Hampir dua minggu peristiwa itu berlalu.Mia juga semakin sihat dan menjalani kehidupan seperti biasa
Tapi...
Mia masih tertanya - tanya siapakah yang menyelamatkan dia tempoh hari.
Dan siapa pula yang menghantar mia pulang ke rumah dengan selamat.
Kenapa mia langsung tak mengingati tentang ape yang terjadi ?
Ingat mia samar- samar tentang kejadian itu.Apa yang pasti ada seseorang yang sangat luarbiasa kekuatan nya menyelamat dia dari di siat - siat oleh beruang ganas tempoh hari .
Mia menatap ke luar jendela kelas nya.
Setiap inci patah perkataan yang di lontarkan oleh Puan Mary langsung tidak di endah kan.
Subjek History yang selalu menjadi subjek kesukaan nya langsung tak menarik minat mia buat masa ini.
Kringgggggg.....
Loceng berbunyi nyaring dan panjang menandakan tamat waktu persekolahan untuk hari itu.
Semua pelajar berpusu - pusu keluar dari kelas.
Mia melangkah laju keluar dari kelas.Sejak peristiwa itu , mia banyak menghabiskan masa di hutan manrocks dengan harapan dapat berjumpa dengan lelaki itu.
Mia ingin menatap wajah penyelamat nya juga ingin mengucapkan terima kasih kerana tempoh hari dia tak berkesempatan untuk berbuat demikian.
Kaki melangkah terus ke tempat di mana dia diserang beruang.
Kadang - kadang hampir seharian mia menunggu di situ , tapi tiada juga tanda - tanda akan kemunculan lelaki itu.
Di mana kau.Aku nak sangat berjumpa dengan kau , gumam mia perlahan sambil mata memerhati ke semua arah.
Tanpa mia sedari....
Di sebalik pohon - pohon yang merimbun. Sepasang mata tajam mike memerhati tingkah gadis itu. Setiap hari mike berada di situ tanpa pengetahuan mia , berjaga - jaga sekiranya ada lagi yang menyerang gadis nya.
Miaaa..
Getar hatinya menyebut nama gadis itu perlahan.
Kenapa kita berada di dalam dua yang berbeza .Puas aku fikir kan , kenapa tarikan kau begitu kuat pada ku.
Tanpa di sedari kakinya melangkah menghampiri gadis itu. Sedar tak sedar dia sudah berada betul- betul di belakang mia.
Mia yang terasa ada sesuatu yang berada di belakang nya dengan pantas menoleh.
Fikiran nya hanya memikirkan seekor beruang yang besar datang di belakang nya seperti tempoh hari.
Terpandang kan wajah mike yang berada di depan nya , mia menarik nafas lega.
Mata tajam lekaki itu memerhati mia dalam.
Mata itu....
Kenapa mata itu macam pernah ku lihat.
Tapi kenapa mata lelaki yang berada di depan ku bewarna hijau ?
Aku mencari si pemilik mata merah.Bisik mia di dalam hati.
Mia menatap lelaki di hadapannya.Terpaksa mia mendongak kan sikit kepalanya kerana ketinggian lelaki itu jauh berbeza dengan diri nya.Dan lelaki itu juga terpaksa menunduk kan sedikit kepala untuk memandang wajah mia.
Tinggi gila mamat ni.Hampir ke 7 kaki juga tinggi nya.Dengan dada nya yang bidang , otot terbina cantik menunjuk kan lelaki di hadapanya seorang yang sangat menjaga badanya dan boleh di kategori kan gagah.
Pandangan mereka bertaut. Lama.Tersedar dari kecuaian sendri , cepat mia melari kan anak mata ke tempat lain.Ada sesuatu di mata itu yang mia tak dapat nak tebak.
" Kau buat apa dalam hutan ni sorang diri ? kau tahu tak hutan ni bahaya. Kau tak sayang nyawa kau ?"..Ucap mike dengan wajah yang serius.
" Sa..sa..saya me..menunggu seseorang ", ucap mia tersekat - sekat kerana terkejut dengan sergahan lelaki itu.
Mike memandang wajah di hadapan nya. Dia tunggu aku ke? , tanya mike dalam hati.
Ishh mamat ni , dah kenapa pandang aku macam nak telan. Aku rasa macam nak tembus pandangan mata dia ni ke jantung aku.Berdebar rasanya.
" Pergi balik ,aku tak nak tengok muka kau lagi dalam hutan ni ",arah mike .
" Awak tak ada hak untuk halang saya.Rasanya hutan ni bukan sesiapa punya kan.Hutan manrocks ni memang menjadi laluan penduduk setempat.Siapa awak untuk halang saya ?", ucap mia lantang sambil jarinya menolak dada bidang lelaki itu tanpa dia sedari.
Mike terasa hari runcing itu menunjal - nunjal dadanya. Lalu matanya di lari kan ke arah itu . Sentuhan gadis itu membuatkan jatung nya bergerak laju.
