" Mike, ada sesuatu yang patut kau lihat ", suara jake memecah lamunan mike. Mereka berdua berada di depan rumah agam mereka.
Mike yang sedang tersenyum sambil mengelamun mengingati peristiwa semalam terkejut dengan sergahan jake.
" Kau dah kenapa tersenyum - senyum dari tadi , kau dah ehem ehem dengan dia ke ?", soal jake serkap jarang.
" Are you crazy ?? terlalu cepat untuk aku lakukan itu! ", balas mike dengan nada geram.
" Bro , perubahan kau amat ketara. What's going on ? tell me ", pancing jake. Untung - untung mamat dingin ni nak bercerita dengan aku , desis nya dalam hati.
" Tak ada kena mengena dengan kau lah, jangan nak menyibuk hal orang ", marah nya lagi. Tak kan dia nak story dengan jake yang dia kiss that girl semalam. Gile ! Mau satu markas kecoh. Mulut jake ni bukan boleh pakai !.
" Apa yang kau nak tunjuk dengan aku tadi hah? ", soal mike menukar topik perbualan.
Jake menyembunyikan senyuman nya. Tukar topik pulak dia ni. Tunggu la aku korek lagi dengan kau.
" Ok, back to our discussion, aku menjumpai beberapa kesan asing berdekatan rumah agam kita. Dan ada di antara kesan itu masih baru. Aku tak rasa manusia boleh datang sejauh ini kalau bukan kita yang bawa",
" Berapa banyak kesan yang kau jumpa setakat ni ?", soal mike serius
" Banyak, kesan itu merata di sekeliling rumah agam dan kawasan - kawasan sekitar. Jom aku tunjuk pada kau ",ajak jake sambil berlalu dengan laju sekali.
Mike mengikuti jake untuk melihat kesan yang di sebutkan tadi. Hampir ke semua di amati oleh mike secara teliti.
Dan yang terbaru kesan nya adalah di bawah pokok besar berhadapan dengan balkoni bilik yang di duduki oleh mia.
" Kita kena maklum kan kepada semua army kita supaya mereka lebih berjaga - jaga. Maklum kan juga kepada kyra, colin, mommy dan daddy. Kawalan perlu di pertingkatkan di setiap pelusuk hutan dan sepanjang gunung di sekitar rumah agam kita. Kita kena juga siasat apa motif mereka menceroboh tempat kita. Aku tak rasa ini kerja seorang. Tapi ini kerja berkumpulan ", arah mike dalam nada yang amat tegas.
Sedikit sebanyak dia amat risau kejadian yang menimpa mia akan berlaku lagi. Walaupun dia sudah menandai gadis itu, ini tidak bermakna gadis itu selamat jika ada yang berdendam dengan nya.
" Kau rasa ini kerja siapa ?".
" Aku tak boleh nak tebak ianya kerja siapa jake. Setahu aku kita tak ada musuh di sini. Dah berpuluh tahun kita di sini, identiti kita masih tersimpan rapi. Ataupun ada di antara orang kita yang menjadi dalang ? sebab bukan mudah untuk orang yang tidak berkenaan melepasi kawalan army kita untuk datang ke sini. Sebelum sampai ke rumah agam, dia perlu melintasi beribu army. Tak kan mereka tak nampak sesuatu yang mencurigakan?", mike mengutarakan pendapat. Itu yang mampu di fikir kan setakat ini.
" Aku setuju dengan apa yang kau fikirkan. Mungkin juga ada di antara army kita yang menjadi dalang. Aku akan cuba siasat perkara ini. Kau tak perlu risau, selagi mia di sini, keselamatan dia terjamin ", janji jake kepada adiknya. Janji yang mesti di kota kan. Mulai dari sekarang mereka perlu lebih peka dan berhati-hati.
" Please be careful bro, i have bad feelings about this. If you need something, just called me ", mike memberikan peringatan kepada abang nya.
" I will bro , i will. Kau yang perlu lebih berhati - hati. Aku dapat rasa kan sasaran mereka adalah mia ", jake pula meluahkan apa yang di fikirkan.
Mike diam memikirkan kebenaran kata-kata itu. Mungkin ya, mungkin juga tidak. Yang pastinya mereka perlu lebih berhati-hati.
Hanya anggukan yang di berikan untuk jake.
Jake juga tidak boleh menebak apa yang di fikir kan oleh adik nya. Jika pihak musuh tahu mike adalah salah seorang penjejak yang handal, mungkin mereka tak berani membuat tindakan yang boleh membahayakan diri mereka sendiri.
" Aku turun ke markas dulu bro, aku perlu cepat untuk memastikan army kita bersiap sedia dengan segala kemungkinan ", ucap jake sambil menepuk bahu adik nya.
" Kau pergi dulu, aku akan menyusul kemudian. Aku nak jumpa mia sekejap ", jawab mike bersahaja.
" Tau la dah ada isteri, sabar - sabar sikit bro. Belum malam lagi ni ", usik jake sambil tergelak kecil. Senyuman jake semakin meleret.
