Aku tekun memasak sarapan pagi.Dikala Zariq sedang mandi,aku menyempurnakan tugas pertama apabila bergelar isteri.
"Nasib kolah Zariq.Aku ni setakat masak nasi goreng ni boleh lagi tapi kalau bab bab masakan yang berat aku memang tak boleh masak."Aku mengomel sendirian tanpa menyedari Zariq dibelakangku.
Tiba tiba sahaja,tangan Zariq melingkari pinggangku.Mahu sahaja terbaling senduk yang dipegang.Ish Zariq ni!
"Awak nak saya buat awak jadi lauk untuk pagi ni ke?"Aku bertanya sambil menutup api dapur.
"Saya tak kisah kalau awak nak jadikan saya lauk tapi sebelum tu bagi saya kunci."Zariq mengeratkan lagi pelukannya.
"Kunci apa?"Aku melepaskan diri dari pelukan Zariq.Aku menuangkan nasi kedalam mangkuk.
"Kunci pintu hati awak"Zariq menarikku menyebabkan wajah aku tersembam didadanya.Dia ni memang menguji kesabaran.
"Awak nak buat apa dengan kunci tu?Nak buka pintu hati saya?jangan harap!"Aku menolak dadanya.Lemaslah!
"Saya nak buka pintu hati awak lepastu saya nak buang kunci tu jauh jauh.Biar pintu hati awak dah tak tertutup lagi!"Zariq berpeluk tubuh.
"Ewah ewah!Dah,tu nasi goreng.Makan lah.Saya nak naik atas!"Aku pura pura merajuk padahal sedikit pun aku tak ambik hati.
Zariq mengejarku hingga masuk kedalam bilik.Tapi malang untuk dia,aku dah lebih awal menutup pintu dan menguncinya.
Aku mula rasa bersalah pada lelaki itu.Kesian pula dekat dia.Mungkin dia benar benar tulus ikhlas untuk mencintaiku tapi memori pahit dulu membuatkan aku bencikan dia.
"Betulke awak sukakan saya?"Aku bertanya.Cermin mata dibetulkan.
"Memang aku....tak suka!"Zariq menolakku.
"Tapi awak kata..."
"Itu semua hanya lakonan,siapalah yang nak dekat kau ni?Muka pun macam katak puru,ada hati nak bercinta dengan murid paling popular dan paling kacak dekat MRSM ni?"Dia menolak aku hingga jatuh terduduk.
Aku memejamkan mata.Cuba untuk melupakan segala perbuatan Zariq,hinaan Zariq,Cacian Zariq.Tanpa aku sedari,air mata mengalir dipipi.Segala memori itu aku ingin padam tapi tak boleh.Aku tak mampu.Aku tak mampu!
Share this novel