Amanda berjalan laju menuju ke tempat di mana dia menyembunyikan mike. Dia berang kerana lelaki itu masih berdegil untuk menerima dirinya. Dah bermacam - macam ugutan yang di berikan kepada lelaki itu tetapi tidak berhasil. Menggunakan portion itu juga tidak berhasil. Mike langsung tidak menyentuh atau mendekati nya. Dia sahaja yang terhegeh - hegeh menyentuh lelaki itu.
Sudah puas dia menggoda mike selama seminggu ini, habis semua di tayangkan nya, sedikit pun lelaki itu tidak menjeling kepada dia. Dasar lelaki berhati batu !, sumpah amanda di dalam hati.
Dia menolak pintu kebal itu dengan kekuatan yang ada padanya. Kekuatan dia tak usah di ragu kan kerana dia seperti mike. Setakat nak mematahkan leher manusia, sebelah tangan pun dia boleh buat, desis nya. Tapi bila berhadapan dengan lelaki ini, dia tahu kekuatan nya tidak setanding lelaki itu. Sebab tu dia menggunakan taktik kotor untuk memerangkap mike.
Dia melihat mike sedang berbaring dalam posisi terlentang menghadap kipas yang berpusing di atasnya. Kedua belah tangan nya di letak kan di bawah kepala. Hurmmm, kalau lah badan sasa itu merangkul tubuh nya, dia lah perempuan yang paling bahagia sekali di new manrocks ni. Perlahan dia merapati mike.
Perlahan juga dia menaiki katil itu dan berbaring di sebelah mike dan terus merangkul tubuh lelaki itu. Mike yang terkejut terus menolak keras amanda ke tepi lantas bangun dari perbaringan nya. Amanda jatuh tergolek di tepi katil akibat dari tolakan kuat dari mike.
Mencerlung mata mike memandang gadis itu tajam. Kalau ikutkan hati, dah lama dia bunuh perempuan ini. Dah lama kepala dia aku pisahkan dari badan. Dasar perempuan jalang!, bisik hati mike.
Amanda yang sudah jatuh tergolek di birai katil memandang lelaki itu dengan perasaan terkejut. Dia tak sangka akan di tolak sebegitu rupa.
Dia bangun perlahan sambil menepuk-nepuk punggung nya. Kurang ajar jantan ni. Dia ingat dia siapa yang suka - suka hati nak tolak aku !, sumpah amanda dalam hati.
Dia cuba memaniskan wajahnya walaupun hatinya sedang sakit. Dia menghampiri mike perlahan.
" Macam ni ke cara kau layan bakal isteri kau? ", ucap amanda sambil tersenyum manis sambil jalan penuh menggoda menghampiri mike. Aku yang seksi ni dia tak pandang langsung. Hebat sangatbke manusia hina tu ??.
Semakin tajam renungan mike ke arah perempuan itu. Tahu tahu malu !
" Kau nak ape sebenarnya daripada aku hahhh? kalau setakat kau nak simpan aku di sini jadi barang permainan kau, lebih baik kau lepas kan aku. Jangan buang masa aku dengan permainan jijikk kau ni! ", mike bersuara lantang dan garang.
"Sayanggg,kenapa marah- marah ni, macam ni ke sayang melayan kekasih hati yang rindu nak berjumpa sayanggg. Sayang jangan la garang sangat.Jom kita baring - baring atas katil sambil ehemm..ehemm ", ucap amanda dengan nada gedik nya sambil memegang bahu lelaki itu mike dan berjalan mengelilingi mike dengan gaya menggoda.
Mike menepis tangan amanda keras. Sikit pun tak tergoda dengan perempuan di depannya ini sebaliknya dia merasa jijik yang amat sangat. Perasan! sejak bila aku dia jadi kekasih aku ?
" Kau jangan nak sombong sangat mike. Kau nak tengok manusia hina yang kau sayang tu mati ke? kau nak aku arah kan orang aku siat - siat badan perempuan yang kau sayang tu? kau kena dengar cakap aku selagi kau dalam tawanan aku! ", berang selalu di tolak oleh lelaki di hadapannya, amanda menggunakan mia untuk mengugut mike. Nada suara nya juga sudah bertukar tidak segedik tadi.
