang berasal dari negara barat itu membuatkan dia terikut dengan cara barat.

“Sorry..” ujar Danial perlahan. “It’s okay lah..” balas Syira bersama senyuman. “okay..hm, umur you berapa eh? I rasa you mesti lagi muda pada I” soal Danial ingin tahu. “saya baru 20 tahun. Awak pulak?” soal Syira pula. “Oh, kan I dah cakap you lagi muda pada I. umur I 24 tahun. But still I muda lagi kan? Haha..” Kata Danial ketawa. Terpegun Syira melihat Danial ketawa begitu.

“Haha..ya,muda lagi itu. awak buat apa sekarang? Study lagi or dah kerja?” Tanya Syira pula. Hilang sedikit rasa gemuruhnya bercakap dengan lelaki itu. “Hm..I lepak aje sekarang..” kata Danial bersahaja. Syira memandang Danial sedikit terkejut. “Haha..jangan lah buat muka macam itu. it so cute you know..?” kata Danial memandang Syira. Tersipu-sipu Syira dibuatnya. “Dia kata aku cute?? Alahai..cair..” desis hatinya.

“Actually I dah habis belajar pun. Just tunggu nak sambung belajar lagi kot” kata Danial lagi. Syira mengangguk faham. “You pulak? Study kat mana? you buat part time ke kat sini?” soal Danial pula.

“Saya study area sini jugak..yep, buat part time kat sini cari duit lebih sikit. Saya ini bukan orang senang macam awak” ujar Syira berterus terang.

“Oh I see..but how did you know I ini orang senang?” soal Danial sengaja menguji Syira. Syira sedikit tersentak. Dia bukan tahu pun Danial itu kaya atau tidak. Main teka saja. Tapi kalau lihat dari gayanya itu memang nampak seperti orang berada.

“Erm..entah, saya main teka aje..hehe..tapi tengok dari gaya awak pun dah tau mesti awak anak orang kaya. Ini kalau tak jutawan mesti ayah awak bussines man kan?” kata Syira tersengih. Semakin berani untuk berbual dengan lelaki itu. Danial ketawa melihat Syira. Sungguh comel gadis di depannya itu. Lagi-lagi bila buat muka blur tahap gaban.

“Haha..you are so funny with that cute face” pipi Syira sudah mula memerah. Kerap sungguh Danial memuji mukanya yang comel itu. Danial tahu gadis itu malu sebenarnya. “Actually my dad memang orang bisnes. Tapi I tak kisah nak kawan dengan sesiapa pun. As long as I selesa and kawan I tu selalu buat I happy. Macam you..” ujar Danial ingin melihat bagaimana reaksi Syira.

Syira agak terkejut. Yelah baru beberapa minit mereka berkenalan sudah declare sebagai kawan. Tetapi hatinya memang berbunga-bunga lah bila lelaki itu sudi berkawan dengannya.

“Macam saya? Tapi kita kenal tak sampai satu jam pun awak dah cakap kita ini kawan” ujar Syira selamba. Muka Danial sedikit berkerut. “Why? You tak nak kawan dengan I ke?” soal Danial ingin tahu.

“Eh, tak! bukan macam itu. tak kan lah saya tak nak kawan dengan awak pulak. Sepatutnya awak tu yang tak layak nak kawan dengan orang macam saya ini” ujar Syira pula. Tak kan lah dia tak sudi nak berkawan dengan lelaki itu. Mana mungkin! Danial berasa kurang senang bila Syira membezakan dirinya dengan dia.

“No..seriously I tak kisah pun nak kawan dengan sesiapa. You jangan cakap macam itu lagi okay? I tak suka you bandingkan diri I dengan you. we are same right? Still manusia biasa” ujar Danial ikhlas bersama senyuman mautnya itu. Sungguh Syira terpegun dengan kata-kata Danial. Walaupun datang dari orang yang berada tetapi dia langsung tidak kisah untuk berkawan dengan sesiapa pun.

“Ya..you are right” ujar Syira sepatah. Sedikit tersenyum memandang lelaki itu. Kedengaran Iphone milik Danial berbunyi memainkan lagu Bruno Mars. Syira sekadar melihat Danial bercakap dengan orang yang menelefonnya. Dalam hati bertanya “Siapa yang telefon dia itu? girlfriend dia ke?” ada sedikit rasa sedih di sudut hatinya.

“Syira, I’m so sorry. I have to go now but maybe we can have a chat next time?” soal Danial. Dia masih mahu berbual dengan gadis itu teapi ada perkara yang harus diselesaikannya.

“Eh it’s okay..tak apa, awak ada hal kan so pergi aje lah. Erm, insyallah kalau ada masa lain kali kita boleh borak lagi” Syira sekadar senyum kepada lelaki itu. Danial tersenyum lega.

“Okay kalau macam itu. I got to go..bye!” Danial mengangkat tangan kepadanya. “Bye, Assalamualaikum..” ujar Syira pula. Danial sekadar tersenyum dari jauh tanpa menjawab salam dari Syira. Tak kan tidak tahu jawab salam kot? Biar betul.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience