BAB 2

Romance Completed 22105

“Hanis!” Syira meluru ke arah Hanis hingga membuatkan rakannya itu terkejut. Gelabah betul gayanya.

“Hey..apasal ni? terkejut aku main sergah macam ini”

Ujar Hanis hairan melihat Syira. Tadi okay sahaja kawannya itu ini tiba-tiba dah macam kena sampuk hantu gayanya.

“Ops, sorry buat kau terkejut..” ujarnya sambil menayangkan muka seposen. “Yelah..tapi apasal kau gelabah sangat ini? macam kena sampuk hantu aje aku tengok” Hanis menyoal ingin tahu. “Yaa! Memang aku kena sampuk hantu. Aku dah kena sampuk dengan hantu Edward Cullen!”

Hanis makin tidak faham dengan jawapan rakannya itu. “Hah? Hantu Edward Cullen apa ini..? aku tak faham lah” Hanis benar-benar bingung. “Lelaki yang duduk dekat table nombor 2 tu lah..” ujar Syira memberitahu tentang Hantu Edward Cullennya itu.

“Haha..Syira, aku ingat kau dah tak betul tadi. Mujur lah kawan aku sorang ni sihat walafiat lagi..haha..” ujar Hanis bersama tawanya. Syira sudah buat muka monyok. “Ish..apa lah kau ni. memang aku sihat lagi pun. Aku just terover excited jumpa lelaki itu tu. You know what..first time aku tengok muka dia, jantung aku ini dup dap dup dap” ujar Syira.

Hanis merapatkan telinganya pada Syira. “Ha’ah lah..kuat sangat..macam-macam bunyi ada..haha..” Hanis sudah ketawa mengekek. “Hey! Itu perut aku lah sengal!” ujar Syira sedikit menjerit lantas menolak sedikit kepala Hanis yang berada di perutnya. “Kau ni Hanis..aku serius tahu” Syira menyilangkan tangannya dengan wajahnya dibuat merajuk. “Alala..aku gurau jelah. Nak manja-manja sikit pun tak boleh. Haha..”

“Banyak lah kau manja-manja.” ujar Syira. “Yelah..eh dah lah. Aku nak pergi sambung kerja. Melayan kau yang tengah mabuk cinta ini memang tak siap lah kerja aku..” ujar Hanis lalu beredar untuk menyambung kerjanya.

Syira di situ masih termenung bersama senyuman yang tidak lekang di bibir. Senyuman orang jatuh cinta mungkin…

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience