Merasakan mia berada di dalam keadaaan yang bahaya, kyra dan colin membawa mia pulang ke rumah agam mereka di gunung manrocks. Mereka tidak mengetahui apa lagi rancangan jake selepas ini. Jadi mereka perlu melindungi mia sebelum mike di jumpai.
Kedatangan mia di rumah agam itu di sambut oleh andy dan luna wills. Luna memeluk mia kejap. Terkejut dengan perkhabaran yang di terima mengenai jake, dia meminta maaf kepada mia atas apa yang telah di lakukan oleh jake.
Mereka tidak menyangka jake melakukan tindakan yang di luar kawalan. Jake menempah maut jika perkara ini sampai ke pengetahuan mike. Gadisnya di sentuh dengan rakus sekali. Sudah pasti mike tidak akan memaafkan orang yang menyentuh nya.
Mia lebih - lebih lagi terkejut dengan apa yang terjadi. Dia mengharapkan jake menjaga keselamatan diri nya tetapi sebaliknya pula yang terjadi. Mia merasakan seluruh badan nya kotor kerana telah disentuh oleh jake. Mia menangis melepaskan sendu nya di bahu luna wills.
" Kita perlu cepat mencari mike. Keadaan semakin tidak terkawal. Mia menjadi sasaran mereka. Jake ingin menakluki mia untuk dirinya. Ini tidak bagus untuk kaum kita. Mia sudah sah menjadi isteri mike dan mahu di rampas oleh jake, abang nya sendiri ", ucap andy wills tegas.
Sebagai bapa, dia tak boleh menerima anaknya sendiri yang membuat onar begitu. Selama ini mereka menjaga keamanan kaum mereka dan mereka juga menjalinkan hubungan yang baik bersama manusia di new manrocks. Dia tidak mahu hal ini menjadikan kaum mereka di label sebagai kaum yang ganas dan tidak bertamadun.
" Uncle, mia rasa mia tahu di mana mike di sembunyikan ", ucap mia yakin dengan apa yang ingin di sampaikan.
" Di mana ?? ", serentak mereka semua bertanya tidak sabar.
" Di pelabuhan manrocks ", ucap mia yakin.
Mereka memandang mia tidak berkelip. Maksud nya selama ini mike di sembunyikan di sana.
" Macam mana pula kau boleh tahu mike berada di sana?. Abang jake sudah beberapa kali menyiasat di sekitar pelabuhan tu, masih tidak menjumpai apa-apa petunjuk ", soal kyra yang agak ragu-ragu. Masakan abang nya silap. Kecuali abang juga dalang di atas kehilangan mike ?.
" Semalam semasa mia berjalan di pekan, mia ternampak jake di pelabuhan bersama beberapa orang lelaki berpakaian serba hitam. Di situ juga terlihat amanda. Mia kenal amanda melalui gambar yang jake tunjuk kan kepada mia pagi tadi. Jake beritahu mia yang mike dan amanda lari bersama. Mereka pasangan kekasih. Macam mana mereka boleh di katakan lari sedangkan amanda masih berada di sini ?. Jadi mia rasa mike mesti berada berdekatan dengan mereka. Mungkin di pelabuhan ", ucap mia panjang lebar.
Mereka semua tekun mendengar kan penjelasan mia. Betul juga apa yang mia katakan. Jika mike lari bersama amanda, jadi kenapa amanda boleh berada di pelabuhan semalam ?.
" Kita perlu ke pelabuhan itu dengan segera daddy. Kyra tak mahu mereka lari lebih jauh lagi. Sukar untuk kita menjejaki abang mike nanti ", ujar kyra. Lebih cepat mereka berjumpa dengan mike, lebih terjamin keselamatan mia.
" Kyra , colin ikut daddy. Mommy tinggal sini dengan mia. Mia tak boleh di biarkan sendiri. Risau jika ada perkara yang tidak di ingini berlaku ", andy wills memberikan arahan.
Mereka semua mengangguk serentak tanda faham.
Mereka bergerak laju membelah hutan manrocks. Army mereka juga setia mengikuti di belakang mereka. Tujuan mereka hanya satu, pelabuhan manrocks. Mereka berharap apa yang mia nampak semalam adalah benar.
Setibanya mereka di pelabuhan, satu pertarungan yang maha hebat pun terjadi. Army mereka melawan kuncu - kuncu amanda yang berpakaian serba hitam. Pelik kerana terlalu ramai vampire di sini. Seperti mereka mengawal sesuatu.
Jason yang berada di dalam salah satu gudang di pelabuhan itu terkejut dengan serangan yang tidak di jangka dari army keluarga wills. Kenapa mereka menyerang?. Salah apa yang dah di lakukan oleh mereka sehingga diserang begini ?.
