Dengan lagak diva Amanda Anderson melangkah masuk ke perkarangan markas penempatan kaum mereka di hutan manrocks seawal jam 7 pagi.
Dengan baju sendat yang hanya menutupi paha dan sebahagian kecil dadanya menampakkan dia begitu seksi dan anggun sekali.
Rambut separas bahu nya yang kerinting halus di biarkan lepas.Bibirnya di warnai dengan lipstik berwarna merah terang menyerlah kan lagi keseksian nya.
Jake , mike dan beberapa orang army yang berada di dalam bilik markas itu menoleh memandang ke arah amanda .
Sekilas cuma , cepat mike memusingkan wajah nya kembali menghadap komputer yang berada di depan nya. Langsung tak menunjuk kan minat terhadap gadis tersebut.
" Morning darlingggggg " , ucap amanda manja sambil mencuba merangkul mike dari belakang.
Sepantas kilat mike menjarak kan diri dari gadis tersebut sambil merenung tajam .Wajah mike tidak langsung menunjukkan tanda - tanda yang dia suka dengan tindakan gadis itu.
Melihatkan situasi canggung itu , jake bersuara mematikan suasana sepi.
" Morning amanda , awal pagi dah sampai sini , rindu kan aku ke ?", seloroh Jake sambil mengenyitkan mata dan tersenyum nakal.
" Excuse meeeee , kau bukan taste aku ok ! ", jawab amanda sambil membuat mimik muka tanda tidak berpuas hati dengan ucapan jake tadi.Amanda melemparkan pandang ke arah mike yang masih diam membisu tidak memandang wajah nya.
" Habis tu , taste kau jantan - jantan hidung belang yang kau selalu bawa balik tu ke.Jantan one night stand taste kau ??",bidas jake.
Satu markas yang menempatkan hampir 5000 orang kaum mereka dia situ semua tahu akan hal itu.Siapa yang tak kenal Amanda Anderson.Perempuan yang suka bertukar tukar pasangan .Dan pasangan dia terdiri dari manusia yang tidak tahu dia adalah seorang vampire.
" Hei , jaga sikit mulut kau ! , hal aku kau jangan nak masuk campur !", ucap amanda laju sambil jari telunjuk tepat ke muka jake.
" Kenapa ? dah tak ada jantan nak kan kau ke sampai pagi - pagi buta dah tercongok kat sini ?. Tak cukup kau jual badan pada manusia , sekarang kau nak jual badan kat sini pulak ?", Tengking mike dengan suara lantang dan kuat.
Semua yang berada di situ agak terperanjat dengan tengkingan mike.
" Aku blah dulu jake , tak de mood nak discuss hal tadi.Nanti kita sambung ", ucap mike sambil ingin melangkah keluar dari markas mereka.
Jake hanya mengangguk kan kepalanya .Faham sangat dengan adiknya yang satu ini.Dia tidak suka pada amanda yang terlalu lepas laku.
Belum sempat kakinya cecah ke pintu , amanda memaut lengan nya.
Mike memusingkan kepalanya memandang tajam lengannya yang di pegang oleh gadis tersebut.
" Mikeeeee , i miss you tau tak? . Rindu sangat - sangat. Dah berbulan kita tak jumpa . Macam ni ke layanan mike kepada tunang mike ? ", rengek amanda manja sambil memeluk jejaka itu.
Mike merentap keras tangan amanda yang melingkari pinggangnya. Jijik dengan ucapan dari mulut gadis itu.
Amanda terdorong ke belakang beberapa langkah.Wajahnya cuba di manis kan walaupun hatinya sudah terlalu sakit dengan penolakan mike.
Malu , sangat malu kerana kejadian itu di saksi kan oleh jake dan beberapa orang army yang berada di situ.
" Hei perempuan , aku ingat kan kau kalau - kalau kau terlupa. Kita tak ada apa - apa hubungan dan ikatan pun. Aku tak setuju , tak pernah setuju dan tak kan setuju untuk di tunang kan dengan kau!. Family kita dah sedia maklum akan hal ini.Kau je yang beriya iya mengaku aku ni tunang kau.Sejak bila kita bertunang? dalam mimpi kau ? .Di sini kau mengaku aku tunang kau , jantan yang kau kepit tu apa pulak ? anak ikan kau ?", bidas mike sambil berpeluk tubuh memandang tajam gadis di depan nya.
Gadis ??
Sorry la , kau pun bukan gadis lagi .Bisik mike dalam hati.
" Iye , aku tahu aku kotor aku jijik, tapi aku boleh berubah. Bagi aku peluang untuk buktikan yang aku akan berubah untuk kau mike. Terima aku dalam hidup kau.Akan aku bukti kan aku boleh berubah. Aku akan bukti kan aku pasangan yang terbaik untuk kau. Please mike , i need you in my life.Aku betul - betul cinta kan kau ", rayu amanda sambil cuba memegang tangan jejaka itu.
Laju mike menepis . Tak rela tangan nya menjadi habuan tangan gadis itu.
Mike ketawa terbahak - bahak mendengar ucapan gadis di hadapan nya. Makin galak dia ketawa apabila melihat senyuman kecil dari jake.
Cepat jake menundukan kan wajah untuk menyembunyikan senyuman nya.Risau juga dia kalau amanda nampak yang mereka berbalas senyuman seakan mengejek gadis itu.
" Henti kan la drama kau depan aku. Apa yang kau buat di belakang aku semua aku tahu. Tak payah la kau bersusah payah berubah untuk aku.Aku tak berminat ! . Dan satu lagi , tolong jangan ganggu hidup aku seperti mana aku tak pernah ganggu dan masuk campur dalam urusan hidup kau !.Kau dengan aku tak ada apa - apa hubungan selain hubungan kita di dalam satu kaum dan komuniti yang sama.Kau bukan pilihan aku dari dulu lagi dan tak akan pernah menjadi pilihan aku sampai bila - bila .Noktah !" , ucap mike tenang terang dan jelas.
Bukan baru kali ini mike berterus terang .Sudah acapkali.Tetapi tetap tak di endah kan oleh amanda.Gadis itu terus terusan meluahkan rasa cinta di hadapan nya setiap kali berjumpa.
Cinta untuk aku , badan untuk orang lain . Gila !.
Mike melangkah pantas meninggal kan gadis itu yang terpaksa menelan semua ucapan mike.
Liur kesat di telan.Amanda memandang mike berlalu pergi meninggalkan dia yang termangu di situ.Hilang terus kata - katanya apabila mike menolak nya mentah - mentah.
Bukan sekali, bukan dua kali tapi sudah berpuluh kali penolakan dari mike.
Tapi kali terasa amat sakit sekali ucapan dari jejaka itu .Sakit dan malu bercampur baur kerana bukan hanya mereka berdua yang berada di dalam bilik markas itu.
Akan aku pasti kan satu hari nanti kau akan jatuh juga di kaki aku .Saat itu kau akan merindui setiap inci tubuh aku.
Aku bersumpah mike , kau akan jatuh dalam pelukan aku .Aku amanda anderson. Belum pernah lelaki menolak setiap keinginan aku.
Kau tunggu mike , sampai masa nya kau perlu menjilat balik segala cacian kau pada aku , dendam amanda di dalam hati.
Amanda berlalu pergi sambil mengukir senyum yang sukar untuk di tafsir kan.
Rencana sudah ada di dalam kepala .
Tunggu masa dan ketika yang sesuai sahaja untuk di laksanakan.
Senyuman semakin melebar sementara kaki nya laju meninggalkan markas membelah hutan manrocks...
Share this novel