BAB 15

Romance Completed 22105

Hanis sibuk mengemaskan barang-barang yang sedikit bersepah dia atas kaunter itu. Beg Syira yang sedikit terbuka itu dialih. Tiba-tiba jatuh sekeping sampul surat dari beg itu. Teragak-agak Hanis mengambilnya. Sampul surat itu masih belum dibuka.

“Syira, surat apa ini?” Syira yang berada berdekatan dengannya berpaling. “Surat tu..Danial kasi” balasnya malas. “Kau tak bukak?” soal Hanis lagi. “Malas, buat apa” jawabnya lagi. Memang dia sedaya upaya cuba melupakan Danial. “Aku bukak eh” kata Hanis lalu tangan lincah membuka sampul surat itu. Syira malas mahu ambil tahu.

Dibaca satu persatu isi kandungan surat itu. “Syira?” panggil Hanis. “Apa?” sahutnya malas. “Hari ni berapa hari bulan?” soal Hanis tiba-tiba. “17 November. Kenapa?” soal Syira pula pelik mengapa Hanis bertanya tentang tarikh pula.

“Danial..” katanya sepatah. Syira mula rasa lain. “Kenapa dengan dia?” soalnya ingin tahu. “Dia nak pergi UK hari ni. flight dia pukul 9 malam ini” kata Hanis sedikit terkejut. “Hah, apa? Betul ke..?” soal Syira yang masih kurang jelas. “Yes, dia sendiri bagitau dalam surat ini” kata Hanis sambil menyuakan surat itu pada Syira.

“Oh..okay, bagus lah dia pergi sana. At least aku tak payah lari dari dia lagi lepas ni” ujar Syira. Dia seakan cuba menahan perasaannya. Ada kesedihan di matanya itu.

“Are you okay, Syira?” soal Hanis teragak-agak. “Yes, I’m okay..” balas Syira perlahan. “kau tak nak tengok dia? Mana tahu untuk kali terakhir” kata Hanis cuba memancing Syira. Dia tahu Syira sedih tetapi gadis itu tidak menunjukkan perasaanya. “Buat apa aku pergi tengok dia? Buang masa lah” Syira tersenyum sedikit. Jelas senyuman yang cuba ditahan.

“Jangan tipu aku. Aku tau kau mesti nak tengok dia untuk kali terakhir sebelum dia fly ke UK kan? Jangan tipu diri sendiri babe. Kau juga yang menderita nanti” kata Hanis jujur. Syira terkesan dengan kata-kata Hanis. Air matanya jatuh juga.

“Sempat ke Hanis?” soal Syira yang masih berharap untuk dapat berjumpa dnegan Danial mungkin untuk terkhir kali. “Ada 3 jam lagi sebelum flight dia berlepas. Sempat lagi ni” ujar Hanis memberi semangat kepada Syira. Syira segera bergegas keluar dari café itu menuju ke KLIA.

Hanis sekadar senyum. Walaupun dia masih marahkan Danial tentang apa yang terjadi, tetapi dia masih berharap agar Syira dan Danial dapat bersama. Kerana dia tahu perasaan Syira pada lelaki itu sungguh kuat dan sungguh ikhlas.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience