Jerry newton agak terkejut dengan kunjungan mike ke rumah nya semalam. Kerana di ketahui jejaka itu hilang dan juga jejaka itu tidak pernah menjejak kan kakinya ke rumah. Mike juga menghantar mia pulang ke rumah dengan selamat dan dalam keadaan yang baik.
Pada mulanya jerry mengingatkan andy dan luna yang menghantar mia kerana kereta yang memasuki perkarangan rumahnya adalah kereta yang selalu di gunakan oleh andy, tetapi rupanya mike yang memandu kereta tersebut.
Dan lebih mengejutkan jerry lagi, mike meluahkan hasrat untuk memperisterikan mia dan juga sudah di persetujui oleh mia sendiri. Pada mulanya jerry tidak bersetuju kerana mia baru sahaja berumur tujuh belas tahun. Jerry juga tidak yakin jika mike mampu menjaga mia seperti mana dia menjaga anak nya itu.
Tetapi melihatkan mike yang begitu serius dengan kata-kata nya dan bersungguh - sungguh,akhir nya jerry bersetuju. Dia ingin melihat mia gembira dan bahagia. Dan itu dapat di lihat apabila mike berada di samping mia. Tatapan mereka berdua meluahkan segalanya - galanya. Sebagai bapa dan ibu kepada mia, dia harus bersedia melepaskan anak nya pergi untuk membina dan mencari kebahagian nya sendiri.
Jerry membuang pandang ke arah mia dan mike yang sedang leka membakar ikan, sosej, daging, ketam, udang di tepi sungai. Pagi itu mereka dua keluarga berkelah di hadapan rumah Jerry. Walaupun ketiadaan colin dan luna, aktiviti membakar mereka tetap di jalan kan atas permintaan mike dan mia.
Suasana yang nyaman dan sejuk di situ amat sesuai untuk mereka membuat aktiviti di luar rumah.
Melihat kemesraan mia dan mike membuatkan jerry teringat akan isterinya yang sudah lama pergi. Jerry terima keputusan mia dengan senang hati. Di hadapan nya terlihat mike adalah pilihan yang baik untuk anak nya. Seorang lelaki yang boleh di katakan mempunyai susuk tubuh yang tegap dan gagah yang boleh melindungi puteri nya kelak.
" Uncle , ni ada udang, ketam dan daging untuk uncle. Kyra ambil kan khas untuk uncle ", ucap kyra tersenyum manis sambil menyuakan pingan kertas yang berisi bermacam-macam makanan di dalam nya.
Jerry melemparkan senyuman ke arah gadis itu sambil menyambut pinggan yang di hulurkan.
" Wah, banyak betul ni. Kyra nak bagi uncle gemuk ye ?", soal jerry sambil mengunyah daging. Jerry tersenyum memerhati gadis manis itu yang juga tersenyum manis.
Kyra melabuhkan punggungnya di pangkin yang di duduki oleh jerry. Kyra mencuit sedikit daging yang berada di dalam pinggan jerry dan menyua ke dalam mulut nya. Perlahan dia mengunyah.
" Kita share la uncle. Kita makan sama-sama ye ", jawab kyra manja. Selesa betul dia bila bersama jerry yang sudah di anggap seperti ayah nya sendiri.
Jerry mengangguk kan kepala nya sambil tersenyum. Mereka berdua makan bersama - sama sambil bergurau senda.
" Kyra, daddy balik dulu. Risau pula mommy di tinggal kan seorang diri di rumah. Mommy tak berapa sihat tu ".
Kecederaan luna masih belum sembuh sepenuhnya. Risau jika ketiadaan mereka di rumah, luna di apa-apa kan lagi oleh jake, amanda dan kuncu-kuncu nya.
Serentak kyra dan jerry memandang ke arah andy. Belum sempat kyra menjawab, jerry bersuara terlebih dahulu.
" Kyra, minta mia bungkus kan makanan untuk mommy kamu. Lapar pula dia di rumah tu nanti. Kau dah makan andy ? ", soal jerry.
Kyra berlalu pergi meninggalkan kedua lelaki itu. Dia meminta mia membungkus makanan seperti yang di arahkan oleh jerry.
Andy mengambil tempat yang di tinggalkan oleh kyra tadi. Dia melabuhkan punggung nya di pangkin itu.
" Sudah, kenyang dah pun. Kau ok ke ?", soal andy tiba-tiba sambil memandang ke arah jerry.
" Ok ? maksud kau ?", jerry menjawab pertanyaan andy dengan pertanyaan. Ok yang macam mana maksud andy?
" Mia dan mike maksud aku. Kau ok ke tentang perhubungan mereka ? tentang permintaan mereka untuk berkahwin ? ", soal andy kepada teman nya itu. Sedikit sebanyak perasaan risau tetap bertapa di hati andy. Terutama nya mereka bukan lah manusia biasa seperti jerry dan mia.
" Aku mengaku, mula- mula aku agak tidak bersetuju dengan permintaan mike untuk mengambil mia menjadi isteri nya. Tetapi apabila aku fikir kan semula, aku mengenali semua ahli keluarga mike, terutama nya kau. Mike juga salah seorang penjejak terbaik yang Sherif Patrick ada dan aku yakin dia boleh menjaga mia dengan baik. Boleh sayang mia sepertimana yang aku buat. Aku kena ikhlas untuk melepaskan mia mencari kebahagian untuk dirinya dan aku rasa bahagia mia adalah bersama dengan mike ", jawab jerry panjang lebar sambil matanya memandang ke arah mia dan mike. Anak gadisnya sentiasa tersenyum manja di samping jejaka itu. Walaupun mike agak dingin dan serius orang nya, tetapi jerry tau mesti ada sesuatu yang menyebabkan anak gadisnya begitu tertarik kepada mike. Kalau di perhatikan, renungan tajam mike memang tak lepas dari wajah anak gadisnya. Seperti mahu di telan anak gadisnya itu.
" Kau jangan risau, mike salah seorang yang sangat pandai menjaga kepunyaan dan hak milik nya. Jangan di sentuh miliknya kalau tidak mahu sakit. Aku yakin mike boleh menjaga mia. Mereka memerlukan antara satu sama lain. Aku juga tiada bantahan dan halangan kerana aku tidak mahu mereka kecewa dan merana. So kau rasa bila masa yang sesuai untuk kita kahwin kan mereka ? aku nak kena booking gereja dan paderi ".
" Sebulan dari sekarang jadi bermakna bulan depan kita kahwin kan mereka. Kau setuju ? ", soal Jerry kepada teman baik nya.
" Sudah tentu. Lagi cepat lagi baik. Aku risau anak aku gila pulak kalau tunggu lama - lama ", seloroh Andy kepada jerry sambil tergelak besar. Tangan nya menepuk nepuk belakang badan jerry. Mereka tertawa bersama akhirnya.
" Ehh, dah la. Aku balik dulu. Risau pula aku luna di rumah berseorangan. Colin pula tiada di rumah, keluar dengan kawan katanya ", ucap andy sambil bangun dari duduk nya. Mereka berdua bersalaman sebelum mia dan mike mendekati mereka.
" Uncle, ni bekalan untuk aunty. Suruh aunty makan banyak-banyak tau supaya aunty cepat sembuh ", ucap mia sambil menghulurkan bungkusan makanan kepada andy.
" Terima kasih mia. Nanti senang - senang datang la ke rumah uncle. Minta mike bawa kan mia nanti ye ", jawab andy lembut sambil mengusap kepala gadis itu.
Mia mengangguk sambil tersenyum. Mike setia berada di sampingnya.
" Kyra ikut daddy balik la. Tak nak la kacau orang nak dating kan ", ucap kyra sambil matanya nakal memandang mike dan mia.
Mike menggaru kepala nya yang tidak gatal.
' Kau memang nak kena !', pesanan minda mike berlagu di minda kyra.
Kyra menyengih sambil mengenyit kan mata nya ke arah mike.
" Ok uncle, kyra balik dulu. Nanti kita jumpa lagi ye. Terima kasih uncle ", kyra memeluk jerry erat. Manja betul gadis di hadapannya ini bisik hati jerry.
" Most welcome sweetie. Nanti datang lagi ye ", ucap jerry sambil melepaskan pelukan di tubuh gadis itu.
Andy dan kyra berjalan beriringan ke kereta. Mereka melambai - lambai kan tangan sejurus kereta mula bergerak keluar dari halaman rumah mia. Mereka memerhati kan kereta itu hingga hilang dari pandangan.
" Daddy nak ke pekan berjumpa sherif patrick. Kami perlu berbincang beberapa perkara. Lagi pula daddy tak nak la mengacau orang nak dating kan ", ucap jerry sambil tersenyum nakal ke arah pasangan di hadapan nya.
Memerah muka mia menahan malu apabila di usik oleh daddy nya sebegitu. Mike hanya mampu menggaru kepala nya sekali lagi. Malu di usik oleh jerry.
" Mike teman mia di sini ye ? daddy tinggal kan mia sebentar di bawah jagaan mike ", ucap jerry sambil berlalu ke kereta nya. Malu pula bila membahasakan dirinya daddy kepada mike.
Mike apetah lagi, serba tak keruan jadinya lelaki itu.
Dia hanya mengangguk mendengar arahan jerry tadi.
Mia dan mike memerhati kereta jerry berlalu pergi hingga hilang dari pandangan. Dan mereka memandang sesama sendiri sambil tersenyum.
" Jom makan, mia dah lapar ", laju mia menarik tangan mike ke arah pangkin yang di tinggalkan sebentar tadi.
