LPB 19.

Romance Series 20712

Disaat setiap duka,pasti ada pengubat gembiranya.Disetiap masalah,pasti ada cara untuk menyelesaikannya.Semua penyakit ada penawarnya namun hati yang ditikam dan sudah hancur,susah untuk diberikan penawar.Cintaku pada Zariq seluas lautan hindi.Namun,pada masa yang sama aku mencintai Airel.Aku keliru,diantara jejaka ini,siapa yang layak untukku,menjadi imamku dan membimbingku kejalan yang betul.Jika pilihan aku ialah kembali pada Zariq,mungkin sejarah akan berulang kembali.Jika aku pilih Airel,sudah tiada makna lagi.Dia sudah pergi meninggalkanku sebulan yang lalu.

Tapi, walaupun perkataan yang meniti dibibirku berkata aku benci pada Zariq.Jauh disudut hatiku,ada terlekat sisa sisa cinta yang tak mampu dipadam.Apatah lagi dibuang dari sudut hatiku.Zariq adalah cinta pertamaku dari zaman sekolah,tak mungkin aku akan melupakan dia.

Biy,kalaulah biy tahu betapa rindunya darling pada biy.Tapi, darling dah boleh terima.Darling bangga dengan biy,Allah sayang biy.Sebab tu Allah ambil biy dari darling.Walaupun biy dan anak kita dah tinggalkan darling,darling takkan lupa akan kenangan manis diantara kita.Malaikat kecil itu tak sempat melihat dunia,dia sudah ditarik kembali oleh Allah.Mungkin,darling bukanlah ibu yang baik buat anak kita nanti.Tapi,biy ingatlah,darling sayang biy dunia dan akhirat.

Baju kemeja Zariq aku lipat dengan cermat.Aku tahu,dugaan aku lebih kecil dari yang lain.Contohnya,kapal selam Kri Nanggala 402 yang tenggelam dilautan bali,pastinya seluruh keluarga dapat merasakan impak kesedihan kehilangan orang tersayang.Tambahan pula,ada yang baru kahwin,sudah ada anak.Hinggakan anak mengurung mereka didalam bilik kerana tidak membenarkan bapa mereka keluar berkerja.Jasad mereka bersemadi didalam laut yang dalam.

"Kau kena ingat Ira.Dugaan kau sekecil buih kopi.Masih ramai lagi yang ada kisah yang lebih sadis.Kau kena semangat,semangat untuk Airel."bisikku perlahan.Walaupun Airel pergi meninggalkanku,aku masih boleh menyedekahkan alfatihah kepada dia.Dia lelaki teragung.Dia lelaki paling memahami.Itulah Muhammad Zafwan Airel bin Datuk seri Amir,jejaka pemilik hati kecilku.

Baju Airel yang siap dilipat aku letakkan didalam almari.Almari Airel tersusun kemas.Dengan memeluk baju dia,aku dapat melepaskan rindu pada Lelaki itu.

"Semoga biy tenang disana.I love you."Aku mencium baju itu dengan penuh rasa cinta.

Aku sayang dia...

Mira pulak yang sebak.Setiap kali Mira baca tentang kapal selam tu,mesti Mira rasa sedih.Tak tahulah perasaan semua waris waris wira itu.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience