LPB 7.

Romance Series 20712

Aku berjalan masuk kedalam ibu pejabat syarikat T.S.Z.Ramai staf yang mengucapkan tahniah atas perkahwinanku yang langsung tidak diingini tu.Diorang ingat aku suka ke dengan perkahwinan tu?

Aku masuk kedalam bilik kerjaku.Sudah lebih sebulan aku tak masuk kepejabat ini.Rindu juga rasanya.

Senyuman aku yang manis tiba tiba sahaja terhenti kerana selungguk fail berada diatas mejaku.Siap ada nota lagi.

'Ini kerja untuk hari pertama selepas cuti.Sila siapkan.Esok baba nak!'

Aku mengeluh.Sudahlah bertimbun,nak esok pulak tu.Baba ni kan.

"Tuk tuk tuk!"Bunyi ketukan pintu kedengaran.Kelihatan Zariq sedang memegang sebuah fail berwarna hijau muda dan tertulis diatasnya fail kewangan.

"Assalamualaikum sayang.."Ucap Zariq.

"Waalaikumussalam.Tolong jangan panggil saya sayang waktu berkerja.Be professional Zariq.Dirumah sahaja awak boleh panggil saya dengan panggilan sebegitu.Ditempat kerja,saya bos awak!"Aku membuka satu fail lalu disemak dan ditaip kekomputer.

"I am sorry Puan Humaira.This is the Company financial file.You can take it and check it.If you done,just call me."Zariq memberikan aku fail kewangan itu.Aku hanya mengambilnya tanpa sebarang senyuman.

"Ok.Thank you Zariq.Can you get out?I want to do the work."Aku seakan menghalau.Erk!Rasa bersalah la pulak.

Zariq keluar tanpa sebarang bunyi.Dia hanya mendiamkan diri.

Selepas Zariq pergi,aku menggaru kepala.6 fail sedang berada dimataku dan bersedia untuk aku taip didalam komputer.Sudahlah esok dah nak pulak tu.Serabut la macam ni.

"Relax Ira..Inhale exhale.."Aku cuba menenangkan diri.Satu fail aku ambik lalu membukanya.Sedikit demi sedikit aku buat sampai lenguh pinggang ni.Tolong!Siapa ada mesin pengurut?

Semua fail aku sudah siapkan.Aku lihat jam.Sudah pukul 6 petang.Aku tak sedar masa berlalu sebab sibuk sangat dengan kerja harini.Esok sudah semestinya banyak lagi kerja yang perlu aku buat.Oh tidak!

Baru sahaja aku melepasi pintu gerbang masuk kepejabat,aku terserempak dengan Zariq.Zariq memakai baju kemeja putih berserta kot navy blue.Terserlah kekacakkan lelaki itu dengan kaca mata hitam dan rambut pacak yang menawan.Siapa sahaja wanita pasti akan cair melihat lelaki hot begini.Oh sungguh hot.Sampai boleh cair tau!

"Puan Humaira Qistina nak balik dengan saya?Saya boleh tumpangkan."pelawa Zariq.

"Ermm tak palah.Saya bawak kereta sendiri.Kalau awak hantar saya balik,siapa nak bawa balik kereta saya ni?"Aku jual mahal.Tapi,hati aku memberontak untuk naik kereta dengan dia.

"Serius ni?Jangan kata saya tak ajak tau!Rugi oo kalau awak tak naik dengan saya."Zariq acah acah macho.

"Ya,serius.Awak balik jelah.Bukan penting pun saya ni.Saya boleh balik sendirilah!"Aku pula acah acah marah.

"Ala..Tak bestla macam ni..."Suara Zariq terus menjadi kebudak budakan.Dia bermain dengan jari manakala mulutnya muncung seperti mulut itik.Ish dia ni.Memang suka memaksa.

"Ok ok!Saya naik dengan awak."Aku tak tahan melihat wajah Zariq.Meluat pulak rasanya.Zariq sudah semestinya tersenyum senyum apabila aku setuju.

Aku hanya membiarkan dia.Langkah kaki laju diangkat terus masuk kedalam kereta.

Zariq turut mengikutiku masuk kedalam kereta.Enjin kereta dihidupkan.Kereta Zariq meluncur laju diatas jalan raya.Tetapi,suasana hanya diam.Tidak seperti tadi.

Peninglah kepala Ira nak layan si Zariq ni.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience