"Apa semua ni Humaira Qistina? Awak ada lelaki lain kan?Awak curang dengan saya Humaira Qistina?!"Tiba tiba sahaja Zariq bersuara dengan lantang.Terkejut aku dibuatnya.
"Apa yang awak nak ni? Curang apa?!"Aku bangun dari duduk Suka suka hati dia sahaja nak tuduh aku ni curang.
"Habistu,dalam gambar ni apa?!Kembar kau?"Zariq menunjukkan sekeping gambar.Kelihatan gambar aku dan seorang lelaki.
"Awak ni memang suka sakitkan hati saya kan?Dari dulu,awak toreh dan tusuk hati saya.Sekarang,awak nak tuduh saya curang dengan awak pulak? Think before you say it Tengku Mohammad Zariq Adrian!Jangan nak tuduh saya macam macam.Awak pun sama!"Aku menepuk meja dengan kuat.Kemarahan aku membara sekarang ini.Tiada lagi perasaan yang aku boleh pendam.Biar aku lepaskan semua.
"Apa bukti yang saya curang dengan awak?Awak tu yang curang dengan saya perempuan bodoh!"Zariq sudah berubah menjadi yang dulu.Dia bukan Zariq sekarang.Lelaki pilihan baba ini dah menjadi pembunuh hati aku kembali.
"Ni!Ni apa Zariq?Awak ingat saya takda hati dan perasaan ke?Awak boleh sesuka hati awak je nak sakitkan hati saya?Awak ingat saya tunggul ke?!"Aku menunjukkan gambar itu.Gambar Zariq berpelukan dan bercium bersama seorang wanita.
Zariq terpana.Tiada satu pun kata kata yang keluar dari mulut Zariq apabila dia melihat gambar itu.
"Awak jijik Zariq!Awak jijik!"Aku menolak dadanya.Kegeraman aku memang sudah berada ditahap yang tinggi.
Zariq mengangkat tangannya untuk menamparku.
"Kau ingat kau suci sangat ke?!"Sedikit lagi tangan Zariq mehu mengenai pipiku,ada yang datang menyelamatkan aku.
"Zariq Adrian!"Baba berdiri dibelakang Zariq.Wajahnya cukup bengis membuatkan aku ngeri melihatnya.
"Kau jangan kacau perihal kitaorang eh orang tua! Pergi jauh jauh.Kalau tak,nyawa kau pun akan melayang!"Zariq memberi ugutan.Namun, sedikit pun baba tidak gentar.Aku tahu,baba menyayangi setiap anaknya tetapi disebabkan egonya yang sangat tinggi,dia sanggup memaksa anaknya sendiri berkahwin dengan pilihan hatinya.
"Tengku Mohammad Zariq Adrian! Sekali lagi awak kurang ajar dengan baba saya, ceraikan saya terus!Suami saya tak boleh kurang ajar dengan bapak mertua sendiri!"Aku mula naik angin mendengar setiap kata yang keluar dari mulut Zariq terhadap baba.
"Kau ingat aku kisah?Aku takkan ceraikan kau walaupun kau merayu sekalipun.Kalau kau nak aku ceraikan kau,melutut depan aku sekarang!"Aku langsung tidak menyangka perangai Zariq seperti ini.
Oleh kerana aku nekad untuk diceraikan oleh Zariq,aku menunduk dan hampir sahaja aku melutut,ada tangan yang menarikku bangun.Dia Ilna Zahirah, sahabat baik aku yang paling aku sayangi.
"Sampai hati kau buat kawan aku macam nikan Zariq?Mana hati dan perasaan kau?Otak kau,kau guna kat lutut ke?Aku sendiri menyaksikan segala buli kau pada Humaira ketika sekolah,aku tahu dia amat tersiksa dengan sikap kau.Sekarang ni,kau nak buat dia tersiksa macam dulu balik ke Zariq Adrian?!"Tegas Ilna berkata sambil memegang erat tanganku.
"Kau jangan masuk campur dalam hal rumah tangga aku.Kau orang luar,tak layak nak sibuk dalam hal ni!"Urat urat di tengkuk serta dilengan Zariq timbul.Aku tahu,dia sedang marah.
"Tak layak kau kata?Kau ni memang lelaki tak guna Zariq Adrian!Aku ni walaupun hanya best friend dia,tapi aku tahu perasaan sebagai seorang wanita.Aku kenal dia dah lama kau tau?!Setiap apa yang kata,pasti ada maksud yang disembunyikan.Kalau kau nak sakitkan hati dia balik,jangan harap.Aku takkan benarkan walau darah aku tumpah mempertahankan dia."Ilna menoleh sedikit padaku.Pandangan dia mempunyai seribu makna.
"Apa yang dia buat sampai kau sanggup nak pertahankan dia ni?Dont be dumb Ilna!"Zariq bertanya.
"Kalau bukan sebab dia,aku takkan hidup sekarang.Kalau bukan sebab dia,aku takkan berjaya macam sekarang.Kau beruntung dapat Humaira.Tapi kau sia siakan peluang yang ada tu.Kau memang takda otak Zariq."Mata aku mula berkaca.Kenangan kenangan pahit aku dan Ilna dahulu bermain dimata.Hanya dengan bermula sebagai ejen produk,kini Ilna sudah mempunyai bisnes empire yang besar.Aku bangga dengan dia.
So,korang rasa apa yang berlaku next chapter?
Share this novel