Mike hanya menuruti langkah si kekasih hati. Gengaman tangan nya di perkemaskan. Erat dia mengengam tangan si gadis pujaan.
Mia melabuhkan punggungnya di atas pangkin sementara mike mengambil makanan untuk mereka. Mike datang semula ke pangkin dengan pinggan yang penuh dengan makanan. Dia duduk berhadapan dengan gadisnya.
" Banyak nyaaaaa....wahhhhhh!!! ", mia bertepuk tangan apabila melihat pinggan yang di bawa oleh mike. Penuh dengan ketam, udang, daging dan segala jenis sosej.
Mike hanya tersenyum melihat gadisnya yang begitu teruja. Lapar sangat agaknya.
Mike menyuakan udang yang dah siap di kopek ke arah mia. Mia yang tak sabar terus menganga kan mulut nya menantikan udang itu mendarat. Hampir sampai ke mulut nya, udang itu berpatah semula ke arah mike dan terus meluncur laju masuk ke mulut jejaka itu.
" Mikeeee !!!! ...eeeeee jahat nya. Mia lapar tauuu, penat mia buka mulut besar- besar !!! ", jerit mia yang kecewa udang besar itu tidak masuk ke mulut nya. Dia memuncungkan bibir nya dan berpeluk tubuh. Mengajuk la tu konon nya.
Reaksi mia membuatkan mike ketawa terbahak-bahak. Seronok dia dapat mengenakan gadis itu. Arghhh mia, kau buatkan aku bahagia di sisi kau !.
" Ok..ok sorry my cute little girl ", ucap mike yang masih belum reda ketawa nya.
Lagi panjang muncung mia mendengarkan ketawa mike. Dah macam muncung itik gaya nya. Cute konon, menyampah tau. Orang dah la lapar, dia main - main pulak ! kutuk mia dalam hati.
Mike yang geram tidak menunggu lama. Muncung itik mia dia kucup pantas. Makin kuat ketawa jejaka itu apabila melihat wajah merah mia menahan marah. Kalau ada asap, mesti dah keluar dari hidung dan telinga gadis itu.
" Dah la, mia tak nak makan. Dah kenyang !!! ", gadis itu terus bangun dari duduk nya dan ingin berlalu pergi.
Alamakk, dia dah merajuk !
Baru dua tapak dia melangkah, mike sudah berada di hadapa nya. Kedua belah tangan gadis itu di pegang kemas.
" I'm sorry baby girl. Jangan merajuk ok. Jom kita makan ", mike memujuk sambil bibirnya mengucup lembut dahi mia.
" Mike jangan main-main tau, mia lapar ni. Jangan sampai mike jadi orang pertama yang mia telan ! kenyang terus sampai setahun tau ", gadis itu bersuara bersama ugutan nya. Orang lapar kan, ugutan pun macam tak logik je. Dia yang comel nak telan mike yang tinggi sasa tu. Memang tak masuk dek akal !
Mike tersenyum mendengar ugutan mia. Nak ketawa lebih - lebih nanti takut mia muncung lagi. Senyum je la yang mike mampu buat. Itu pun sekejap sebab mia pandang dia macam nak telan. Seram !
" Ok..ok jom kita makan ", mike menarik tangan mia untuk kembali duduk di pangkin tadi. Tak sangka orang lapar memang agresif. Aku pun dia nak telan, desis mike dalam hati.
Mike mula menyuapkan makanan ke mulut mia sambil mulut gadis itu mula becok berceloteh. Sedar atau tidak, banyak sudah ketam, udang, daging dan sosej yang mereka telan.
Sesudah makan, mereka mula mengemas tempat yang mereka gunakan untuk membakar tadi. Pinggan dan cawan mereka kutip dan buang ke dalam tong sampah.
Sambil mereka mengemas sambil mereka bergurau senda. Laju tangan mia mencalit arang ke muka kacak mike. Selepas itu dia ketawa terbahak-bahak dan berlari kecil menjauhkan diri dari mike. Tidak menunggu lama, mike terus mengejar gadis itu.
Mike terus merangkul pinggang mia dari arah belakang dan terus memusingkan gadis itu berhadapan dengan nya. Menggunakan telapak tangan gadis itu, mike menyeka kesan arang hitam di muka nya.
" Nakal tangan ni. Nak kena denda ", mike bersuara sambil matanya tak lepas dari memandang mia. Pinggang mia di rangkul kemas dengan sebelah tangan dan sebelah tangan lagi erat mengenggam tangan gadis nya.
Perlahan mike mendekat kan wajah nya dan mengucup bibir gadis itu. Mia diam menerima kucupan dari kekasih hatinya. Dan akhirnya mereka berdua tersenyum bahagia tanpa mereka sedari sepasang mata merah memerhati mereka dari jauh.
Kau tunggu sahaja aku merampas mia dari kau mike ! Tak lama lagi, mia akan menjadi milik aku !!!!!.
Share this novel
Wahhh best giler citer ni