BAB 14

Romance Completed 22105

Langkah diatur oleh Syira menuju ke dalam butik itu. Niat di hati saja ingin mencuci mata dan sekaligus menghilangkan segala beban yang ada di fikirannya juga luka yang masih berparut di hatinya. Dilihat baju-baju tergantung cantik di butik itu. Teringin juga memakai pakaian yang eksklusif seperti itu tetapi mengenangkan yang dia bukan lah orang yang berduit sangat jadi lebih baik dia simpan duit itu untuk membeli barang keperluannya.

Terpegun sungguh Syira melihat pakaian-pakaian yang cantik itu hingga tidak sedar dia terlanggar seseorang. “Eh, sorry..saya tak sengaja” ujarnya lalu berpaling muka menghadap ke hadapan.

“Eh, you? You ni..Syira right? Danial’s friend kan?” rupa-rupanya yang dilanggarnya itu ialah Amanda tunang Danial. “Erk, em ya..saya Syira. awak datang sorang aje ke?”

Syira ingin tahu jika Amanda datang seorang diri atau bersama Danial. Jika Danial ada di situ, dia ingin segera melarikan diri. Tidak betah dia untuk berjumpa dengan Danial waktu ini.

“Tak lah..I datang dengan sayang I lah, Danial..” balas Amanda sambil membelek dress yang ada di situ. Syira sudah mula kalut. Dia harus segera beredar dari situ! “Oh, macam itu” balas Syira sepatah. “You nak jumpa dia ke? kejap I panggilkan, sayang!”

Laung Amanda sedikit kuat. Dengan pantas Syira menutup mulut Amanda. “Eh, no! it’s okay. Saya tak nak jumpa dia pun. Tak apa lah, saya ada hal ini, see you..” Syira pantas beredar dari situ. Fuhh! Lega hatinya. “Mujur tak terserempak dengan dia..” katanya lega.

“Ehem” kedengaran suara seorang lelaki di belakangnya. Dia tidak mahu berpaling kerana itu pasti Danial! Dia ingin melangkah pergi. “Syira, wait!” ujar Danial pantas tangannya memegang tangan Syira. Mujur lah lengan bajunya labuh tidak lah terkena kulitnya. “Don’t touch me!” kata Syira sedikit meninggi. “Er, okay I’m sorry” ujar Danial lalu melepaskan tangan Syira.

“Where have you been? I dah lama tak jumpa you tau. You pun jarang datang café. You pergi mana?” soal Danial. “Danial, perlu ke awak tahu saya pergi mana? saya nak buat apa pun perlu ke awak tahu?” soal Syira cuba menahan perasaan.

“Of course, we are friend right” balas Danial pula. Pelik dengan sikap Syira yang seperti dingin dengannya. Hari itu Hanis, sekarang Syira pula. Apa yang terjadi sebenarnya? “Yes, friend. Not more than that” balas Syira.

“Okay, fine..so, you sihat tak?” Danial bertanyakan khabar Syira yang telah lama tidak berjumpa. “Alhamdulillah, saya boleh bernafas lagi” balas Syira seperti tidak mahu layan.

“It’s good to know that you are fine” kata Danial memandang wajah gadis comel itu. Terubat sedikit rindunya pada Syira. “Syira, take this” Danial menghulurkan sampul surat kepadanya. “Apa ni?” soalnya hairan.

“Read that, and then you will know” kata Danial sedikit tersenyum. “kalau ada masa saya baca” jawab Syira bersahaja. “Sayang, I dah siap shopping” tiba-tiba Amanda datang mengganggu perbualan mereka. “Oh, okay. Jom kita pergi makan. Syira, come join us?” pelawa Danial. “No, thanks. Saya ada hal, I have to go” ujar Syira lalu beredar dari situ. Dia sudah malas mahu berlama di situ. Semakin pedih hatinya apabila berjumpa dengan Danial. Tetapi tetap dikuatkan hatinya agar tidak lemah.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience