LPB 17.

Romance Series 20712

Hari hariku selepas pemergian arwah Airel amatlah suram.Aku hanya berkurung didalam bilik tanpa keluar.Kerna aku merasakan hati ini terlalu sakit.Sakit itu aku tak boleh nak katakan,kerna sakit itu hanya aku yang pendam.Pedih bagai ditikam bertubi tubi.

Sesungguhnya hati aku hanya pada Airel,tetapi sekarang dia sudah pergi.Meninggalkan diriku seorang diri didalam kegelapan.Kegelapan yang aku rasa kegelapan paling pahit dalam hidupku.

Setiap hari,aku meratapi pemergiannya.Setiap hari aku menunggu untuknya kembali tapi kuyakini dia takkan kembali lagi untukku kerna dia sudah meninggalkan aku buat selama lamanya.

"Darling akan tunggu biy balik walaupun darling pasti biy takkan pulang semula pada darling.I love you so much."Perlahan aku berkata sambil memeluk baju milik Airel.

Susah untukku lupakan,kenangan indahku bersamanya.Kerna berjuta memori yang terpatri didalam hatiku ini.Jujur aku katakan,aku amatlah merindui lelaki itu.

"Setiap memori kenangan kita akan tetap tersemat dalam hati darling walaupun biy pergi dari sini.Kerana,cinta darling untuk biy terlalu dalam."Setitis air mataku jatuh di kolum baju Airel.

Flashbacks...

"Biy rasakan,anak kita nanti lelaki ke perempuan?"Aku bertanya sambil duduk disofa.

"Hmm,biy rasakan,anak kita lelaki la.."Airel membuat riak wajah penuh persoalan.

"Kenapa lelaki pulak?"

"Sebab,lelaki kan kacak.So,mesti anak kita kacak macam papa dia lah!"Kata Airel gembira sambil memelukku dengan manja.

End Flashbacks..

Jika boleh diputarkan waktu kembali,sudah pasti aku akan memutarnya.Rindu aku pada Airel membuak buak.Percayalah,tiada lelaki yang boleh menggantikan Airel sebagai suamiku.Dia yang terbaik,dia yang romantis,dia segalanya.Dia lelaki yang perfect yang pernah aku jumpa.

Tiba tiba sahaja,pintu bilikku diketuk.Suara lembut ibuku kedengaran.

"Assalamualaikum Ira sayang..Keluar nak,Umi datang ni.."Pujuk Puan Sri Suriana.

Aku segera berlari membuka pintu.Aku memeluk umiku.Aku sangat merindui wanita dihadapanku ini.

"Umi, Airel umi.."Aku menangis didalam pelukan umi.

"Ya,sayang.Umi tahu.Tapi Ira kena sabar.Mungkin ini ujian buat Ira.Ira kena sentiasa sedekahkan alfatihah pada Airel.Ira sayang Airel kan?"Umi mengeratkan lagi pelukannya.

"Tapi,Ira tak kuat.."

"Anak umi kan kuat.Jangan sedih macam ni.Kalau Airel tahu Ira sedih,mesti dia pun sedih."Pelukan umi buat aku tenang.Sungguh aku rindukan pelukan ini.Pelukan istimewa dari seorang ibu.

Aku rindukan kau Airel,buat selama lamanya.Semoga kau tenang disana.Aku tetap mencintaimu.

Mira yang tulis pun sebak.huhu

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience