Aku dan Zariq memilih baju pengantin.Zariq tidak lepas memandang aku.Tapi aku tidak mengendahkannya.Hati aku dah cukup hancur dengan perbuatannya disekolah dahulu.Aku cuba untuk melupakan dia tapi dia muncul dihadapannya dan akan berkahwin dengan aku minggu depan.
"Awak,baju ni ok tak?"Tanya Zariq.Aku melihat gaun pengantin yang berwarna biru itu.Sangat cantik.Namun aku tak mahu memakai pakaian yang dia pilih.
"Saya tak suka biru.Biar saya pilih sendiri.Awak pilih baju awak."Aku terus mencari baju.Malas mahu melayan lelaki dihadapan aku ini.
Disetiap selakan baju,aku terpaku dengan kecantikan sehelai gaun pengantin yang berwarna merah jambu dan sangat cantik.
"Ni ok tak?"Tanya aku.Ternyata Zariq juga terpaku dengan gaun itu.Sangat yang tersangatlah cantik.
Zariq menunjukkan tanda ok.Aku terus berlalu masuk kedalam bilik cuba baju.
Beberapa minit kemudian,aku keluar dari bilik mencuba.Zariq terpaku melihat aku yang bagaikam bidadari memakai gaun yang sangat cantik.
"Cantik.Sesuai dengan awak."puji Zariq.Itu bukan pujian untuk mengambil hati,tetapi memang terserlah keayuan gadis rambut ikal mayang ini.
"Thank you."Aku langsung tidak berminat dengan pujian Zariq.Bagiku,lelaki semua sama.buaya!
"Awak dah pilih belum baju?"
"Awak ni tak nampak ke yang saya pakai baju ni?Baju dah tersarung dah pun awak tanya pilih baju belum?"
Aku mula malu.Macam manalah aku boleh tak sedar?
"Macam mana?hensem tak?"tanya Zariq lagi.Dia menunjukkan gaya gaya yang boleh membuat aku cair.
"Ermm,sikitlah.."Aku menunjukkan tanda sikit.Tapi sebenarnya,hensem ya amat.
"oklah,saya dah penat ni.Jomlah balik."Aku menyerahkan kembali gaun pengantin itu pada pelayan kedai itu untuk dibeli.Sama juga seperti Zariq.
Aku dan Zariq bersama sama menaiki kereta.Zariq tolong membuka pintu padaku membuatkan kami seperti pasangan bahagia tapi tak ok?!
Zariq memandu dengan kelajuan sederhana.Patuh arahan kerajaan katanya.
"Awak boleh bawak cepat sikit tak?Lambat macam siputlah."Aku buat gaya merajuk.Yelah,dirasakan sungguh lambat dia bawak kereta.
"Awak nak laju sampai mana lagi?Tu nampak papan tanda had laju tu?80/j je.Ni saya bawak 100/j tau?kena saman macam mana?"Zariq memberhentikan keretanya apabila lampu insyarat merah.
Aku mendengus.Pandangan dilemparkan keluar tingkap.Malas mahu melayan Zariq yang takut sangat disaman ni.
"Ala,janganla merajuk.Saya minta maaf ok?"Zariq cuba memujuk aku.Oh sweetnya.Ini barulah gentleman.
"Kalau kita kena saman,kita bayar jelah.Bukannya kita takda duit."Aku masih lagi marah.
"Haish,inilah orang sekarang.Tak takut disaman sebab katanya ada banyak duit.Tak baik begitu.Bawak kereta laju ni boleh mendatangkan bahaya pada orang lain.Kalau pandu mabuk boleh meragut nyawa orang tersayang tau."Zariq membebel.Aku hanya sekadar mendengar sahaja.Tapi ada betulnya juga kata kata lelaki ini.Bijak bijak.
"Ok ok stop dengan syarahan awak tu encik pensyarah universiti entah.Ok saya tahu semua tu.Bisinglah awak ni."Aku menekup telinga.
"Awak pernah dengar tak yang bakal suami cium bakal isteri dia sampai pengsan sebab bakal isteri dia tutup telinga?"Zariq mendekatkan wajahnya pada telingaku.
Lantas aku membuka kembali tekupan telinga.
"Eh,awak jangan nak macam macam ek?Saya tampar baru tahu."Aku menunjukkan tanda penampar.Panas pula hati ni.
Zariq menunjukkan mini love dan flying kiss.Itu sahaja cara untuk dia memikat bakal isterinya yang sewel dan benci pada dirinya dulu.
Sewel dia kata dekat Humaira?ish nak kena ni.
Share this novel