Aku dan Airel berjalan dambil berpegangan tangan dipasaraya.Hajat kami hanyalah mahu membeli barangan keperluan.
"Biy,Darling nak ambil berang dekat situ boleh? Sementara tu,Biy pergilah cari susu kurma yang biy minat tu.Nanti kita jumpa disini ok?"Pintaku.
"Betul ni?"Airel risau.
"Ye betul.Biy jangalah risau."Pujukku lagi.
"Oklah kalau macamtu, darling hati hati ok?"Pesan Airel.
Aku terus berjalan menuju ke rak makanan.Tanpa aku sedari Zariq hanya berada disebelahku.
"Ouch!"Barang yang aku pegang terpelanting diatas lantai disebabkan perlanggaran dengan seorang lelaki.
"Sorry puan.Saya tak nampak.."Aku tersentak mendengar suara itu.Suara yang sudah lama aku tidak dengari setelah kami berpisah.
Aku memandang lelaki itu.Zariq juga terkejut melihatku yang berdiri terpacak dihadapannya kini.
"Sayang..."Panggil Zariq perlahan.
"Humaira!"bantah aku perlahan.Dia ini tak faham bahasa ke yang jangan panggil aku sayang?Ke dia sengaja nak buat darah aku panas?
Zariq menunduk kebawah.Terang terang dia kecewa.
"Awak dah berubah kan Humaira?"Soalan itu diajukan kepadaku.
"Saya dah berubah Zariq,saya bukan Humaira Qistina yang dulu.Saya sekarang dah bergelar isteri orang.Kalau bukan sebab awak curang dulu,saya takkan tinggalkan awak lah!"
"Nah.Awak kan suka makan kitkat ni.Ambillah,saya hadiahkan."Kata Zariq sambil menghulurkan satu bungkus kecil Kitkat.
"Saya dah tak suka Kitkat.Macam saya kata,saya dah berubah!"Aku menepis Kitkat itu hingga jatuh kelantai lalu pergi dari situ.Aku tak sanggup mahu melihat muka Zariq yang aku paling benci dalam hidup.
Zariq jatuh terduduk melihat tingkah laku bekas isterinya.Ini bukanlah Humaira Qistina yang dia kenal dahulu.Humaira Qistina ini dah lain.Tidak seperti apa yang dia kenal dahulu.
"How could you Sayang?Sampai hati sayang tolak cinta abang.Abang cintakan sayang seorang je."Rintih Zariq.Air mata turun berlinangan.Hati kecilnya bagai dijentik dengan perangai Humaira.
Dari jauh kelihatan Airel sedang menungguku dengan memegang sebuah kotak susu kurma.
"Biy,sorry lambat.Ramai orang."Aku memberikan alasan.
"Takpalah,biy pun baru je sampai sini.Dekat kawasan susu tu pun ramai orang.Bersesak sesak."Airel tersenyum.Dia mengajakku untuk kekaunter pembayaran.
"Kenapa darling diam je ni?Biy ada buat salah ke?"Airel bertanya sambil memandu dengan perlahan.
"Eh takdelah.Saje, fikir pasal baby ni."Aku tersenyum.Itu hanya sebuah alasan.Sebenarnya,aku rindukan Zariq sangat sangat.
Airel menenungku lama.Dia tidak fokus dengan pemanduan.Tanpa kami sedari,ada sebuah lori yang agak terhuyung hayang dengan muatan berat yang melawan arus dan ia bakal melanggar aku dan Airel.
"Abanggg!!!!!!"Aku menjerit lalu menutup mata.Airel cuba mengawal kereta itu namun tidak boleh.
"Baamm!!"Serpihan serpihan kereta bertaburan diatas jalan raya.Aku dipenuhi dengan darah.Aku pengsan kerana terlalu terkejut.
"Dar...ling.."
Oh tidak!!!
Share this novel