Mike yang mendengar ugutan amanda itu, mulai berang. Dengan gerakan yang sangat pantas, mike terus mencengkam leher perempuan itu keras. Kalau ikut hati nya yang amarah, mati juga perempuan ni hari ni. Tapi bila memikirkan keselamatan mia dia luar sana, mike perlu berhati-hati. Risau jika ada yang mengikuti mia semasa dia tiada di sisi gadis itu. Arghhh girl ,aku rindu! , hatinya bergetar sayu.
" Kalau aku nak bunuh kau sekarang ni, sekelip mata je kepala kau terpisah dari badan. Tapi mengenangkan Tuan Anderson tu salah seorang yang di hormati dan di segani di sini, aku masih boleh sabar kan hati aku. Tapi kau jangan melampaui batas. Jangan sampai tangan aku sendiri yang bunuh kau satu hari nanti !. Jangan kau berani-berani nak mendekati mia kalau kau tak nak kepala kau terpisah dari badan. Dan saat itu kau akan menyesal mengenali seorang lelaki bernama mike wills. Kau lari la ke mana pun, aku akan cari kau sampai dapat. Jangan lupa aku adalah seorang penjejak terbaik di kalangan kaum kita!! ", jeritan dan ugutan mike di wajah amanda menjadi satu.
Amanda yang terkejut dengan jeritan mike agak terangkat bahunya. Lebih terkejut lagi apabila mike menyebut nama ayah kesayangan nya. Kenapa dia tak memikirkan ayahnya sebelum dia melakukan sesuatu perkara. Kalau lah berita dia memerangkap mike dan mengurung mike ini tersebar, malu ayah dia nanti. Anak seorang yang di segani berkelakuan begitu.
Lebih menakutkan lagi apabila mike mengigatkan siapa dirinya di hadapan amanda. Siapa yang tak kenal mike wills, anak kesayangan andy dan luna wills yang begitu hebat di mata penduduk new manrock terutaman di mata semua sherif di sini.
" Kau tak malu ke hahhh?? Kau sanggup mengadaikan maruah kau untuk seorang lelaki. Kau letak maruah kau kat bawah tapak kaki seorang lelaki hidung belang. Kau biar kan maruah kau di pijak - pijak. Kau biarkan tubuh badan kau di jilat - jilat oleh lelaki yang hanya mahukan keseronokan sementara. Bila kau nak berubah hah ??? kau dah macam perempuan jalang !!! ", tengking mike lagi apabila melihat amanda masih mendiam kan diri. Tangan nya masih lagi di leher amanda, kuat!.
Liur kesat ditelan amanda. Menyesal pula dia datang ke sini seorang. Nampak nya mike sudah mula berang dan sukar untuk di kawal. Amanda tak boleh nak menghubungi pengikut atau orang kanannya kerana bilik ini di penuhi oleh lapisan perak sekeliling nya.
" Kau jangan masuk campur dalam urusan peribadi aku. Kau ingat kau tu baik sangat nak menghina aku macam ni. Aku bagi kau dua pilihan, kahwin dengan aku atau perempuan kesayangan kau tu mati di tangan aku ! ", jerit amanda lantang dan berani. Dia takut dengan mike saat ini, tapi dia harus memberanikan diri untuk melawan lelaki itu.
Mike yang sememangnya sudah berang sedari tadi makin bertambah berang. Dia menampar kuat pipi amanda. Terpusing muka perempuan itu dek tamparan keras dari nya. Jangan berani- berani kau sentuh mia!!!
Vampire yang menampar sudah pasti kuat tamparan itu. Walaupun tidak terlalu sakit pada amanda, tapi tetap terasa kebas di wajahnya.
Mike menarik kedua tangan amanda dan di pulas ke belakang. Kedua belah tangan sudah di kunci oleh mike. Hari ni aku mesti keluar dari sini. Rindu yang semakin sarat tidak dapat aku tahan lagi. Dan dia sangat risau akan keselamatan gadisnya di luar sana. Dia sangat berharap yang kyra, colin dan jake menjaga gadisnya ketika ketiadaan nya sekarang ini.
Seminggu berada di sini, segala kesakitan yang di alami oleh mike tempoh hari sudah semakin sembuh. Kalau setakat nak lawan dua puluh orang yang berada di sini, dia mampu mengalahkan mereka sekelip mata. Dan kali ini aku akan lebih berwaspada, bisik hatinya.
" Mana kunci ? bukak pintu ni sekarang ", jerit mike kuat dan lantang sambil menolak amanda kuat ke arah pintu yang tebal dan berat itu.
