" Do you trust me ?", mike bertanya kepada mia yang sudah di gendong di belakang nya.
" Secara teori nya , yes!", jawab mia sambil memperkemaskan pelukan nya di leher mike. Kedua belah kaki nya merangkul erat pinggang jejaka itu. Dah macam anak beruang pula lagaknya bertenggek begitu.
" Jangan menyesal ", ucap mike dengan senyum kacak nya. Satu ciuman kecil di lepaskan ke pipi gadis itu.
Dan dengan pantas kedua belah tangan dan kaki nya mula bekerja. Dengan cengkaman yang kuat dan gerakan kaki yang sangat pantas, dia memanjat laju bongkah - bongkah batu yang berada di gunung manrocks. Destinasi mereka adalah puncak gunung manrocks.
Mia yang merasakan kelajuan yang amat luar biasa itu terus menguatkan pegangan tangan nya dan mengeratkan lagi pelukan di pinggang jejaka itu. Ni kalau terlepas ke bawah memang bersepai badan aku, desis hati nya.
Kurang dari dua minit mereka pun sampai di puncak gunung manrocks. Mike menurunkan gadisnya perlahan.
Mia yang tidak pernah sampai ke puncak gunung itu berasa sangat teruja dengan keindahan yang terbentang di hadapan matanya.
Pelabuhan di pekan manrocks terlihat sangat kecil dari puncak gunung. Air laut yang membiru dan terbentang luas mencantikan lagi pemandangan dari puncak gunung itu.
Sungguh cantik sekali. Mia tak dapat nak gambarkan dengan kata-kata kecantikan yang dia lihat sekarang ini.
Mike tersenyum puas apabila melihat gadisnya yang begitu teruja dengan pemandangan yang berada di depan mata.
" Cantik?", tanya mike perlahan yang berdiri di sisi gadis itu
" Cantikkkkk sangat !, mia tak pernah terfikir untuk sampai ke sini sebab mia tahu agak mustahil manusia seperti mia boleh sampai ke sini. Terima kasih bawa mia ke mari ", ucap mia dengan nada yang sangat teruja.
" Aku pun suka pemandangan di sini, tenang dan tiada gangguan ", ucap mike sambil melabuhkan punggungnya di atas batu yang besar sambil melunjurkan kaki nya di tebing gunung itu.
Dia menghulurkan tangan nya kepada mia supaya gadis itu duduk bersama - sama di sisinya.
Mia menyambut huluran tangan itu sambil tersenyum dan melabuhkan punggungnya di sebelah jejaka itu.
" Mike, hari ni hari terakhir mia di sini. Esok mia dah pulang ke rumah. Rasa sayang nak tinggalkan tempat ni. Bila kita akan berjumpa lagi ?", soal mia memecah lamunan. Dia memandang wajah mike yang berada di sampingnya.
" Tinggal di sini dengan aku, kau kan isteri aku. Mana boleh berjauhan dengan suami ", gumam mike perlahan lebih kepada dirinya sendiri.
" Mike cakap apa ? mia kurang jelas ".
" Oh , tak de apa - apa lah. Aku cakap kalau kau nak jumpa aku , kau gunakan minda kau. Aku akan datang bila-bila masa yang kau perlukan aku. Kalau kau nak datang ke sini pun boleh, kau cakap je dengan aku, aku boleh bawa kau ke mari. Kau lupa siapa boyfriend kau, kau lupa ape kemampuan aku ?", soal mike sambil memandang wajah cantik gadisnya.
Tak romantik betul mamat ni. Dengan girlfriend sendiri pun ber kau aku. Mia tersenyum nipis.
" Betul ? bila - bila masa ?", soal mia sambil merenung lelaki di samping nya.
Mike mengalihkan duduk nya berpusing menghadap ke arah gadis itu. Dia menarik gadis itu supaya berpusing ke arah yang sama. Lutut mereka berlaga. Mata mereka bertatapan.
" Yes baby girl , anything for you. Kau tak percayakan aku ? ", lembut mike bertanya. Tangan nya menyentuh pipi gadis itu lembut.
" Mia nak mike selalu ada di sisi mia, mia tak nak mike jauh dari mia. Mia ....",...
Tak menunggu ucapan dari mulut gadis itu habis, mike mendaratkan ciumannya ke bibir gadis itu. Lama sekali mereka berkeadaan begitu.
