Zariq termenung dimeja pejabatnya sambil tanggannya memusing musingkan pen hitam itu.
Fikirannya hanya tertumpu pada Humaira.Sigadis yang merupakan bekas isterinya.Rindu pasti ada,tapi Humaira tidak lagi memandang dirinya.Buat apa dia bertepuk sebelah tangan?
Mengharapkan seorang wanita yang tersakiti menerimanya kembali.Itu adalah perkara yang kejam.Wanita itu dah cukup merana,buat apa dia mahu menambahkan rasa duka itu lagi?
Bila difikirkan kembali,masih ada perasaan cinta dari Zariq buat Humaira.Namun,hubungan mereka sudah semakin jauh.Tak mungkin Humaira akan menerimanya disebabkan gambar lucah itu.Tetapi,yang menjadi persoalan,siapa yang menghantar gambar itu?
"Kalaulah aku jumpa kau sipenghantar gambar tu,memang aku tumbuk tumbuk kau sampai lunyai.Kebenaran akan terbongkar jua.Tunggulah!"Zariq menggenggam pen hitam itu dengan kuat hingga patah.Jelas menunjukkan dia sedang marah.Api didadanya seperti mahu meletus bagai gunung berapi.
Zariq mencampakkan pen yang sudah patah tiga itu kedalam tong sampah.Sasarannya tepat.Pen itu masuk kedalam tong sampah itu dengan tepat.
Zariq mengambil pen lain lalu mengambil satu fail berwarna hijau muda.
Aku menghidangkan sarapan diatas meja.Hari ini,aku akan kembali berkerja di syarikat.Sudah hampir 5 bulan aku tidak menjejakkan kaki kesana.
Ilna turun kebawah dengan berpakaian selayaknya bagi seorang CEO.Sudah pasti,dia akan memakai kot berwarna merah jambu itu setiap hari.Ilna mempunyai banyak kot merah jambu untuk kepejabat.
"Amboi kau.Cantik bebenor."Pujiku.
"Kau pun sama la Ira.Kau lagi cantik."Ilna duduk diatas kerusi.
Aku juga turut duduk lalu menghirup kopi.Beg kerja aku letakkan disebelah.
"Emm, sedapnya nasi goreng kau ni Ira.."Puji Ilna.Itu je yang aku tau masak.itupun diajar oleh mak cik Senah a.k.a pembantu rumah baba.
"Oh ye ke?Thank you lah.Iti je yang aku tau masak."Aku kembang hidung apabila dipuji sebegitu.
"Ini nasik goleng ahh manyak syedap oo"Kata Ilna dengan pelat cina yang dibuat buat.
"Haish, mana datang la orang cina dalam rumah ni?"Aku membuat aksi mencari.
Ilna tergelak kecil.Suapannya terus disambung kembali.
"Thank you lah sebab masak kat aku pagi ni."Ilna menghirup air kopi didalam cawan.
Aku melangkah masuk kedalam pejabat.Keretaku diparking khas untuk CEO dan COO.
"Assalamualaikum Puan Humaira"Ucap seorang staf sambil tunduk hormat.
"Waalaikumussalam."Jawabku.Jawab salam kan wajib?
"Buk."Fail yang aku pegang terjatuh dek perlanggaran dengan seseorang.
"Sorry sorry!"Lelaki itu kelam kabut mengutip failku yang jatuh.
"Zariq?"Nama itu meniti dibibirku saat melihat wajah jejaka tampan itu.
"Humaira?"
"Awak buat apa dekat sini?Kan saya dah kata,jangan jejakkan kaki lagi dekat sini dan tunjukkan muka awak depan saya?!"Suaraku meninggi.
"Mmaaf puan Humaira."Zariq terus mengangkat kaki keluar dari pejabat dengan ucapan kata maaf.
Jumpa dekat pejabat????Oh no!!
Share this novel