" Jangan mimpi kau boleh keluar dari sini. Kau nak bunuh aku silakan, tapi kau tak boleh keluar. Rancangan kami akan rosak kalau kau terlepas dari sini ", ucap amanda penuh yakin sambil ketawa lantang. Kau nak kunci? ambil la dalam baju ni. Aku sorokkan kat tempat yang kau memang tak kan sentuh. Aku tahu kau tak kan sentuh dua bukit aku. Kau terlalu baik untuk itu, bisik amanda dalam hati. Dia tersenyum sinis.
Tiba-tiba pintu yang berat dan tebal itu di tolak dari luar. Terlihat wajah pengikut dan orang kanannya meluru masuk ke dalam bilik itu, wajah amanda menyungging senyuman.
Melihatkan pintu yang terbuka luas, mike terus menghubungi gadisnya.
' Baby girl, aku selamat di sini. Aku di perangkap. Kau jaga diri kau baik - baik, tunggu aku balik. Tolong sampai kan kepada kyra, colin cari aku di tempat yang terputus segala hubungan, dengan jake kau harus ....'...belum sempat dia menghabiskan pesanan nya, pintu kebal itu sudah tertutup rapat. Dia yakin, mia dapat pesanannya sebentar tadi walaupun tidak sepenuhnya.
Mike mencampak kan tubuh amanda laju hingga terperosok di tepi katil.
Matanya mencerlung merah memandang kesemua yang berada di dalam bilik itu terutama sekali orang kanan amanda yang sangat di kenali.
Mereka berdua beradu mata sambil keduanya menghadap antara satu sama lain. Mata mike mencerlung merah tetapi mata lelaki di hadapanya seakan mengejek mike.
" Kau ok amanda? ", soal orang kanan nya yang melihat amanda jatuh di tepi katil.
" Aku ok. Macam mana kau boleh tahu aku di sini ? ", soal amanda kepada orang kanan nya sambil berjalan perlahan menghampiri mereka.
" Aku cuba menghubungi kau tapi tak ada sahutan. Aku yakin kau mesti ada di sini. Nasib baik aku cepat ", ucap orang kanannya tenang.
Amanda hanya mengangguk kerana sedar akan kesilapannya datang ke situ berseorangan.
" Kau mike, kalau kau rasa kau tak sayang pada gadis kau, kau buat la tindakan bodoh di sini. Nyawa gadis kau yang akan aku ambil nanti. Kau jangan lupa, gadis kau itu manusia. Manis betul bau nya. Kalau aku arah kan orang - orang kami disini untuk menghirup darah gadis kau, mesti kering mereka ni semua hisap darah gadis kau. Sedap kan darah dia. Kau je bodoh sanggup pandang dan tahan dengan darah yang sesedap itu ", ugut lelaki di hadapanya yang sangat di kenali.
Ugutan lekaki itu berjaya kerana mata mike sudah kembali ke warna hijau. Mike sudah mulai tenang. Dia perlu memikirkan keselamatan mia buat masa ini. Dia sangat berharap mia dapat menyampaikan pesanan dia tadi kepada ahli keluarga nya. Arghhh, aku tak boleh berbuat apa-apa sekarang ni selain menunggu dan terus menunggu. Satu tindakan dari aku, nyawa mia melayang.
Melihatkan mike yang masih berdiam diri, lelaki itu menyambung lagi.
" Aku tak perlukan kau, aku cuma mahukan ape yang ada pada kau, gadis itu contoh nya. Kau milik amanda, gadis itu milik aku ! ", ucap lelaki itu sambil menghamburkan ketawa yang sangat kuat. Amanda yang berada di situ turut sekali mentertawakan mike.
" Jangan berani kau menganggu dia, setannnnn! dia milik aku. Aku sudah menandai dia. Apa masalahnya kau dengan aku sebenarnya hahhhh ????. Aku tak pernah rampas apa yang ada pada kau. Aku tak pernah ada apa permusuhan dengan kau, kenapa kau nak rampas mia dari aku??? , aku bagi kamu semua amaran, setitis darah gadis aku jatuh ke bumi, saat itu hidup kamu semua dalam gengaman aku. Ini sumpah aku !", ucap mike geram sambil menggenggam penumbuk nya kuat.
Mereka semua yang berada di situ galak mentertawakan ugutan dan amaran mike. Mereka sangat yakin mike tak akan terlepas dari situ.
Mike pasti akan tersungkur di bawah tapak kaki amanda !.....
Share this novel