Bab 12

Vampire Series 4011

Suatu malam yang hening dan sunyi di pelabuhan manrocks.

" Kita kena pastikan rancangan kita untuk memerangkap mike berjalan lancar. Aku tak nak ada sebarang kesilapan ", ucap amanda kepada lelaki yang berada di depan nya.

" Kau jangan risau, tau la aku nak buat macam mana. Mike percaya pada aku. Dia tak kan percayakan orang lain selain kaum dia ", jawab lelaki itu dengan yakin.

" Baiklah , kita atur rancangan kita secepat yang boleh. Aku dah tak sabar nak lihat mike jatuh tersungkur dalam peluk kan aku ", ucap amanda sambil melemparkan senyuman yang sangat jahat.

" Aku pun tak sabar nak tengok dia jatuh tersungkur. Dia fikir dia hebat ?, aku lagi hebat dari dia ! ", ucap lelaki itu lagi penuh dendam.

" Macam mana dengan manusia hinq yang mike gila - gila kan tu ? mereka masih berhubung ?", soal amanda lagi.

" Dia berada di rumah agam milik keluarga wills untuk beberapa hari ni ", jawab lelaki itu tenang.

" Whattttt ??? kenapa kau tak bagitahu aku awal - awal hahhhh. Kita tak boleh biarkan perempuan tu terlalu rapat dengan mike. Rosak rancangan aku nanti kau tau tak ???? ", marah amanda sambil melepas sebuah tumbukan di wajah lelaki itu.

Lelaki itu hampir rebah kerana tumbukan dari amanda tidak di jangka.

" Sudah , perbualan kita setakat ini sahaja dahulu. Nanti aku hubungi kau lagi. Pastikan apa yang kita rancang tidak ada sesiapa pun yang tahu. Kalau tidak , aku sendiri yang akan bunuh kau ", ugut amanda kepada lelaki itu.

Amanda terus pergi meninggalkan lelaki itu berseorangan.

Dia ingat aku takut ke dengan ugutan dia ? .
Hehhhh ! sikit pun aku tak heran. Kau dengan aku satu spesis. Kekuatan kita sama malah aku lebih kuat lagi dari kau. Setakat kau yang perempuan ni , kejap je aku boleh hilangkan dari bumi ni , bisik lelaki itu dalam hati sambil pergi meninggal kan pelabuhan itu.

Mia mengambil angin malam di balkoni biliknya. Selesai sahaja makan malam , rumah agam itu menjadi sunyi sepi. Mungkin masing - masing sudah masuk ke bilik. Tapi mereka tidur ke ?.

Dari balkoni nya , mia dapat melihat kecantikan dan keindahan bulan dengan lebih dekat. Cantik sungguh bulan malam ni desis hati mia.

' Kau jauh lebih cantik dari bulan itu , girl ', tiba-tiba suara mike bergema di minda nya.

Terkejut dengan suara itu, mia terus mencari - cari di mana kelibat mike berada .

' Kau cari aku ? ', mike masih ingin bermain dengan gadisnya.

Dia tau mia mesti tak nampak dia berada di mana sedangkan dia boleh nampak gadis itu dengan jelas sekali.

' Kau pandang ke atas kau ', arah mike kepada mia.

Atas ???
Bukan ke aku ni di tingkat atas rumah agam ni. Ada satu tingkat lagi ke yang aku tak tahu ??

Mia memandang atas seperti yang di suruh oleh mike . Terkejut dia melihat mike berada betul-betul di atas bumbung balkoni nya.

Laju mike terjun turun ke balkoni tempat mia berdiri. Buntang mata mia melihat perlakuan lelaki itu. Kalau la jatuh ke bawah, mau bercerai kepala dari badan , desis hati mia.

" Kenapa duduk atas bumbung ? dah tak ada tempat lain ke nak duduk ? ", soal mia geram.

" Tak ada , sebab bilik aku orang dah ambil ", jawab lelaki itu bersahaja.

Elehhh , dia jugak yang suruh kita tinggal sini beberapa hari , lepas tu dia jugak yang mengungkit , jeling mia kepada lelaki itu.

" Kau cakap ape girl ? ", soal mike sambil melangkah setapak ke arah mia.

Mia berundur setapak ke belakang sambil menggeleng kan kepala.

" Mike , mia nak tanya sikit boleh ?", soal mia sambil memandang tepat ke wajah lelaki itu.

Hanya angguk kan dari mike yang menjawab pertanyaan mia.

" Mike yang menyelamatkan mia dari serangan beruang di hutan tempoh hari , dan mike juga yang menghantar mia pulang dengan selamat , betul kan ?".

Mike hanya mendiam kan diri. Angguk tidak, geleng pun tidak. Dia hanya melemparkan pandangan kosong ke wajah gadis itu.

Benda yang paling merisaukan mike bakal terjadi. Mahukah gadis ini terima aku jika dia tahu aku ini bukan manusia seperti dia.
Aku makhluk penghisap darah , buas dan ganas.

" Mike , answer me. Mia perlukan jawapan dari mike ", rayu mia sambil menggoncang lengan mike.

" Aku rasa kau silap orang. Bukan aku yang menyelamat kan kau tempoh hari ", ucap mike sambil melarikan wajahnya dari tatapan gadis itu.

" Bohong ! mike tipu. Mia tau mike yang menyelamatkan mia, mata mike tak boleh bohong mia! ".

