Meeting besar diantara syarikat Tan Sri Zainal dengan Tengku Alsyarif diadakan hari ini.Oranh yang paling sibuk sudah pasti aku.Sibuk membuat persiapan fail fail yang pasti akan dibincangkan sebentar lagi.Dua syarikat besar ini akan bergabung untuk satu projek jutaan ringgit.
"Hai cik adik manis.Sibuk ke?"Zariq menyapa dari belakang.Boleh tanya pulak ek?Tak nampak ke aku sibuk susun fail ni?!
"Amboi amboi tengku Zariq Adrian!Bukannye nak tolong, tengok je kerja kan?"Aku bercekak pinggang.
"I miss you."Zariq memberikan ayat buaya.Mula dah...
"Tak payah nak I miss you sangat ek.Meh tolong ni.Kalau tak,saya batalkan jelah projek tu.Biar dua dua rugi."Ugutku.Melihat wajah pucat Zariq apabila mendengar aku berkata begitu buat aku geli hati.
"Ala..Ok lah cik puan madam miss."Zariq berjalan menghampiri meja yang penuh dengan fail fail itu.
"Yang ni letak situ.Kan tu fail kewangan!Letaklah dekat situ pak cik!"Arahku.Dah besar besar tulisan disitu 'fail kewangan', letaklah dekat fail kewangan.
''Ok sorry cik puan madam miss,I made a mistake.Syoorryy.."Zariq buat muka comel.Rasa macam nak pelempang pon ada tengok muka dia ni.
"You pernah kena penampar tak?"Aku menunjukkan tapak tanganku.
"Tak pernah."Zariq menggeleng.
"So,you want to I slap you?Ei!"Aku mengangkat tanganku seperti mahu menampar.Eleh,itu pun takut.Terpejam pejam mata tu kenapa?
"Ok ok.Sorry cik puan madam miss.Janji tak buat lagi.."Zariq masuk kebawah meja.Aksinya kini sama seperti budak berumur 3 tahun..
"Awak ni umur 24 ke umur 3 tahun ni?Gedik semacam."Aku berpeluk tubuh.
"Ssyaya umur 3 tahunn nenek.."Zariq buat suara budak budak.Muka lawa tahap antarabangsa ni pun dia kata nenek?Memang nak kena!
"Ooo patutlah perangai macam budak budak, Datuk!"Giliran aku memulangkan paku buah keras.
"Huaaaa!!!"Zariq pura pura menangis.Dia terduduk diatas lantai.Ihh, rasa macam nak buat gulai je dia ni!
Eiuu,gediknya Zariq!!Help Humaira please!!
Share this novel