LPB 12.

Romance Series 20712

Aku mengemas katil selepas bangun dari tidur.Ternyata,sikap Airel dan Zariq berbeza sekali.Zarik selalu bangun lewat dan tidak kemas manakala Airel bangun awal pagi dan sentiasa kemas.

"Darling,buat apa tu?"Airel memelukku dari belakang.

"Tanam padi ni ha.Darling tengah kemas katil ni ha,dah tahu bertanya pula ya?"Aku memusingkan badan menghadapnya.

"Saja Biy tanya,tak boleh ke?"Airel membuat riak muka sedih.Rasa macam mahu dicubit cubit sahaja muka macho milik Airel.

"Tak boleh!Humph,nak merajuk la macam ni!"Aku berpeluk tubuh.Sengaja berpura pura merajuk.

"Kalau macam tu,Biy kena peluk Darling la kan?Meh sini Biy peluk."Airel mendepakan tangannya.Sungguh aku bahagia dengan lelaki ini,lelaki pilihan hati,bukan lelaki pilihan baba.

"Tak nak,biy busuk.Tak mandi."Aku menjauhkan diri daripadanya walaupun aku tahu dia sudah mandi.

"Hey!Biy dah mandi la.Takpala,kalau biy busuk jom mandi duaorang nak?"Airel mendekatkan dirinya padaku.Dadaku berombak kencang.Jarakku dengan Airel terlalu dekat hingga aku boleh dengar deruan nafas Airel.

"Cup!"Satu ciuman melekat dibibir merah delimaku.Aku menepuk bahunya kegeraman.Aku menegejar Airel hingga kebawah.Suasana bingit ketika itu dengan jeritan.Biasalah,kanak kanak riang.

Sementara itu,dirumah Zariq.

Zariq menatap gambar Humaira.Rindunya pada wanita ini tidak terhingga.Tapi,dia tahu,tiada ruang lagi untuknya didalam ruangan hati Humaira Qistina kerana Airel sudah memenuhi setiap sudut dihati wanita ini.

"Kalau awak tahu betapa rindunya saya pada awak Humaira.I love you."Kata Zariq perlahan lalu mencium digambar wanita yang dipegang.

"Kalau aku tahu siapa yang beri dia gambar tu,siaplah kau!"Zariq meletakkan gambar itu keatas meja kembali.

10 bulan kemudian.....

Pregnancy test itu aku letakkan diatas meja.Aku tidam sangka,line pregnancy test itu bergaris dua menandakan positif.Aku terduduk diatas katil.Tidak menyangka, aku akan menjadi seorang ibu dan Airel akan menjadi bapa.Perasaan gembira aku ketika ini memang ditahap paling gembira.

"Pasti Airel suka bila dapat tahu berita ni."Air mata gugur dimataku.

Tiba tiba sahaja,aku mendapat satu idea.Aku ternampak sebuah kotak jam yang kosong diatas almari meja solek.Lantas aku mengambil lalu meletakkan results pregnancy test itu kedalamnya.

"Biy..."Aku memanggil Airel perlahan.Airel yang sedang menonton Televisyen itu menoleh kearahku.

"Darling ada hadiah untuk biy."Aku mengulurkan kotak itu lalu duduk disebelahnya.

"Wah,jam baru.Bolehlah biy ganti jam ni."Airel menunjukkan jamnya.Perlahan lahan Airel membuka.Alangkah terkejutnya dia alabila melihat results pregnancy test yang bergaris dua itu.

"Are you serious darling?"Suara Airel seakan tidak percaya.

"Mestilaaaahhh ya!Tahniah biy!You akan jadi papa!"Ucap aku kegembiraan.

Airel memelukku sambil mengusap perutku yang masih kempis.

"I love you so much sayang.Thank you for hadiah yang very special ni."Airel mencium kepalaku.Aku berasa sungguh bahagia saat ini,bersama dengan suami yang aku cintai buat selama lamanya kerna dia hanya satu didalam hatiku.

Congratulations Humaira!

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience