BAB 3

Romance Completed 22109

Seperti hari-hari biasa, Syira melakukan tugasnya dengan mengelap mana-mana meja yang kotor. Naik lenguh juga badannya dari tadi mengelap berpuluh-puluh meja yang ada di Café Lavendar itu. Sedang asyik dia mengelap meja tersebut, seseorang menarik kerusi di meja itu lalu duduk di situ.

Syira mengangkat muka. Dia nampak lelaki itu tunduk sambil membelek telefonnya. Dup dap dup dap..jantungnya mula berdegup lagi. sama seperti saat dia melihat hantu Edward Cullennya tempoh hari. “can I have one cappucinno please?” tiba-tiba lelaki itu bersuara dan mengangkat mukanya menghadap Syira di depannya.

“Betul lah dia..” detik hati Syira. Dia cuba mengawal riaknya tidak mahu dikesan oleh lelaki itu yang dia memang tidak betah melihat lelaki itu. Mahu pengsan rasanya dapat berjumpa lagi dengan lelaki itu. “Oh, yes. Satu cappucinno ya?” soal Syira inginkan kepastian. Lelaki itu sekadar mengangguk dan senyum kepadanya.

Syira berlalu untuk menyediakan pesanan yang diminta. “Hanis! Take this..” ujar Syira lalu memberikan sekeping kertas pesanan kepada Hanis. “One cappuccino” baca Hanis perlahan. “Hanis, buat cappucinno yang paling sedap okay..?” ujar Syira bersama senyuman. Senyum sampai ke telinga kerana dapaat berjumpa lagi dengan lelaki persis mat salleh itu.

“Hah? pernah ke aku buat air tak sedap sebelum ini? kau ini apasal senyum sorang-sorang ini?” soal Hanis pelik. Buat hal lagi kawannya nampaknya. “Guess what?” kata Syira tersenyum.

“I don’t know..just tell me” balas Hanis malas mahu meneka. “I meet him again! He is outside there” ujar Syira teruja. “Oh..patutlah dah start balik kau penyakit senyum sorang-sorang ini..” balas Hanis sambil tangannya lincah menyediakan pesanan yang dipesan.

“Hehe..mana ada aku senyum sorang-sorang” kata Syira cuba menutup malunya. “Yelah itu..kalau tak senyum sorang-sorang apa? Berangan? Berangan si Edward Cullen tu datang melutut and bagi bunga ros kat kau and cakap will you marry me my love Syira?” bebel Hanis.

Syira ketawa mendengar kata-kata Hanis. “Haha..sweet jugak kalau dia betul-betul buat macam itu kan? Aku lah orang yang paling beruntung dalam dunia ini..hihi..” balas Syira. Dia membayangkan bagaimana lelaki yang diminatinya itu melamar dia seperti yang dikatakan Hanis.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience