"Kringgg!!"Bunyi loceng mengejutkan aku dari lena.Aku memusingkan badan untuk melihat waktu sekarang.Zariq yang berada disebelahku masih lena tidur.
"Ting!"bunyi mesej masuk.Aku mencapai telefon lalu membukanya.Kelihatan nombor yang tidak dikenali menghantar gambar.Tergamam aku melihat gambar itu.Hampir sahaja telefon terjatuh tetapi aku kuatkan hati dan semangat.
"How could you Zariq?Kenapa semua ni terjadi bila saya dah mula cintakan awak?"Gumam aku perlahan.Air mata mengalir perlahan.Gambar itu letakkan di starred message.Biar gambar ini jadi bahan bukti kecurangan Zariq terhadapku.
Aku bangkit perlahan menuju kebilik air.Didalam bilik air,aku menangis dibawah air pancut.Sungguh tak kuduga,terjadi begini.Tak terungkap kata kata dari mulutku.Hati aku yang memang sudah mempunyai luka,semakin bertambah parah.
"I hate you forever Zariq.I hate you!"Aku menumbuk air.
Aku cuba berlagak biasa dihadapan Zariq ketika sarapan.Tapi aku tak boleh nak pendam rasa kepahitan itu.
"Sayang ok tak ni?"Tanya Zariq.
"I am ok.Dont worry."Aku mengangkat pinggan lalu pergi kesinki.
"Harini awak tak perlu hantar saya.Saya drive sendiri.Assalamualaikum.Bye."Aku terus mengambil beg tangan dan kunci kereta.
"Sayang,tunggu!"Zariq cuba menghalangku tapi aku tak menghiraukannya.Buat apa aku nak hadap muka yang dah buat hati aku hancur waktu pagi hari?
Sampai dipejabat,staf staf senyum terhadapku.Aku hanya membalas senyuman mereka dengan senyuman paling hambar dalam hidupku.Sumpah!aku memang not in mood now!
Aku melangkah masuk kedalam bilik pejabatku.Seperti 2 hari lepas,ada 5 fail yang tersusun elok dihadapanku.Aku melepaskan keluhan berat.Sudahlah tadi aku menghadap muka Zariq, sekarang aku kena hadap semua kerja ni.
"tuk tuk tuk!"bunyi ketukan pintu kedengaran.Kelihatan p.a aku,ilham Syuhada datang dengan membawa sebuah buku catatan mensyuarat.
"Apa awak nak?"Aku bertanya sambil meletakkan beg keatas kerusi.
"Harini kita ada meeting..."Kata kata Ilham laju dipintas olehku.
"Cancelkan semua meeting harini.Saya ada banyak lagi benda nak kena buat kau tau tak?Kau nampak fail yang bertimbun ni? meeting meeting! Keluar sekarang!"Aku menghalaunya keluar.Ilham tergamam melihat reaksi aku.Dia segera mencicit keluar kerana ketakutan melihat wajahku yang bengis.Hari ini memang hari yang paling aku benci dalam sejarah hidup.
Aku duduk diatas kerusi dengan kasar.Mulutku tak henti henti mengomel.Geram,itu sahaja perasaan aku tika ini.
Sekali lagi pintu bilikku diketuk.Sekarang,orang yang ada digambar pagi tadi berada dihadapan aku.Zariq.Kenapa dia mesti munculkan diri dihadapan aku sekarang?
"Apa semua ni Humaira?Awak ada lelaki lain kan?Awak curang dengan saya Humaira Qistina?!"
Apa Zariq ni!
Share this novel