Setelah beberapa hari diwad,aku kembali pulih seperti sediakala.Namun,tidak bagi Airel.Dia telah koma dari peristiwa kemalangan itu.Dia juga telah ditempatkan ke wad ICU dan berada didalam keadaan kritikal sekarang.
Aku hanya memandang sayu dari tingkap besar, tubuh lelaki yang terbaring diatas katil bersama wayar wayar yang berselirat.Rasa bersalah membayangi diriku.Aku amat mencintai Airel sepenuh hati,namun dia telah koma sekarang.Aku hanya boleh berharap pada yang maha esa.Tiada siapa lagi yang aku boleh pinta untuk menyembuhkan sijejaka pemilik hati nur Humaira Qistina.
"Darling relakan biy jadi begini.Tapi,janji dengan Darling,jangan tinggalkan Darling.I love you."Itu sahajalah ungkapan cintaku pada sipemilik nama Airel yang telah menjadi pemilik hatiku selama beberapa bulan ini.
Sedihku lebih bertambah apabila aku mendapat tahu,anak didalam kandunganku ini telah tiada.Benarlah,ajal,maut,jodoh semua ditangan Allah.Aku tak dapat menghalangnya.Anak yang ku impikan selama ini telahpun pergi meninggalkan aku didalam keadaan yang sungguh perit.Tapi,mengapa semua ini terjadi?Mengapa ujian yang Allah turunkan terlalu berat?Aku tak mampu.Aku tak mampu.
Aku berjalan perlahan untuk pulang kerumah.Tempoh lawatan untuk bilik ICU sangat terhad.Tambahan pula,aku tidak dibenarkan masuk kedalam bilik.Aku hanya boleh memandang Airel dari tingkap kaca yang besar itu.
"Bye biy.Assalamualaikum.."Aku melambaikan tangan walaupun aku tahu akan tiada jawapan.Berat hatiku untuk meninggalkan dia.
Disaat aku berjalan melewati kaunter pertanyaan.Mata aku tertancap pada susuk tubuh yang amat aku kenali.Dia Zariq, Zariq Adrian.Tapi,apa yang dia lakukan dihospital ini?Aku mengambil keputusan untuk mengikutnya.Sekeping mask aku ambil dari poket beg.Ini untuk tujuan supaya Zariq tidak dapat mengecamku.
Aku terus mengikuti Zariq hingga ketingkat tiga.Zariq terus melangkah.Langkahnya terhenti dihadapan sebuah bilik.Dia terus masuk kedalam bilik itu yang ada seorang perempuan diatas katil pesakit.Siapa perempuan itu?Aku langsung tidak pernah nampak kewujudan wanita berambut ikal mayang berwarna coklat.Anak matanya juga berwarna biru.Namun,aku tahu itu hanyalah contact lenses.
"Siapa perempuan ni?Aku tak pernah kenal pun.Siap buat aksi manja pulak tu."Omel aku ditepi pintu masuk.
Aku malas untuk berfikir siapa wanita itu,langkah terus diambil turun kebawah untuk pulang.Buat apa aku fikir tentang orang yang telah menyakiti hati aku kan?
Sampai sahaja diparking,aku terus masuk kedalam kereta.Enjin kereta Porsche ini aku hidupkan.
Aku meletakkan kepalaku disetereng kereta.Perasaan aku ketika ini bercampur baur.Sedih dan marah,itu perasaanku ketika ini.Disaat aku melayari bahtera bahagia bersama Airel,datang ujian yang berat terhadap kami berdua.Ujian yang terlalu berat ini,aku tak mampu untuk hadapi.
"Kuatkan hati kau Humaira.Airel orang yang baik.Aku juga kena jadi baik seperti dia.Kau kuat!"Aku cuba memotivasikan diri.Disaat aku terlalu lemah ini,kata kata motivasi dapat menenangkan aku dan membuat diriku ini menjadi lebih bersemangat.Motivation in need!
Please give your motivation to Humaira at comment!Keep comment ok?
Share this novel