Pantas mike memegang jari itu dari terus menunjal dada nya . Tindakan drastik itu seperti memberi kan kejutan elektrik kepada mereka berdua. Makin laju debaran di hati mereka.
Mia yang tersedar akan keterlanjuran nya terus menarik tangan nya kembali tetapi tidak berjaya kerana gengaman tangan lelaki itu sangat kemas.
" Pulangkan balik tangan saya !" , ucap mia sambil berusaha menarik tangan nya kembali.
" Kalau aku tak nak pulangkan balik , kau nak buat apa ?.Aku kena hukum tangan ni sebab tangan ni bersalah.Salah sebab sentuh dada aku ! " .
Mia menelan liur nya kesat. Tak kan dia nak potong tangan aku ? .Dia tau dia salah.Tapi tu bukan salah dia seorang.Salah lelaki ni juga yang suka - suka nak arah kan orang, umpat mia dalam hati.
" Sa..sa..saya minta maaf , saya tak sengaja ", ucap mia sambil mata memandang ke hujung kaki yang menguis guis daun kering di bawah.Tak berani dia nak menatap mata lelaki depan nya sekarang ni . Malu ,gugup , berdebar semua rasa bercampur menjadi satu.
" Dengan satu syarat !".
" Syarat ? , syarat apa ?" , cepat mia menjawab sambil mendongak memandang wajah lelaki itu.
" Aku nak rasa darah kau!".ucap mike serius sambil semakin merapati gadis itu
Hahhhh !!
Melopong mulut mia sambil terbuntang biji matanya mendengar kan jawapan lelaki itu.
Mia berundur beberapa tapak ke belakang apabila menyedari lelaki itu semakin mendekati nya.
Dengan tangan yang masih dalam gengaman mike , agak sukar untuk mia melarikan diri.
Makin Mia berundur , makin mike melangkah ke hadapan. Hingga akhirnya mia tak boleh berundur lagi kerana terhalang oleh sebatang pokok yang besar.
Mia tersandar di situ tak boleh bergerak lagi.
Mike mengangkat tangan kiri nya meletak kan di pokok yang menjadi tempat mia bersandar menyebabkan mia terkepung di situ.
Tangan kanan masih mengengam tangan gadis itu , tangan kiri mengepung gadis itu.
" Kau dah bersedia ?".
Mia memejamkan matanya tanpa menjawab pertanyaan lelaki itu.
Perlahan mia merasakan lelaki itu semakin mendekati. Air mata mia keluar dari kelopak mata yang tertutup.
Mia membayangkan yang lelaki ini akan menikam jantung nya dan merobek keluar.Dan selepas itu lelaki itu akan menghirup pula darah nya.
Memikir kan itu , makin deras air mata mia jatuh.
Mia berharap akan ada seseorang yang lalu sekarang ini yang akan membantu nya.
Mia merasakan yang lelaki itu sangat dekat kepadanya kerana hembusan nafas lelaki itu mengenai wajahnya.
Mia memusingkan muka ke kiri sambil mata nya masih tertutup rapat.
Dan mia merasakan sesuatu bergerak di lehernya.Makin kuat mata nya di pejam kan.Mia takut akan situasi itu.Takut kegadisan nya akan di rengut kejam.
Dan...
Mia merasakan satu kucupan yang hangat singgah di leher nya. Hangat sekali sehingga dia merasakan wajah nya membahang menahan debaran di dada yang maha hebat.
" Aku tak mampu untuk melukai kau , girl , aku tak mampu .Mencederakan kau umpama melukai diri aku sendiri!", ucap mike perlahan di leher mia.Cukup perlahan dan mike amat yakin yang mia tak dengar ape yang di perkatakan kan.
Dan sebuah lagi kucupan hangat dari mike singgah di leher jinjang gadis itu sebelum mike melepaskan genggaman tangan nya dan terus berlari laju membelah hutan belantara. Mike sendiri tidak kuat menahan segala rasa yang ada dalam diri nya.Rasa yang semakin menjalar dalam tubuhnya.Iya , aku cintakan gadis itu !.
Perasaan ingin memiliki gadis itu sangat kuat !. Terlalu kuat hingga dia hilang kawalan yang selama ini dia mampu tahan.
Tapi tidak bagi mia.Mia mendengar segala yang di perkatakan oleh lelaki itu.
Girl ???
Mia membuka matanya besar.Tapi sayang nya lelaki itu tiada di situ.
Mia memandang ke semua arah mencari kelibat lelaki itu.Tetapi hampa.
Adakah dia lelaki yang sama menyelamat kan mia tempoh hari ??..
Adakah dia pemilik si mata merah itu ?
Orang yang mia cari beberapa minggu ini.
Arghhhh ..aku buntu..buntu dengan kejadian tadi.......
Share this novel