LPB 1.

Romance Series 20747

Aku Humaira Qistina.Anak kepada Tan Sri Zainal.Hidup aku bahagia disini.Dirumah agam yang besar gedabak ni.

"Humaira!!! Turun nak!"Jerit Umi dari bawah.Aku bangun dari katil lalu turun kebawah.Kalau menyahut nanti matilah aku.

"Ya Umi!Ira turun!"Aku menyahut.Langkah kaki terus dibuka berlari terus kebawah.Dari tangga sudah aku bau wangi masakan umi.Ini macam emm...Ha!gulai udang.Wah sedapnya...

Aku berjalan perlahan kebelakang umi.Hehe,bermacam macam idea jahat meniti diminda.

"Ba!!!"Aku mengejutkan umi.Sudah pasti senduk kayu yang dipegang umi dibaling kearahku.Aduh!sakit bagai mahu hilang ingatan.

"Astaghfirullahalazim budak bertuah nii.Terkejut Umi.Nasib takda sakit jantung tau!"Umi memukul kecil bahuku.Aish,rileklah umi.

"Ala,sorry umi.Ira janji tak buat lagi!"Aku membuat gaya berikrar.Umi tergelak kecil sambil menggeleng kepala.Dia tahu,anaknya ini memang tak pernah serius.

"Umi,tadi lelaki tu siapa?"Aku menunding jari pada lelaki yang berbual dengan baba dikolam renang.

Umi bagai tidak mengendahkan aku.Dia masih fokus mencuci periuk.Aku tidak berpuas hati.Siapa lelaki itu?Tak pernah nampak pun.

Aku berjalan kearah mereka namun umi cepat cepat menarik aku hingga jatuh terduduk.

"Auch!Sakitlah umi...Kenapa?"Aku cuba untuk bangun.Terasa sakit di buku lali.

"Jangan pergi dekat diorang.Nanti kamu akan jumpa juga lelaki tu.Dah, pergi masuk bilik."arah Umi.Aku tahu,pasti ada perkara yang disembunyikan dari aku.

Aku tidak membantah.langkah kaki terus aku bawa naik keatas.Sempat lagi aku mengerling pada lelaki itu.Susuk badannya seperti aku kenal namun dia memakai pelitup separuh muka.

Masuk sahaja didalam bilik,otak aku berteka teki.Enjin carian mula bergerak pantas.

Aku,umi,baba dan lelaki misteri itu duduk diruang tamu.Bagasi aku turut berada disitu.

"Humaira.Baba nak kenalkan ini Zariq Syah."

Lelaki misteri itu membuka pelitup mukanya.Cawan yang dipegang Aku jatuh kelantai.Aku tergamam melihat lelaki dihadapan aku ini.Lelaki yang paling aku benci dalam hidup.

"Zzariq?!"

jemput baca semua

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience