LPB 16.

Romance Series 20712

Perlahan lahan aku membuka kelopak mata.Terasa sungguh berat untukku membuka seperti ada gam yang melekat dikelopak mataku.

"Where am I?"Perlahan aku bertanya kepada Shila.

"Hospital.Puan pengsan tadi."Jawab Shila sambil memandang kelantai.

"I want to meet my husband.Where Airel?"Aku tidak mengingati apa yang terjadi.Kepalaku berasa amat sakit.

"Tuan Airel dah takda Puan.Dia dah tinggalkan kita semua."Ujar Shila dengan suara yang sedih.Tergamam aku dibuatnya.

"Awak jangan main main dengan saya Shila!Bawa saya jumpa Airel sekarang!"Bentakku.

Aku dibawa ke bilik mayat.Seorang jururawat bersama Shila menolakku menggunakan kerusi roda.

Air mata automatik mengalir laju.Hatiku bagai ditusuk dengan pisau yang teramat tajam.Sungguh pedih.Aku menangis dan meraung memanggil nama Airel.

"Biy,jangan tinggalkan darling!Biy,bangun biy!!"Aku menggoncang tubuh kaku Airel.Aku menyembamkan muka diatas tangannya sambil menangis lagi.Mengapa ini semua terjadi? Aku kehilangan anak, dan sekarang aku sudah kehilangan suami tercinta.

"Puan Humaira,kita balik bilik ya."pujuk Shila.Namun,aku tetap bertegas tidak mahu pulang kebilik.Seorang jururawat datang bersama satu jarum suntikan ubat penenang.Lantas dia menyucuknya dibahuku membuatkan aku pengsan..

"Why you leave me?Biy tak sayangkan darling lagi ke?Baliklah Biy.Balik.."Aku menangis teresak esak di balkoni.Aku sudah dibenarkan pulang namun masih didalam pemantauan.Ilna dan dua jururawat lain menemaniku dirumah 24 jam.

"Ira,sabarlah.Ini semua dugaan yang Allah turunkan untuk kau.Pasti ada hikmah disebaliknya."Ilna mengusap bahu aku untuk menenangkanku.

"Tapi hati aku sakit Ilna.Aku hilang anak,aku hilang suami.Kau nak kata apa lagi?Nak aku terus bersabar?Kau takda dalam tempat aku Ilna.Kau tak tahu betapa sakitnya hati bila hilang orang tersayang!"Tinggi suaraku menjawab kata kata Ilna.


"Orang yang paling kuat adalah orang yang bersabar.Kau kuat kan?"Ilna masih cuba untuk memujuk.

"Aku tak kuat,sebab tu aku tak sabar.Aku tak nak jadi orang kuat.Aku cuma nak Airel.Airel segalanya bagi aku.Kau faham tak?!"

"Kau boleh mulakan hidup baru.Mungkin Airel bukanlah jodoh kau.Pasti Allah dah tetapkan siapa jodoh kau.Kau hanya perlu tunggu.Keajaiban itu akan berlaku bila bila je."

"Dah lah Ilna.Kau keluar jelah dari bilik ni.Aku tak nak gaduh dengan orang yang banyak tolong aku."Aku berjalan menuju kekatil.Aku berbaring dan menekup mukaku dengan bantal.

Ilna mengeluh.Dia terus mengangkat kaki keluar dari bilikku.

Sabarlah Humaira.Keep comment semua!!

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience