Sudah sebulan kehilangan mike, dan sebulan itu juga mia seperti tak bersemangat untuk menjalani kehidupnya. Sepi, kosong, itu yang di rasakan saat ni. Memang daddy selalu menemani nya, tetapi tidak sama dengan kehadiran mike di sisi.
Seminggu kehilangan mike, mia menerima pesanan minda daripada mike. Ringkas sahaja tetapi sudah cukup membuatkan mia lega. Dia tahu mike selamat tetapi tidak tahu di mana mike berada sekarang ini. Rasa macam mimpi tiba - tiba suara mike menerobosi mindanya. Rindu yang sukar untuk di ungkap dengan kata-kata. Suara yang sangat di rindui, wajah yang di mimpi kan hampir setiap malam.
Dan hari itu juga mia menghubungi kyra melalui telefon bimbitnya dan memaklumkan hal tersebut. Kyra berjanji akan cuba mengesan di mana mike berada. Dan kyra juga berpesan supaya merahsiakan perkara ini dari sesiapa sahaja kerana sekarang ini mereka tidak tahu siapa yang memerangkap dan menyembunyikan kan mike. Dan mereka juga tidak tahu apa motif penculikan mike ini. Jadi buat masa ini kyra dan colin akan mencuba mencari di mana tempat mike di sembunyi kan.
Tempoh hari juga mike meminta mia menunggu dirinya pulang. Mike berpesan supaya dia lebih berhati-hati semasa ketiadaan nya. Apa maksud mike ??
mia masih tertanya-tanya sehingga kini.
Dan sehingga ke hari ni, sudah sebulan berlalu, mia tidak mendapat apa-apa lagi khabar berita atau pesanan dari mike. Hatinya agak risau. Dia percaya mike selamat, tetapi hatinya tetap tidak puas selagi tidak dapat menatap wajah lelaki itu di hadapan matanya.
Kaki mia perlahan menyusuri kaki lima deretan kedai di pekan manrocks. Dia tidak tau ke mana arah tujuan nya. Dia hanya membawa hatinya yang sarat dengan kerinduan.
" Mia, buat apa di sini ", sapa jason apabila terlihat gadis itu melintasi pejabat sherif ayahnya.
Jason yang baru sahaja keluar dari pejabat ayah nya terus menyapa gadis itu. Kecoh juga satu pejabat ayah nya akan kehilangan mike. Semalam andy wills datang dan meminta bantuan dari ayah nya untuk mengesan di mana mike berada kerana sudah sebulan mike menghilangkan diri.
Mia yang terkejut dengan sapaan itu terus memberhentikan langkah nya. Terlihat jason tersenyum lawa sambil menayangkan giginya di hadapan mia. Mia melemparkan senyuman kecil.
" Mia jalan- jalan ambil angin je di sini. Bosan duduk di rumah, ni yang mia keluar berjalan di pekan ni ", jawab mia sambil tersenyum nipis.
Cantik betul kau ni mia, desis hati jason.
" Jom kita minum di cafe depan tu. Ada benda yang jason nak sampaikan ", tunjuk jason ke arah cafe yang di sebutkan tadi. Berharap sangat yang mia akan mengikuti minum di cafe itu. Bukan senang nak berdua - duaan dengan gadis cantik di depannya ini.
" Sorry, not today. Mia nak pulang ke rumah. Hari pun macam nak hujan, mia takut tak sempat sampai rumah je nanti ", ucap mia sambil melihat langit yang mula gelap.
" Jason teman kan ? ", mencuba nasib jika mia membenarkan.
Mia agak serba salah. Nak tolak salah, nak terima juga salah. Mungkin tak salah dia teman aku balik kan?. Ada juga kawan berborak sepanjang jalan.
" Ermmm..ok, boleh la. Ada juga kawan untuk mia berborak. Tak bosan jalan sorang-sorang ", jawab mia sambil tersenyum manis.
Jason yang mendengar kan jawapan gadis itu terus tersenyum lebar. Mereka berjalan beriringan menuju ke rumah mia.
" Mia, mia tahu mike hilang ? ", soal jason agak berhati-hati. Risau pertanyaan nya mengguris hati gadis di hadapannya.
Hanya anggukan yang di terima dari mia. Maksudnya gadis itu sudah tahu, desis hatinya.
" Mia ada bergaduh dengan mike ke ?", soal jason lagi agak tidak berpuas hati kerana gadis itu diam membisu.
Kali ini hanya gelengan yang di terima oleh jason. Nampaknya mia tak berminat untuk melanjutkan perbualan tentang mike di hadapanya.
Sunyi menyelubungi perjalanan mereka. Setiba di hadapan pelabuhan manrocks. Mata mia menangkap sesusuk tubuh yang amat di kenali berada di situ. Apa dia buat di situ ??
Terlihat seorang gadis seksi dan sekumpulan lelaki berbaju hitam bersama dengan nya. Mereka berbual dengan agak serius sebelum gadis seksi itu memeluknya dan berlalu pergi. Sekumpulan lelaki berbaju hitam itu berlalu pergi setelah gadis seksi itu menghilang. Dan tubuh yang amat di kenali itu melihat ke kiri dan ke kanan sebelum pergi meninggalkan pelabuhan itu. Aneh sungguh perlakuan mereka semua bisik mia.
" Mia tengok apa ?", soal jason sambil matanya memerhati ke arah tempat yang sama. Tapi tak ada apa-apa di situ. Mia tengok apa ?.
" Tak ada apa - apa, mungkin mia salah orang ", jawab mia sambil tersenyum. Menyimpan perasaan anehnya di dalam hati.
" Jom kita teruskan perjalanan, takut nanti tak sempat sampai ke rumah, hujan pula turun ", ajak jason sambil menarik lengan gadis itu.
Mereka berdua kini melalui hutan manrock untuk ke rumah mia. Bukan tiada jalan yang berturap, tapi suasana hutan itu lebih sejuk berbanding melalui jalan berturap yang penuh habuk dan debu. Penduduk di sini lebih selesa menggunakan hutan ini sebagai jalan utama mereka.
" Jason boleh tolong mia tak ? ", soal mia tiba- tiba sambil menoleh ke arah lelaki itu.
" Tolong apa ? ", pelik pula bila gadis itu tiba-tiba meminta pertolongan darinya.
" Esok teman mia pergi pelabuhan manrock boleh ? ", soal mia berharap.
" Mia nak buat apa pergi situ ? tak ada apa-apa disana, banyak kapal yang berlabuh sahaja. Mia nak cari apa di sana ? ", soal jason pelik.
" Mia nak siasat sesuatu. Jason temankan mia ? ", soal mia sekali lagi.
" Esok mungkin tak boleh, jason ada urusan di luar kota. Kita pergi lain kali ye ", jason menolak. Dia perlu menghalang gadis di hadapannya untuk pergi ke pelabuhan itu. Tak boleh, gadis itu tak boleh pergi ke sana.
" Tapiii...."...
" Tak ada tapi - tapi. I said no!. Bahaya kalau mia pergi seorang diri. Mia tunggu jason, kita akan pergi bersama setelah utusan kerja jason selesai ", potong jason pantas sambil berjanji pergi kesana untuk menyedapkan hati gadis itu.
Ada sebab dia tidak mahu gadis itu kesana. Pelabuhan itu penuh dengan vampire lebih - lebih lagi amanda dan konco - konco nya.
Dan dia adalah salah seorang dari mereka. Dia juga vampire seperti amanda. Amanda lah yang telah menukar kan dia seperti ini. Malam dia bersama dengan amanda menjadi malam terakhir dia sebagai manusia.
Identitinya masih tersimpan rapi dan belum di ketahui oleh sesiapa melainkan mereka yang sama spesis macam dia. Ayahnya juga tidak mengetahui akan hal itu.
Bahaya jika gadis itu ke sana. Vampire disana tak mungkin boleh menahan diri jika bau gadis ini mendekati mereka. Siapa yang boleh bertahan jika darahnya terlalu manis ?. Dan di tak faham bagaimana mike boleh bertahan sedangkan gadis ini sudah sah menjadi milik mutlak nya. Dia boleh nampak tanda biru di leher gadis itu. Menandakan gadis itu kepunyaan salah seorang dari spesis yang sama macam mereka. Tak perlu bertanya, dia boleh mengagak siapa yang menandai gadis itu. Gadis ini tidak boleh di bunuh atau di sentuh oleh orang lain. Sesiapa yang berani menyentuh nya, maka bersedialah berhadapan dengan pemilik nya, iaitu mike. Itu memang aturan vampire yang jason telah di beritahu sebelum ini.
Sebab itu dia terpaksa melupakan hasrat untuk memiliki mia. Tanda di leher gadis itu membuatkan nya berfikir sepuluh kali. Untuk berhadapan dengan mike, dia bukan lawan nya. Siapa yang tak kenal dengan lelaki dingin dan tak mudah menyerah itu ?. Jangan berani sentuh hak milik nya jika tak berani nak berhadapan dengan nya.
" Ok, mia tunggu jason. Nanti kita pergi bersama ", ucap mia sambil merencanakan rancangan yang bakal di lakukan esok. Dia akan pergi berseorangan nampaknya tanpa di temani oleh sesiapa.
Jason mengangguk kan kepala nya sambil tersenyum. Untuk esok, dia dapat menghalang gadis itu. Untuk hari - hari yang seterusnya, dia perlu memberi kan alasan lagi. Masalahnya sekarang ini, apa yang gadis itu lihat di pelabuhan tadi sehingga kan dia ingin pergi ke sana untuk menyiasat ??.
Aku perlu memaklumkan kepada mereka untuk pergi dari situ sebelum aku membawa gadis ini ke sana. Itu lebih baik jika ingin keselamatan gadis ini terjamin. Dia tak kan mampu melawan konco-konco amanda seorang diri jika mereka menyerang gadis itu nanti.
" Terima kasih jason kerana teman mia berjalan sehingga sampai ke rumah. Mia masuk ke dalam dulu ye ", gadis itu bersuara mematikan lamunan jason. Sudah sampai depan rumah rupanya. Jauh betul aku mengelamun, desis jason sendiri.
" Ok mia, take care. Janji dengan jason jangan pergi ke sana esok. Tunggu jason selesaikan urusan jason dulu ok. Nanti kita pergi bersama", ulang nya lagi untuk mengingatkan gadis itu.
" Iya , mia tau. Mia janji mia tunggu jason ", ucap mia sambil mengangkat tangannya seperti orang berikrar lagaknya.
" Jason pulang dulu, take care ", ucap jason dan berlalu pergi.
Mia terus meloloskan diri nya ke dalam rumah setelah melambai ke arah jason beberapa kali. Esok dia tetap akan pergi ke sana walaupun tanpa jason. Dia sudah tekad, hatinya merasakan sesuatu yang aneh di sana. Cepat la esok, bisiknya dalam hati sambil kaki nya laju melangkah menaiki tangga untuk ke biliknya......
Share this novel