Miara Jessica Newton itulah nama yang parents aku berikan.
Tapi aku lebih suka di panggil Mia.
Mama meninggalkan kami di saat aku masih memerlukan belaian seorang ibu.
Umurku lima tahun mama pergi ke dunia abadi.
Mama menghidap kanser usus final stage.
Aku masih ingat , sehari sebelum mama meninggal kan aku , mama hanya termenung , tidak mahu makan dan minum.
"Mia , miaaaaaaa...".
" Where are you my darling ?"..
Berterabur semua lamunan ku di tiup angin.
Dari jauh sayup sayup aku terdengar panggilan daddy.
"I'm here dad "..sahutku sambil bangun dan berlari anak ke arah suara daddy.
"Cepat mia , nanti lambat ke sekolah.Nak daddy hantar kan ?".
"No , i'ts ok dad.Mia boleh pergi sendiri.Mia suka suasana hutan di sini".
"Ok then.Tapi hati hati.Hutan tu tebal dan bahaya.Banyak binatang buas di situ.Cuaca pun mendung hari ni.Daddy risau hujan dan mia tak sempat keluar dari hutan tu".
"Don't worry dad.Mia dah hafal selok belok hutan tu".
"Ok darling , take care ". Sambil sebuah pelukan dan kucupan hinggap di dahi ku.
Daddy la yang membesarkan aku setelah pemergian mama.Usia ku sudah mencecah tujuh belas tahun tapi daddy masih setia dengan cinta mama dan masih tidak mencari penganti.
Akan ade lagikah lelaki yang sesetia daddy pada masa sekarang ni ??..
Hurmm..
Aku melepaskan keluhan berat.
Kaki ku melangkah memasuki hutan tebal di hadapan ku.
Hutan ini memang laluan penduduk di sini jika mereka berjalan kaki untuk ke pekan atau ke sekolah berdekatan.
Tak terkecuali aku.Aku suka akan suasana di dalam hutan yang sejuk dan nyaman ni.
ada sebatang anak sungai yang sangat jernih.
Dan di hutan ni juga ada sebuah gua .
Penduduk di sini mengatakan gua tu di huni oleh mahluk penghisap darah.
Tapi aku susah nak percaya.Pada aku benda ni semua mitos.
Aku tertanya tanya kenapa daddy bawa aku tinggal di sini.
Di daerah yang paling terpencil di New Monrocks.Mungkin ini cara daddy untuk menyembunyikan perasaan rindu pada mama.
Sedang aku menikmati suasana hijau di hutan Monrocks . Aku terdengar sesuatu berjalan di belakang ku . Aku berhenti kerana ku rasakan sesuatu itu berada begitu hampir dengan ku.
Jatung ku bergetar hebat.
Ku pusing kan badan ku secara perlahan lahan untuk melihat apa yang berada di belakang ku.
Seekor beruang yang sangat besar dan bewarna hitam merenung ku dengan tajam.
Aku berundur beberapa tapak sambil melihat ke kiri dan ke kanan jikalau ada kelibat penduduk yang lalu di sini.
Aku kembali menatap beruang yang merenung ku.
Gigi dia ni kalau gigit aku mau koyak kulit aku.
Tengok pula kuku beruang tu.Mau terlerai jantung dari badan aku bisik ku.
Cepat mia.
Fikir cara untuk selamatkan diri.
Aaaauuuummmmmmmmmm...
Beruang di depan ku mengaum sambil menepuk nepuk dadanya.
Kenapa aku tercegat di sini.
Kenapa kaki aku seperi di paku.
Dalam pada aku berfikir , beruang tu dengan pantas meluru ke arah ku dan menghayun tangan nya mengenai muka ku..
Kuku nya yang tajam mencalarkan muka ku lalu aku jatuh tersembam.Tapi nasib aku kurang baik , kepala ku terhantuk di tunggul pokok yang berada di situ.
Darah merah pekat mengalir dari kepala ku.
Arghhhhh..tangan ku terketar ketar apabila darah mula meleleh di dahi dan muka ku.
Pandangan mula kabur.
Aku mula pitam kerana darah yang meleleh tak henti..
Aaauummmmmmmmm..
Aaauuummmmmmmm..
Beruang itu semakin dekat dengan ku..
"Tolongggggg...tolonggggg"..dengan sisa kekuatan yang masih ade aku menjerit meminta tolong..
Tapi malangnya beruang itu semakin ganas .
Terasa rambut ku di cengkam kuat dan badan ku melayang ke udara.
Adekah hari ni hari terakhir hidup ku..
Daddy...maafkan Mia ..rintih ku.
Aku terasa badan ku mula meluru laju ke bawah.
Aku pejam kan mata , jika ini pengakhiran ku , aku terima.
Semakin hampir ku di bawah..
Semakin laju air mata ku keluar dari kelopak mata.
Dan pada akhirnya..
Bukkk..
Badan ku jatuh terhempas ke tanah.
Tapi..tapi..
Kenapa tak sakit ??
Ku cuba buka mata.
Ku lihat seorang lelaki mengendong ku dan meletak kan ku berhati hati di bawah.
Aku tak nampak wajahnya dengan sempurna.
Tapi dia sangat tinggi dan matanya merah menyala.
Siapakah dia ??
Ku lihat dia mengerjakan beruang tadi , menggigit leher beruang itu hingga kepala beruang terlerai dari badan.
Sungguh kuat lelaki itu.
Tapi siapakah dia sebenarnya.
Arghhhh..kepala aku sakit.
Mata ku berpinar.
Aku rasakan dunia ku gelap.
Sayup sayup ku terdengar.
" Open your eyes girl.Please , jangan pengsan.What's your name girl ?" .
" Mia , mia newton " , jawab ku dengan suara yang amat perlahan.
Dan dunia ku menjadi gelap gelita.....
HAI GUYS..FIRST TIME SAYA MENULIS.JIKA ADA KEKURANGAN HARAP DI MAAFI.HAPPY READING GUYS ❤️
Share this novel