Aku tersenyum senyum teringatkan Zariq.Agaknya,aku sedang angau sekarang ini.Perempuan mana yang tidak tergoda jika seorang lelaki itu kacak?Dengan kot hitamnya dan kaca mata cukup buat nafasku tidak teratur.
Aduhai,begini rupanya rasa angau pada prang yang kita suka.Oh,terseksanya aku!Bila Zariq nak datang pinang aku ni?
"Ira! keluar jap!Ada benda umi nak cakap."panggil umi dari luar.Aku sudah pulang kerumahku membesar kembali.Lagipun,Ilna pergi keluar negara untuk memperluaskan syarikatnya yang sudah besar itu.
"Ok umi!"Aku berlari keluar.
Terkejut aku melihat keluarga Zariq dibawah.Segera aku masuk kembali lalu menukar pakaian yang lebih cantik.Mesti mereka mahu meminangku punya.Hoho,hatiku berbunga bunga.
"Assalamualaikum aunty.."Aku menyalami wanita yang pernah menjadi ibu mertuaku.
"Kenapa panggil aunty?kenapa tak panggil mama?"Puan maimunah mengusikku.
Mulut aku kaku tanpa sebarang jawapan.
"Apa hajat kamu semua kemari ni?"Tanya umi.
"Hajat kami kemari ini, untuk....
Aku berpakaian pengantin berwarna putih.Bercorakkan bunga bungaan yang sungguh cantik.Labuci dan permatanya bersinar sinar.Hari ini aku akan bertunang dengan Zariq buat kali kedua.
Flashback..
"Hajat kami kemari ini untuk meminang Humaira.Sudi ke?"Tergamam aku dibuatnya.Ini yang aku tunggu.
"Gila tak nak?!"Aku berdiri.Ops,aku sudah terlanjur.Aku tersipu sipu malu Apabila semua mata memandangku.
"Ira setuju?"Umi bertanya.Baba hanya mendiamkan diri.
"Ssetuju kot?"Aku teragak agak.Ish,apa kau ni Ira?Tadi nak sangat.Ni kot kot pulak!
"Apa main kot kot ni Ira?Be serius."Wajah umi tiba tiba sahaja serius.
"Ye,Ira setuju.K,bye!"Aku berlari naik.Malu untuk menghadap muka bakal ibu mertuaku itu.Ihiks!.
End Flashback...
Perlahan lahan aku menuruni tangga.Kelihatan bakal ibu mertuaku itu sudah menunggu dibawah.Diatas sebuah pelamin yang dihiasi bunga bunga putih serta lampu kecil yang sungguh cantik.Semua memakai gaun putih pada hari ini.
"Assalamualaikum mama.."Aku menyalami wanita berumur lingkungan 40- an itu.Senyuman manis terukir diwajahku.
"Waalaikumussalam sayang.."Mama memelukku.
Aku duduk diatas pelamin itu.Ilna menghulurkan kotak cincin yang juga berwarna putih kepada Mama.Mama menyambutnya dengan senyuman.
"Mama harap,sejarah buruk dahulu takkan berulang kembali."Ucap mama lalu menyarungkan cincin yang bertakhtakan dengan intan permata itu.Cincin itu tersarung elok di jari manisku.
"Tahniah sayang!"Umi memelukku.Lampu flash kamera membuatkan aku silau.Namun,hari ini hari bahagia walaupun jutaan memori pahit yang aku pernah lalui dulu.
Ok,Ira dah tunang!Lepasni, kahwin pulak kot..
Share this novel