" Ok fine ! memang aku yang selamat kan kau.Puas hati ? kau dah tau aku siapa kan ? lepas ni kau mesti takut dengan aku dan jauhkan diri dari aku. Aku ni buas , jahat ", luah mike geram. Dia tak boleh terima jika satu hari nanti mia akan membencinya. Dan mungkin hari itu sudah tiba.

" Apa yang mike cakap ni ? siapa yang jahat ? mia tak faham".

" Kau tak faham atau saja - saja buat tak faham ?. Kau tau tak aku ni siapa ? ", soal mike geram sambil menunjal - nunjal dada nya sendiri.

" Michael Wills, mia tak nak tahu siapa pun mike selama ini. Mia tak percaya yang mike jahat. Mia juga tak percaya yang mike buas. Yang mia tahu, mike la lelaki yang menyelamatkan mia dari beruang dan dua lelaki di hutan tempoh hari. Dan mia..mia..mia ", mia menundukan wajahnya dari di tatap mike.

" Dan ? ", soal mike perlahan sambil hujung telunjuk nya menolak perlahan dagu gadis itu ke atas supaya gadis itu memandang wajah nya.

Mia memandang wajah mike yang sedang menanti jawapan dari nya.

" Girl, aku makhluk yang menghisap darah manusia seperti kau. Aku boleh bunuh kau bila - bila masa yang aku nak. Aroma darah kau membuat kan aku ingin selalu dekat dengan kau. Darah kau membuat kan aku gila. Kau tak takut aku hisap darah kau ? kau tak takut satu hari nanti aku bunuh kau ? aku bukan manusia girl , aku boleh hidup beratus tahun. Aku vampire ", ucap mike perlahan kepada mia. Jarak di antara mereka kurang dari satu jengkal.

" Bertahun lamanya aku memerhatikan kau. Setiap hari aku menunggu kau melalui hutan manrocks untuk ke sekolah. Bila malam menjelma aku berada di luar rumah kau untuk memastikan kau selamat. Kau tak pernah nampak aku kan. Aku selalu berada di atas pokok bertentangan dengan bilik kau. Sebab tu aku boleh tau kau suka warna pink ", ucap mike lagi sambil tersenyum memandang wajah gadisnya yang mula berona merah.

" Kau tau girl , aku pernah cuba untuk menjauhkan diri dari kau. Bukan sekali , bukan dua kali , dah berpuluh kali tapi tetap tak berjaya. Aku ingin sentiasa dekat dengan kau. Kau membuat kan aku ingin memiliki kau. Perasaan tu semakin hari semakin kuat. Kadang kala aku hilang kawalan dan terpaksa aku berlari menjauhi kau. Aku takut , takut kau membenci aku setelah kau tau siapa aku yang sebenar. Miara Jessica Newton , sesungguhnya aku Micheal Wills benar - benar mencintai kau , benar - benar tergila-gilakan kau hingga membuat kan aku gila ingin memiliki kau ", usai mengakhiri bicaranya , sebuah kucupan yang hangat dan lama singgah di dahi mia. Lega akhirnya dia dapat meluahkan segalanya di hadapan gadis tersebut.

Mia terkaku di situ mendengar kan pengakuan mike yang panjang lebar. Dengan tangan yang terketar , mia memegang kedua belah pipi mike. Hanya mata mereka yang berbicara saat ini.

" Michael Wills, mia juga berperasaan yang sama seperti mike. I love you Micheal ", ucap mia perlahan sambil mengigit bibirnya.

Mike tersenyum mendengar kan ungkapan cinta dari gadis yang di gilai nya selama ini. Tak sia - sia selama ini dia menunggu gadis itu.

" Kau tak menyesal ? ", soal mike sambil tangan nya membelai pipi gadis itu.

Gadis itu menggeleng kan kepala nya.

" Mia akan menyesal jika mia menolak cinta orang yang menyayangi mia. Mia akan menyesal menolak mike yang sanggup menunggu mia selama ini. Mia akan menyesal menolak orang yang sering berada dengan mia tanpa mia sedari dan mia tak menyesal menerima mike dalam hidup mia ", jawab mia jujur dari hatinya.

Perlahan, mike mendarat bibirnya ke bibir mungil gadis itu.

Mia terkaku menerima serangan yang tiba-tiba dari mike. Wajah nya sudah membahang panas.

Perlahan mike melepaskan pautan bibirnya. Dia tersenyum melihat wajah putih gebu gadis itu sudah bertukar ke merah - merahan. Gadis itu juga cuba melarikan wajah nya dari di tatap oleh mike.

" Girl , thank you , mulai dari hari ini , kau kena selalu bersedia " , ucap mike dalam senyuman nakal nya.

" Bersedia ?? bersedia unt...."..

Belum sempat gadis itu menghabiskan pertanyaan nya , sekali lagi bibir mungil hadis itu di serang oleh mike. Tahu la dia maksud mike tadi. Dan kali ini dia lebih bersedia. Perlahan kedua tangan mia menarik mike lebih rapat lagi. Mereka hanyut dalam ciuman dan pelukan mereka pada malam itu di saksikan oleh bulan dan bintang di malam hari.

Dan di saksikan oleh sepasang mata tajam yang berlindung di sebalik pokok besar di hadapan rumah agam itu.

Siallll !!! Sumpah nya penuh dendam.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience