LPB 4.

Romance Series 20712

Zariq berjalan meninggalkan aku.Aku terngapai ngapai kelemasan didalam sungai.Sanggupnya Zariq menolak aku jatuh kedalam sungai.Aku menjerit jerit meminta tolong.

"Tolong!Zariq tolong saya!!"Aku cuba untuk keluar dari sungai itu tapi sungai itu terlalu dalam.Tebingnya juga tanah yang lembik.

"Inilah akibatnya apabila kau bencikan aku dan biarkan aku tidur dibawah.Kau isteri derhaka!"kata Zariq lalu ketawa bagai orang dirasuk.Aku semakin ditenggelami air sungai yang dalam.Bayangan Zariq semakin hilang dari pandangan aku.

"Argh!!"Aku menjerit.Berpeluh peluh wajah aku bagaikan terbakar.Mimpi rupanya.Aku melihat Zariq yang sedang lena dibuai mimpi.Siap berdengkur lagi.

"Huh,nasib baik mimpi je."Aku mengesat peluh lalu bangun kebilik air.Baru pukul 2 pagi,aku sudah terjaga.

Aku berbaring semula diatas katil.Sekali sekala terdengar dengkuran halus milik Zariq.Pasti dia sungguh lena walaupun dia hanya tidur beralaskan karpet.

"Macam mana lah aku nak cuba untuk terima kau Zariq?Hati aku dipenuhi benci pada kau.Tapi aku akan usaha."Aku cuba melelapkan mata.Akhirnya,aku turut tertidur.

"Baba nak bagi hadiah pada kamu.Harap kamu terima dan suka dengan hadiah ni."Baba berkata sambil menghirup air kopi didalam cawan.

"Hadiah apa baba?"Zariq bertanya.Aku hanya mendiamkan diri.

"Rumah baba yang di KL tu.Baba nak serahkan pada kamu berdua."

Aku tersedak.Betulke baba ni?

"Ba,ba jangan main main ba!Ira tak nak duduk dengan dia ok??!!"Aku berlari naik ketakutan.Tidur pun asing,ini nak satu rumah pula?No no no!

Umi,baba dan Zariq hanya memandang aku berlari keatas.Mereka tergelak kecil melihat reaksi aku bagaikan kena potong kaki beri pada ayam.

Dihadapan rumah banglo mewah milik baba,aku dan Zariq berdiri terpacak bagai menyanyi lagu negaraku.Bagasi ditarik masuk kedalam rumah.Ini semua hasil paksaan Puan Sri Jamaliah padaku.Oh tidak!

Masuk sahaja didalam rumah.Zariq telah menarikku hingga jatuh keatas sofa bersamanya.

"Ouch!Zariq!!Apa ni?Sakitlah!"Aku cuba meloloskan diri daripada pelukan erat Zariq.

"Kiss me first.Kalau tak,saya takkan lepaskan awak."Zariq mengeratkan lagi pelukannya.Tapi,aku berasa sungguh selesa ketika ini.

"Awak jangan macam macam ok?Lepaslah,saya nak kemas rumah!"Aku meronta ronta.

Zariq membuka butang baju kemejanya hingga aku nampak six packnya.Saje latu nak menunjuk.

"Kiss me first!"Zariq mendekatkan wajahnya pada wajahku.Capp!Satu ciuman darinya pada pipiku membuatkan aku tergamam.

"Awak ni kan!"Aku berjaya melepaskan diri dari pada Zariq.Dia hanya ketawa mengekek.

Nakal la Zariq ni! jemput comment semua!

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience