Hari ini,aku cuba menguatkan hatiku untuk keluar dari bilik.Meskipun kesedihan aku masih lagi tersisa,dengan pujukan umi semalam,aku cuba untuk menguatkan hati.Mungkin hari ini,hari esok atau hari lain aku akan dapat berjumpa dengan jodohku yang sebenar.
"Ilna.."Panggilku perlahan.Ilna menoleh padaku sambil tersenyum.
"Ya Ira.Kenapa?"Tanya Ilna yang sedang makan snek.
"Boleh tak kau tolong belikan purdah untuk aku?"Pintaku sambil menghulurkan wang bernilai RM 100.
"Nak buat apa dengan purdah?"Ilna bertanya kepelikan.
"Aku nak berubah.Aku nak cuba untuk terima pemergian Airel.Mungkin Allah sayangkan dia.Please Ilna."
"Ok lah kalau macam tu.Aku pergi beli sekarang ya.Cuma sekejap,aku nak pergi bersiap."Ilna bersetuju.Aku mengukir senyuman lebar.
"Ira..Nah purdah kau."Ilna menghulurkanku satu beg plastik yang berisi purdah berwarna hitam dan biru muda itu.
"Terima kasih Ilna!"Aku memeluk sahabat baikku itu dengan linangan air mata.
"Sama sama.Kau try la pakai.Aku nak tengok."
Aku segera berlari masuk kedalam bilik.Dengan segera,aku mencuba purdah itu.Ternyata,purdah itu sesuai denganku.
Aku berjalan keluar.Ilna tersenyum memandangku yang sudah sedikit berubah.
"Aku harap sangat kau akan jadi macam dulu Ira.Aku sayang kau."Ilna memelukku.Inilah kawan baik yang paling baik aku pernah jumpa.
"Eh, Zariq.Kau tak nak ngorat si Humaira tu balik ke?"Tanya Rizel,sahabat Zariq sambil menghirup air oren didalam gelas.
"Nak buat apa aku ngorat dia balik?Dia kan dah ada suami."Zariq menjawab sayu.
"Uhuk,kau tak tahu ke?Suami Humaira tu dah meninggal sebab kemalangan."Rizel meletakkan gelas keatas meja kaca itu.
"Serius la kau ni?Kenapa aku tak tahu pun?"Zariq seakan tidak percaya.
"Kau ada nampak muka aku main main tak?Betul lah!Kau tu yang tak nak ambil tahu pasal dia lagikan?"Rizal menunjukkan mukanya.
"Aku kena jumpa dia,aku nak ucap takziah."
"Tapi bukan ke dia dah tak nak tengok muka kau?"Rizel mengingatkan kembali Zariq ketika dipasaraya hari itu.
"Itu cerita lama Rizel.Yang penting,aku nak dia tahu.Walaupun ikatan kami terputus,aku tetap sayangkan dia."Kata Zariq lalu berlalu kekereta.Dia menghidupkan enjin keretanya.
Aku membuka pintu apabila terdengar bunyi ketukan serta salam.
"Zariq?"Tergamam aku melihat lelaki yang berada dihadapanku kini.Lelaki yang pernah memberikanku kebahagiaan dan pernah juga memberikanku derita.
"Saya datang sini,cuma untuk ucap takziah sahaja.Awak jangan risau.Maaf lambat,saya baru tahu."Zariq berkata sambil menghulurkan sejambak bunga coklat.
"Awak suka coklat kan?Itu untuk awak.Saya pergi dulu, Assalamualaikum..."
Semakin jauh Zariq pergi,semakin cinta mula membesar.Dalam diam, sebenarnya aku masih mencintai Zariq.Tetapi,aku tidak tahu untuk pilih yang mana, Zariq atau Airel?
Ok memandangkan petang ni Mira tak sibuk,so Mira ada kesempatan untuk tulis bab baru untuk novel ni.Happy reading!!
Share this novel