Jason harus keluar untuk bercakap dengan andy wills. Dia perlu tahu atas sebab apa mereka di serang. Pantas Jason mencari kelibat andy wills.
" Andy wills, aku ingin berbicara dengan kau ", jerit Jason lantang.
Andy wills yang mendengar namanya di seru terus menyuruh army nya memberhentikan serangan mereka. Tetapi mereka harus berwaspada dan berhati-hati.
" Ok jason, mari kita berbincang secara bersemuka ", sahut andy wills sambil bergerak laju ke arah Jason. Kyra dan colin mengikut langkah ayah mereka. Mereka perlu berhati-hati, mungkin ini satu helah atau perangkap dari pihak musuh.
" Kenapa menyerang tempat kami ?", soal jason pantas apabila andy wills berada di hadapan nya.
" Aku minta kau lepaskan mike secara baik. Jika kau tak mahu semua orang-orang kau mati dan tempat ini musnah ", ucap andy wills tegas.
" Mike?? dia mana ada di sini. Kami di sini mengawal kapal - kapal yang masuk di pelabuhan ini. Macam mana pula mike boleh berada di sini ?? ", jason yang terkejut kembali menyoal.
" Kau jangan nak berdolak dalih. Kau juga bersubahat dengan amanda ?? Mana perempuan tu ?? aku nak ajar dia cukup-cukup", tengking kyra yang mula berang dengan jason.
" Aku cakap yang benar. Aku tahu mike hilang, ayah aku dah maklum kan pada semua unit nya untuk mencari mike. Mustahil mike berada di sini, aku tak pernah nampak dia di sini ", jawab jason mempertahan kan diri.
" Ok, kalau begitu kau boleh bagi kebenaran kepada kami untuk kami mencari mike ? kami ingin geledah semua gudang yang ada di sini ", ucap andy wills meminta kebenaran dari jason.
Jason agak bingung, tapi jika tidak di berikan kebenaran, dia risau gudang-gudang ni semua akan hancur.
" Baiklah, untuk membuktikan kata- kata aku benar, aku memberikan kebenaran untuk kamu geledah semua gudang yang berada di pelabuhan manrocks ini. Ada lima belas gudang kesemuanya. Orang-orang aku tidak akan menganggu kalian semua. Silakan ", tenang jason memberikan kebenaran. Ayah selalu berpesan, jika kita tidak membuat sebarang kesalahan, kita tidak perlu takut.
" Baiklah, terima kasih. Kami akan memulakan pencarian sekarang ", kyra menjawab bagi pihak andy wills. Andy wills sudah lama menghilang di dalam gudang yang pertama.
Jason memandang kyra sambil melemparkan senyuman manis. Ada sesuatu yang unik pada gadis itu yang membuatkan dia tertarik. Berani dan tegas !.
I like it !.
Kyra tidak membalas senyuman yang di berikan oleh jason. Dia terus berlari laju masuk ke gudang yang ke dua. Jason mengikut gadis itu dari belakang.
Dari satu gudang ke satu gudang mereka jelajah, bayangan mike masih belum kelihatan. Hampa di rasakan ketika ini. Mereka begitu berharap menjumpai mike di sini. Tetapi setelah empat belas gudang di geledah, harapan semakin tipis.
Tibalah saatnya untuk mereka mengeledah gudang yang terakhir. Jika mike tiada di sini, mereka perlu meminta maaf kepada jason atas keterlanjuran mereka sebentar tadi.
Jason yang sedari tadi hanya memerhati wajah gadis yang mula bertapak di hatinya. Dia akan cuba merapati gadis itu nanti. Senyum terukir lagi di bibirnya.
Andy, kyra, colin dan beberapa orang army melangkah masuk ke gudang yang terakhir. Gelap!. Gudang ini lain dari gudang-gudang yang ada. Gudang ini juga lebih besar dari gudang yang lain. Mereka mula meneroka di dalam gudang tersebut. Jason setia mengikuti mereka dari belakang.
" Pintu apa tu ? ", soal kyra kepada jason sebaik dia terpandang pintu kecil di hujung gudang. Agak pelik keran gudang lain tiada pintu seperti itu. Seakan akan sebuah bilik fikir kyra.
" Aku tak tahu, gudang ni kepunyaan tuan Anderson. Jadi kami memang tidak pernah memasuki nya dan tidak mengambil tahu apa yang di simpan di dalam gudang ini. Hanya amanda yang selalu memasuki gudang ini ", jawab jason jujur.
Andy, kyra dan colin berpandangan sesama sendiri. Mungkin kah pencarian mereka akan berakhir ? Mereka amat yakin apa yang di lihat oleh mia semalam benar. Mereka yakin mike berada di dalam gudang ini.
Perlahan mereka mendekati pintu yang di tunjukkan oleh kyra tadi. Andy memulas tombol pintu itu perlahan sekali sehinggakan tiada satu bunyi pun yang kedengaran. Perlahan pintu itu di tolak. Mereka melangkah masuk ke dalam bilik itu. Kosong dan gelap.
Mereka berlegar-legar di dalam bilik itu. Gelap tidak menyukarkan mereka untuk melihat.
Di hujung bilik itu, kelihatan satu lagi pintu. Tetapi pintu itu kelihatan seperti pintu kebal.
" Andy, cuba tengok di sana. Ada satu pintu lagi ", tunjuk jason ke arah pintu yang di maksudkan. Pelik pula dia kenapa dalam gudang ini ada banyak bilik yang tersembunyi.
Mereka semua berpusing ke arah pintu yang di tunjuk kan. Mereka merapati pintu itu. Tebal dan berat. Pintu itu bukan di perbuat dari besi tetapi dari perak !.
Andy memutar kuat roda yang ada di hadapan pintu itu. Dengan kekuatan mereka berempat, mereka menolak pintu kebal itu kuat. Berdentum bunyi pintu itu apabila berlaga dengan dinding konkrit.
Mereka terus menerjah ke dalam bilik itu. Bilik itu di penuhi oleh lapisan perak di sekeliling dinding nya.
Di hujung bilik itu terlihat seseorang yang sangat di kenali.
Mike !!!!!..
Kyra berlari pantas merapati abangnya itu lalu memeluknya.
Mike yang terkejut dengan bunyi dentuman pintu tadi tidak menyangka ahli keluarga nya berdiri di hadapan nya kini.
Jason agak terkejut melihat mike berada di dalam bilik itu. Liur nya di telan kesat.
" Kau sengaja sorok kan mike di sini jason ? ", soal andy wills garang sambil memandang wajah jason.
Jason terkedu tanpa kata-kata. Dia betul-betul tidak tahu mike terkurung di sini selama ini. Jika dia tahu, dah lama dia akan maklum kan kepada ayah nya, sherif patrick.
" Daddy, bukan dia. Dia tak terlibat ", mike bersuara menenangkan andy wills.
Jason berasa sangat lega apabila mike bersuara dan memihak kepadanya.
" Kalau bukan dia, siapa punya angkara ? ", colin bertanya tidak sabar. Dia boleh mengagak siapa dalang di sebalik kejadian ini.
" Jake dan amanda ! , di mana mereka ? jangan biarkan mereka terlepas. Perbuatan mereka memang melampau ! ", ucap mike geram.
" Selepas peristiwa pagi tadi, abang jake terus melarikan diri. Kami tak berjumpa sehingga kini ", kyra menjawab persoalan mike.
" Peristiwa pagi tadi ? peristiwa apa ? ", soal mike ingin tahu.
Mereka bertiga berpandangan sesama sendiri. Serba salah ingin memulakan cerita. Tetapi jake perlu di ajar. Jika dia berani menyentuh hak milik orang lain, dia juga perlu berani berhadapan dengan pemilik nya.
" Jake ingin memiliki mia untuk dirinya sendiri. Dia mencuba membuat sesuatu yang tidak baik kepada mia. Tapi dia tak sempat berbuat begitu kerana kyra dan colin berada di rumah mia pada ketika itu ", jawab andy wills menerangkan perkara yang sebenar.
Jason yang mendengar kan perkara itu amat terkejut. Dia tak menyangka jake berani menyentuh hak milik adiknya sendiri. Memang cari nahas !.
Wajah mike sudah mula bertukar warna. Mata nya juga menunjukkan begitu. Penumbuk nya di genggaman kemas.
" Di mana mia sekarang ?? ", soal nya dalam. Suara garangnya cuba di kawal.
" Ada di rumah agam, mommy menjaga mia di sana ".
Hanya anggukan dari mike yang di terima. Mike berlari laju menuju ke rumah agam untuk berjumpa dengan mia. Rindunya pada gadis itu perlu di lepaskan. Mereka yang lain mengikuti mike dari belakang.
Ada rindu yang perlu di lepaskan, ada dendam yang perlu di balas.
Kau cari nahas jake !. Aku tak kan lepas kan kau. Kau perlu di ajar !
Semakin laju mike berlari membelah hutan manrocks untuk sampai ke rumah agam mereka.
' Baby girl , I'm coming for you ', minda nya mula berlagu rindu.....
Share this novel