LPB 10.

Romance Series 20735

Aku duduk termenung dijendela rumah.Cincin nikah diletakkan diatas meja.Hatiku berasa tawar untuk meneruskan perkahwinan ini.Tetapi, Zariq merayu rayu pada aku semalam buat aku serba salah.

"Tolong maafkan abang.Abang mengaku,abang buat semua tu.Tapi itu dulu Humaira.Waktu abang belum berkahwin dengan sayang."Rayu Zariq.Dia melutut dikakiku.Air mata yang ditahan jatuh jua.

"Give me time.Time to except all this.Be happy."Aku berbisik pada telinganya lalu pergi dari situ bersama Ilna.

"Sayang! Don't leave me!please.."Wajah Zariq tersembam dilantai.Staf staf yang melihat juga turut berasa kasihan.


Ilna memegang bahuku.Dia tahu,aku sedih.Aku hanya tersenyum.Dia duduk dikerusi bersebelahan denganku.

"Ilna,Rae macam mana sekarang?"Rae,bekas kekasih aku dahulu.Tetapi,kerana cintaku pada Zariq,aku meninggalkan dia.

"Bukan ke kau dah taknak sebut pasal Rae?Kau sendiri kata kau bencikan dia kan?"Ilna menjongketkan keningnya.

"Aku silap dulu Ilna.Aku tak sepatutnya tinggalkan dia.Dia adalah sebaik baik lelaki yang pernah aku jumpa.Tapi,disebabkan cinta aku pada Zariq,aku tinggalkan dia.Aku rasa bersalah."Aku berkata sambil menunduk kebawah.Rasa bersalah menyelubungi diri.

"Ini surat dari Rae.Dia baru beri pada aku semalam.Sebab tu aku datang office kau."Ilna menghulurkan surat berwarna putih kepadaku.

"Kau rasa Rae akan terima aku balik tak?"Tanyaku secara tiba tiba.

"Apa maksud kau?"

"Aku dah tak boleh nak teruskan perkahwinan aku.Semakin aku cuba nak pulihkan,semakin banyak dugaan yang menimpa.Semakin banyak rasa benci aku pada Zariq."Aku memandang cincin berlian yang berkilau dek cahaya matahari.

"Kau rasa apa kau buat ni betul?"

"Aku tak tahu,rasa cinta aku papa Zariq dah semakin pudar.Tiada warna lagi boleh hilangkan kepudaran cinta aku."Sememangnya cinta aku pada dia dah hampir habis dek kepercayaan yang dia hancurkan.

"Rae dah kahwin dengan Dhiasandra minggu lepas."Kata kata Ilna buat aku tergamam.

"Tapi,bukanke Rae bencikan Sandra?"Dhiasandra ialah diantara sahabat baik aku yang dibenci Rae.Ini kerana, Dhiasandra selalu meminjam wang dan tidak membayarnya kembali.Sedangkan,Sandra merupakan anak kepada seorang Tan Sri sama sepertiku.

"Kisah cinta diorang sama macam kau.Dalam seminggu je,Sandra dapat lembutkan hati dia.Tapi,kisah kau,kau dan Zariq bergaduh.Diorang tak."Aku kecewa.

"Be strong Humaira.You are the strongest women I have known."Ilna mengusap bahuku.Dia cuba mengalirkan kesabaran pada ku melalui sentuhan.Dia berlalu keluar dari bilik.


Zariq memandang kebawah.Dia berada setinggi 20 tingkat.Dia nekad membunuh diri.Apa makna lagi pada hidupnya jika Humaira tidak lagi mencintainya?

Lima pegawai bomba cuba menenangkannya dari belakang.Sementara itu beberapa ahli bomba yang lain menyiapkan persiapan jika Zariq terjun kebawah.

"Encik,relax.Tolong jangan terjun.Ini akan membahayakan nyawa Encik.Ingat orang tersayang."Seorang pegawai bomba bernama Amin cuba menenangkan lelaki dihadapannya inim

Aku melangkah naik ketingkat paling atas kondo lama itu.Aku telah mendapat tahu, Zariq membuat cubaan membunuh diri.

"Tengku Mohammad Zariq Adrian!"Aku menghentikan langkah dibelakangnya.Kalini aku tegas,kerna aku bagaikan tidak lagi mengenali siapa Zariq Adrian.

Amukan Zariq terhenti apabila mendengar suaraku.Dia menoleh kebelakang.

"Humaira!"Dia mahu memelukku tetapi aku sempat mengelak.

"Awak ni dah takda otak nak fikir ke?Kenapa awak nak bunuh diri?Awak tak ingat dekat mak ayah awak ke?Jangan jadi bodoh Zariq.Think before you do something.Sekali lagi saya dengar pasal ni,saya hantar awak terus ke hospital tanjung rambutan!."Aku berlalu pergi dari situ.

"Sayang!!!"Zariq menjerit memanggilku yang sudah pergi dari situ.

Zariq Zariq...

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience