BAB 8

Romance Completed 22105

“Hey little girl..long time no see right?” Danial terus menyapa sebaik Syira sampai di situ. Syira tersenyum. “Assalamualaikum..hehe” Syira memberi salam. Nah, lain sedikit riak Danial ketika itu. “Er..okay..eh, have a seat” balas Danial sedikit tergagap. Dia memang tidak pernah pun menjawab salam daripada Syira. Mengapa? Syira sendiri tidak tahu.

“Erm..Danial, can I ask you something?” Syira teragak-agak ingin menyoal Danial. “Yes,sure” balas Danial tersenyum. “Awak..memang tak tahu jawab salam ke?” Syira memberanikan diri untuk bertanya. Muka Danial berubah sedikit. “Em..why you ask me like that?” soal Danial dengan muka serius. Syira ketakutan di situ. Tidak tahu pula Danial marah apabila ditanya begitu.

“Tak..er..saya tanya sebab…awak tak pernah pun jawab salam saya. Saya cuma pelik aje..” dia menayangkan muka seposennya. Berharap Danial kasihan melihat mukanya begitu.

Di Dalam hati Danial sudah mahu tergelak melihat muka Syira tetapi mukanya tetap serius memandang Syira. “I see..but, do I have to answer your question?” soal Danial lagi. Mukanya tetap memandang muka Syira yang tunduk di depannya. “Takpe..tak nak jawab pun takpe. Tak penting pun kan..hehe..” laju sahaja Syira membalas. Takut woi kena pandang macam itu. Mahu pengsan dekat situ juga dia rasa.

Danial tidak tahan melihat gelagat Syira. Pecah juga tawanya akhirnya “Haha..tadi bukan main lagi tanya. Sekarang dah takut dah?” Hairan pula Syira lihat Danial mentertawakannya. Tadi bukan main marah “kenapa awak gelak? Er, habis tu awak kan marah saya tanya macam itu..” mukanya diangkat memandang Danial yang senyum kepadanya. “You nampak cute sangat bila buat muka macam itu sebab itu I tak tahan nak gelak. But, bila masa I cakap I marah? I takde marah you pun kan”

Seperti biasa pipi Syira terus berubah apabila dipuji oleh Danial. Pantang betul dipuji terus merah padam mukanya. “Er..mana ada cute” katanya sambil tangan menyentuh muka “Habis muka awak serius gila bila saya tanya macam itu. Macam nak makan orang aje” kata Syira berterus terang.

Danial tergelak mendengarnya. “Oh..so I ni menakutkan you lah ey. Sorry okay dear..” papp! Jantung Syira macam nak gugur sahaja bila Danial memanggilnya ‘dear’ tetapi tetap dikawal reaksinya itu agar tidak dikesan oleh Danial. “So back to your question tadi, actually I..I tak pandai nak jawab salam. But, I know what is ‘salam’. It’s just I forgot how to answer it” Akhirnya Danial memberitahu juga tentang apa yang bermain di dalam fikiran Syira selama ini.

Syira sedikit terkejut pada mulanya tetapi mengenangkan yang Danial memang berasal dari keturunan England oleh kerana bapanya memang orang sana dan pernah juga menetap lama di negara itu mungkin membuatkannya terikut dengan cara barat. Jadi tidak hairan lah kalau dia lupa bagaimana menjawab salam. Itu baru sahaja bab salam. Belum lagi bab solat, puasa dan semua ibadah wajib yang lain yang entah Danial buat atau tidak.

“Okay..so macam tu cerita dia. Let me tell you then. ‘assalamualaikum’ is salam sejahtera ke atas kamu. ‘waalaikumusalam’ pula is segala sejahtera ke atas kamu. Beri salam dan jawab salam ni sama jugak seperti kita mendoakan mereka. Now you get that?” panjang lebar penerangan yang diberikan Syira.

Danial kagum melihat Syira mengajarnya tentang makna salam yang dia tidak pernah ketahui selama ini. Dalam ramai-ramai perempuan yang dikenalinya hanya Syira seorang yang pandai bercakap mengenai hal agama ini. Yang lain cuma tahu berseronok dengannya.

“Wow! you tau banyak benda tentang agama ini kan? While me..nama aje islam but..I don’t act like I’m a muslim” kata Danial dengan nada perlahan. Dia terlalu jauh dari agama sebelum ini. kali terakhir dia solat pun masa berumur 12 tahun. Itu pun atuknya yang mengajarnya. Syira sekadar tersenyum.

“No Danial. saya ni bukan banyak ilmu sangat. saya pun masih belajar lagi tentang agama ini. Apa yang saya tahu, saya share dengan awak. So kita sama-sama dapat manfaatnya kan” kata Syira sambil tersenyum manis kepada Danial. Danial turut tersenyum. Mereka terus berbual dan berkongsi bermacam-macam cerita di luar café itu.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience