Keesokan harinya, mia di kejutkan dengan kedatangan kyra dan colin secara tiba-tiba yang muncul di hadapan rumahnya. Mia yang baru sahaja bangun dari tidur, cepat - cepat masuk ke bilik mandi untuk membersihkan diri nya. Mungkin mereka nak sampaikan berita gembira kepada nya?.
Mungkin juga tempat di mana mike di sembunyi kan sudah di jumpai?. Macam- macam tekaan yang bermain di fikiran nya.
Laju kakinya menuruni anak tangga untuk berjumpa dengan mereka berdua. Kelihatan daddy rancak berbual dengan mereka berdua sambil menghidang kan segelas fresh orange dan roti sandwich kepada dua beradik itu.
" Morning semua, sorry mia lambat ", mia tersengih menayangkan gigi putihnya. Terasa bersalah kerana membiarkan dua beradik itu menunggu nya lama. Nasib daddy ada untuk melayan mereka berborak.
" Morning kak mia. Cantik kak mia pagi ni, ada nak ke mana - mana ke ? ", sapa colin ramah sambil tersenyum manis.
Budak lelaki ni memang tak lokek dengan senyuman. Tapi mia tak tahu berapa umur colin. Rasanya colin lebih tua dari mia. Bagus juga dia memanggil mia dengan panggilan kakak. Lebih selesa begitu kerana mia pun berhubungan dengan abang mereka. Cuma kyra sahaja yang memanggil mia dengan nama. Mungkin merasakan dia lebih tua dari mia, jadi agak kekok untuk memanggil mia kakak.
Mia membalas senyuman colin mesra. Cantik betul kakak iparnya. Patut pun abang mike nya angau!.
" Mungkin nak keluar, tapi tak tahu nak ke mana ", balas mia ramah merahsiakan tempat tujuannya hari ni.
" Kamu berdua berborak la dengan mia ye. Uncle nak keluar ke pekan sekejap. Ada urusan di pejabat sherif patrick. Hari ini mereka memulakan siasatan tentang abang kamu, mike ", jerry newton menerangkan sambil menyarung kan jaket ke tubuh nya. Dia perlu bersama-sama mengikuti sherif patrick menjejaki di mana mike berada.
" Baiklah uncle, hati-hati. And thank for the fresh orang and sandwich ", jawab kyra ramah sambil mengucapkan terima kasih kepada jerry newton.
Setelah jerry newton melangkah keluar dari rumah, kyra ingin memulakan bicaranya.
Tetapi belum sempat kyra membuka mulut, pintu rumah mia di ketuk kuat. Mereka bertiga saling berpandangan. Siapa pula yang datang ke sini pagi - pagi begini ?
Kyra mengarahkan mia membuka pintu sambil dia dan colin mencari tempat untuk bersembunyi. Meraka mencari tempat persembunyian yang boleh melihat mia dengan jelas. Jika berlaku apa - apa yang tidak di ingini , mereka boleh bertindak melindungi mia.
Yakin kedua beradik itu sudah menghilangkan diri di sebalik tempat persembunyian, mia membuka pintu rumahnya.
" Jake, buat apa di rumah mia pagi - pagi begini ?" , terkejut dengan ape yang di lihat, mia terus bertanya.
Kyra dan colin juga terkejut dengan kehadiran abang mereka di rumah mia pagi ini. Abang mereka mungkin tidak dapat mengesan mereka berdua yang sedang bersembunyi kerana bau mia sahaja sudah cukup menyesakkan rongga hidung mereka. Bau darah yang sangat manis.
" Boleh aku masuk ? ", pinta jake.
" Ma..ma..masuk lah ", tergagap mia mempelawa. Jika tiada colin dan kyra, mia tak kan berani membenarkan lelaki itu masuk ke rumahnya. Daddy nya juga tiada di rumah, jadi tak manis jika lelaki ini masuk semasa ketiadaan daddy nya.
" Aku nak beritahu kau satu perkara yang mommy dan daddy minta aku rahsiakan dari kau ", jake memulakan bicara nya tenang.
Kyra dan colin mendengar ucapan abang nya itu dengan jelas. Apa maksud jake ?
" Maksud kau ? ", mia menyoal kembali.
" Sebenarnya selama ni mike bukannya hilang atau di culik oleh sesiapa pun. Tapi...", jake berjeda sambil berdehem kecil.
" Tapi apa ??? ", pantas mia menyoal.
Kyra dan colin menanti butir bicara abang penuh sabar. Apa yang jake cuba sampai kan pada mia ?? mereka berdua berpandangan.
" Kami semua sudah tahu sejak awal lagi. Mike menghilangkan diri dengan kekasih hati nya. Mereka sudah meninggal kan pekan manrocks ni dan pergi jauh dari sini. Mommy dan daddy menyuruh kami semua merahsiakan perkara ini daripada pengetahuan kau. Tapi aku tak sampai hati. Sudah sebulan mike tak pulang- pulang ke sini sampai bila kau nak menunggu dia ? " , soal jake kepada mia. Kelihatan gadis itu tenang meneriman perkhabaran itu. Mia tak terkejut ??.
Colin dan kyra yang masih bersembunyi terkejut dengan ucapan abang nya itu. Apa motif jake ?. Mommy dan daddy masih lagi menyiasat perkara ini. Kenapa perlu di beritahu kepada mia. Dan rasanya mia tak kan percaya kata-kata jake kerana mike pernah menghubungi mia sebelum ini. Hanya kyra dan colin sahaja yang tahu akan hal itu.
" Mia tak rasa mike bersama orang lain. Mike dah beberapa kali mengajak mia kahwin. Mustahil, mia tak percaya ", nafi mia tegas. Tak mungkin dia mempercayai kata-kata jake setelah mike menghubungi nya tempoh hari mengatakan dia di perangkap.
" Kau tak percaya kata-kata aku ? kau ingat aku tipu kau ?. Kau nak tengok bukti mike dengan perempuan tu ? aku ade bukti la. Sampai bila kau nak menunggu mike yang terang - terang dah lari tinggalkan kau hahhh ?? ", lontaran suara jake semakin meninggi. Hilang sabar dia dengan gadis di hadapannya. Susah betul untuk dia mendapat kan kepercayaan gadis itu dan seterusnya ingin memiliki gadis itu.
" Iya, memang aku tak percaya!. Aku percaya mike dalam kesusahan dan perlukan bantuan aku. Aku percaya mike jujur dan setia dengan aku ! ", mia mula membahasakan diri nya kepada aku kerana terlalu geram dengan tuduhan jake kepada mike.
" Nahhh, kau tengok ni. Ni buktinya mike bersama perempuan lain. Kau nampak perempuan tu lebih cantik, lebih seksi dari kau. Sudah tentu mike lebih tergoda kepada dia berbanding kau !", ucap jake sambil menunjukkan gambar mike dan amanda di telefon bimbitnya.
Mia mengambil telefon di tangan jake dan melihat figura yang berada di dalam telefon itu. Memang kelihatan mike dengan seorang gadis yang sangat seksi. Gadis itu juga manja melentok di sisi mike dan merangkul lengan mike erat.
Tapi.....
Mia macam pernah lihat gadis ini. Di mana ya ??? mia cuba mengingati wajah gadis ini semula.
Mia terus memandang tepat ke wajah jake. Mia dah ingat, perempuan inilah yang berada bersama jake di pelabuhan semalam. Perempuan ini juga yang memeluk jake sebelum dia berlalu pergi. Apa motif jake ??.
Kenapa jake menuduh mike lari dengan perempuan itu sedangkan perempuan itu berada di pelabuhan semalam ??.
Teka teki itu hanya bermain di dalam hati mia. Mungkin inilah yang mike maksud kan dengan berhati-hati. Dan ini juga lah yang mungkin kyra maksud kan, kita tidak tahu siapa yang memerangkap mike. Jadi, dia minta mia merahsiakan yang mike pernah berhubung dengan mia sebelum ini.
Mia sudah dapat jawapan. Jake salah seorang yang terlibat. Dia perlu memaklumkan kepada kyra dab colin supaya mereka boleh membuat siasatan di pelabuhan itu seterusnya menyelamatkan mike.
Jake menjadi kurang sabar dengan kebisuan mia. Mia hanya memandang wajahnya tanpa berkata apa-apa. Pantas jake menarik tangan gadis itu dan terus merangkul tubuh gadis itu ke dalam pelukannya.
Kyra dan colin yang memerhati kan abangnya sedari tadi agak terkejut dengan tindakan abang nya ke atas mia. Bukan kah mia milik mike ?? kenapa jake berkelakuan begitu?? dia dah bersedia untuk berhadapan dengan mike jika mike mengetahui gadisnya di sentuh begitu??.
Mia yang terkejut terus menolak jake menjauhi dirinya. Tetapi tenaganya tidak setanding lelaki itu.
" Lepaskan aku jake ! jangan sentuh akuuuuu ", jerit mia kuat sambil meronta untuk melepaskan diri dari pelukan jake.
" Aku tak kan lepaskan kau. Aku dah puas bertahan, dah puas bersabar dengan kedinginan kau. Hari ni kau akan jadi milik aku sepenuh nya. Jika mike tak sanggup lakukan, aku akan lakukannya. Kau akan jadi kepunyaan ku ", ucap jake sambil mencium bibir mia rakus. Pegangan di pinggang mia semakin erat. Mia di tarik rapat ke sisi nya. Terasa segala lekukan di tubuh gadis itu.
Mia cuba menolak segala ciuman liar dari jake tetapi lelaki itu lebih kuat dari nya. Bibirnya menjadi mangsa lelaki itu. Mia mula menangis ketakutan.
" Lepas kan aku jake, aku tak cintakan kau. Cinta aku hanya untuk mike. Lepaskan aku, segala yang ada pada aku hanya milik mike ", ucap mia penuh sayu. Tangisannya semakin menjadi jadi.
Jake yang mendengar nama mike di sebut semakin geram dengan gadis itu dan perasaan ingin memiliki gadis itu semakin menebal. Apa kurang nya dia berbanding mike??. Kenapa mike yang menjadi pilihan mia ??.
Jake mula mencium leher mia rakus. Geram dengan leher jinjang gadis itu yang putih melepak. Bau mia juga terlalu harum dan manis untuk di lepaskan.
Semakin mia meronta, semakin kuat pegangan jake di tubuh. Jake semakin menggila. Ciuman dan kucupan singgah bertalu talu di seluruh wajah dan leher nya. Mia merasakan tangan jake mula memegang punggungnya kuat dan mengangkat mia dan di letak kan di pinggang nya.
Rontaan mia semakin kuat. Mia mula memukul wajah jake bertalu talu. Tetapi jake tetap tidak melepaskan. Mia mengigit leher jake kuat sekali. Lelaki itu berang dan menampar mia sekuat hati. Hujung bibir mia terasa pedih. Darah !
Jake yang melihat darah mengalir dari hujung bibir gadis itu terus mengucup bibir gadis itu rakus. Manis sekali darah mia.
Mata jake mula bertukar menjadi merah. Dia sudah tidak boleh bertahan lagi. Darah mia terlalu sedap. Dia perlu memiliki gadis ini. Taringnya mulai mendekat ke leher gadis itu. Tetapi belum sempat taring itu mengenai leher mia, dia merasakan mia di sambar laju oleh seseorang dan serentak itu jake menerima satu tendangan padu dan sangat kuat.
Jake terdorong jauh ke pintu dan terpelanting terus ke luar rumah. Terkejut dengan tendangan yang di terima, dia bangun berdiri tegak. Di hadapan nya kelihatan kyra dan colin yang memegang mia.
Apa mereka buat di sini ??? Arghhhh siallll !!!!
Segala yang di rancang musnah sekelip mata. Macam mana dia tak sedar adiknya berada di sini sedari tadi ???.
Jake memang wajah kyra dan colin. Mata mereka berdua bertukar merah menandakan mereka sudah siap sedia untuk bertempur.
Kyra memandang tajam ke arah abang nya. Dia tak menyangka yang abang nya berperangai begitu. Apa yang merasuki nya hingga dia sanggup merampas isteri adiknya sendiri ???. Dia memang cari nahas kalau mike tau ape yang dia buat terhadap mia ini.
Jake tidak tunggu lama, dia terus melarikan diri jauh je dalam hutan. Dia perlu bersembunyi di pelabuhan sehingga keadaan menjadi reda. Siallll !! sumpah nya berkali- kali. Dia tahu adik - adiknya tak akan memberi peluang kepadanya jika mereka berjumpa sekali lagi.
Sialll !!! sumpah nya lagi. Aku akan bunuh kau mia, kalau aku tak boleh memiliki kau, mike juga tak akan dapat memiliki kau.
Jake lari laju meninggalkan hutan manrocks untuk bersembunyi di pelabuhan. Tunggu masa yang sesuai, mia akan dia hapuskan.....
Share this novel