" Kau jangan nak fikir bukan - bukan, mia pun tak tahu status dia yang sebenar. Tak kan aku nak cakap dia dah jadi isteri aku selepas aku menandai dia. Tak kan dia akan terima aku sebagai suami nya semudah itu tanpa ada lafaz ikatan dan perjanjian seperti perkahwinan biasa. Setiap gadis mesti ada perkahwinan impian mereka, gaun impian mereka. Apa pula kata daddy mia nanti. Aku berkahwin tanpa minta persetujuan dari dia. Mia manusia jake, dia bukan seperti kita. Jadi aku kena ikut cara manusia untuk berkahwin dengan mia. Aku akan ambil mia dari ayah nya dengan persetujuan ayah nya sendiri ", terang mike panjang lebar.
" Tidak mudah untuk aku bertahan apabila di samping mia, tetapi aku perlu tahan keinginan aku sendiri untuk kebaikkan mia. Kehormatan mia sebagai gadis aku tak boleh ambil begitu sahaja. Aku bukan lelaki seperti itu. Aku sayang kan dia, aku tak kan sentuh dia selagi kami tak berkahwin secara sah. Apa kata daddy nya nanti. Satu - satu nya anak gadis yang di tatang dari kecil aku rampas begitu sahaja ", sambung mike lagi.
Setakat kissing - kissing each other tu boleh kan ? soal mike nakal dalam hatinya sendiri. Senyuman yang terbit di wajah cuba di sembunyi kan.
Jake setuju dengan apa yang di perkatakan oleh mike. Boleh di katakan adiknya itu lebih berfikiran matang dari nya. Kalau dia, dah lama mia kena terkam. Siap pun tak boleh sabar dengan aura yang ada pada gadis itu. Adik dia sahaja yang mampu bertahan fikirnya.
" Betul bro, aku setuju dengan apa yang kau ucapkan. Apa - apa pun persetujuan dari ayah mia yang sangat penting. Dan kau juga kena ingat, hubungan antara manusia dan vampire sudah melanggar peraturan yang di buat oleh vampire terdahulu lebih - lebih lagi peraturan nenek moyang kita. Kau boleh bersama dia tetapi kau perlu menukarkan dia menjadi seperti kita, agak mustahil untuk kau bersama dia dalam keadaan dia masih manusia. Kau pun tahu kan ", jake mengingatkan.
" Aku lebih suka dia begitu jake. Aku nak dia kekal sebagai manusia. Aku tak sanggup nak rampas hidup dia sebagai manusia dan jadikan dia seperiti kita. Aku terlalu sayangkan dia, lebih dari diri aku sendiri ", mike melepaskan keluhan.
Sukar untuk dia membuat keputusan. Jika ingin bersama, mia mesti di tukar kan. Jika tidak, mereka tidak boleh bersama. Akan ada halangan yang menanti mereka jika mereka melanggar peraturan yang telah di tetap kan.
" Kau fikir lah baik-baik mike. Untuk diri kau dan juga mia. Setelah kau menandai dia, dia adalah isteri kau yang sah di mata semua vampire dan puak kita. Suka atau tidak, itulah hakikat yang perlu kau terima. Aku harap kau dapat selesaikan perkara ini secepat mungkin. Tanda tu kita tak boleh sorok, semua vampire boleh nampak tanda yang telah di buat di leher mia. Terang dan jelas. Manusia sahaja yang tak nampak tanda itu. Suka atau tidak, korang berdua sudah terikat dalam ikatan suami isteri dalam kehidupan vampire. Kau perlu terangkan juga kepada mia secepat mungkin. Dia perlu tahu ! ", balas jake juga dengan panjang lebar.
" Tunggu masa dan ketika yang sesuai, aku akan terangkan kepada dia. Aku harap dia tenang dan terima ikatan ini dengan rela hati. Aku tetap juga akan berkahwin dengan mia mengikut cara manusia. I have to do that for mia. Dia perlu dapat kan perkahwinan yang terbaik dalam hidup dia", ucap mike yakin dengan keputusan nya.
" Kau memang seorang lekaki yang baik dan bertanggungjawab. Sebagai abang, aku bangga dengan kau ", ucap jake sambil memeluk adik nya. Di tepuk tepuk lembut belakang adiknya untuk memberikan sedikit dorongan dan semangat.
Mike juga membalas pelukan jake. Jarang mereka berbincang secara berdepan begini. Biasanya mereka berbincang menggunakan minda mereka.
Pelukan di lerai kan dan jake dengan pantas berlalu meninggalkan mike di situ untuk ke markas.
Mike membuang pandangan ke arah balkoni yang menempatkan bilik mia di situ.
Mike berpusing dan terus berlari laju meninggalkan kawasan rumah agam merka. Dia perlu menyusul jake di markas. Hal mia nanti dia selesai kan kemudian. Dia yakin mia selamat di rumah agam buat masa ini.
Share this novel