" Then, stay here with me. I need you by my side. I need you i my life ", ucap mike lembut setelah memulangkan semula bibir gadis itu.
Merah wajah gadis itu menahan getaran dan debaran di dada.
" Kita kahwin !", sambung mike lagi, terang dan jelas di telinga gadis itu.
Mia tekedu !....
Keesokan harinya mia di hantar pulang ke rumah dengan selamat oleh pasangan wills.
Mia begitu berharap mike turut menghantar nya pulang tetapi hampa.
Seawal pagi mike sudah menghilang kan diri dari rumah agam untuk ke markas.
Mia tahu mike cuba melarikan diri dari nya di sebabkan perihal semalam.
Kepulangan mia di sambut oleh Jerry newton di muka pintu. Jerry mempelawa pasangan wills untuk masuk ke rumahnya tetapi di tolak lembut oleh mereka kerana pagi itu andy ada urusan di mahkamah.
Sebelum meninggalkan perkarangan rumah newton, luna memeluk mia erat.
" Nanti senang - senang datang rumah auntie lagi ye. Beritahu mike bila mia nak datang. Mike akan bawa mia ke sana ", ucap luna wills lembut kepada mia.
" Baiklah auntie. Terima kasih atas layanan yang baik dari keluarga auntie dan uncle. Terima kasih juga menjaga mia dengan baik di sana. Mia akan rindukan suasana di rumah auntie. Mia tak sempat nak jumpa semua, sampaikan salam mia kepada colin , kyra dan jake ye auntie ", ucap mia sambil tersenyum manis.
" Dengan mike tak nak suruh auntie sampai kan pesanan ke ?", usik luna wills kepada gadis itu. Suka betul dia mengusik gadis kepunyaan anak nya.
Merah wajah mia apabila di usik begitu. Mia hanya tersenyum malu.
" Ok la jerry, kami minta diri dahulu. Ada urusan di mahkamah yang perlu di selesaikan, takut terlewat pula nanti ", andy wills bersuara memecah kesunyian.
" Baiklah andy, terima kasih menghantar mia pulang dalam keadaan yang baik. Ada masa datang la ke rumah aku, boleh kita minum - minum ", ucap jerry pula.
" Ok jerry, ada masa kami datang ke sini. Terima kasih atas pelawaan, kami pergi dulu ", ucap andy seraya mereka berdua berjabat tangan.
Andy dan luna berjalan beriringan ke kereta dan tidak lama kemudian kereta mereka meluncur laju keluar dari perkarangan rumah mia.
Jerry memimpin tangan anak nya membawa masuk ke dalam rumah. Rindu dia kepada anak gadis nya yang satu itu.
Dia meneliti anak nya dari atas hingga ke bawah, tiada apa yang kurang malah makin berseri dan cantik.
Dia tersenyum sendiri, jauh betul fikiran nya melayang. Risau dengan keadaan anak gadisnya hingga memikirkan perkara yang bukan-bukan.
Dia ingin bertanya kepada mia tentang perihal mike seperti yang di perkatakan oleh jason tempoh hari. Tapi dia membatalkan niat tersebut. Biarlah mia merehatkan diri terlebih dahulu. Mia baru sahaja pulang ke rumah. Nanti tiba masa yang sesuai, dia akan bertanya juga kepada gadis itu.
" Mia naik ke atas dulu ye daddy, mia mengantukkkk sangat. Mia dah terlalu rindu dengan tilam dan bantal mia ", ucal gadis itu sambil tergelak kecil.
" Rindu tilam bantal je ? daday mia tak rindu ? ". Jerry mula menarik muka .
Melihatkan wajah cemberut daddy nya , mia terus menghambur kan ketawa tanpa boleh di tahan. Kelakar betul daddy bila buat muka begitu. Tarik muncung tu baru tau, bisik hatinya.
" Alaaaa daddy ni, mia gurau je la. Mestilah mia rindukan daddy, rindukan semua dalam rumah ni. Itupun nak merajuk tau. Ikat muncung tu baru tau ", ucap mia dalam tawanya yang masih bersisa. Tangan nya terus memeluk daddy nya dengan kuat.
Jerry membalas pelukan anak gadisnya. Rindu betul dia kepasa mia
Pelukan di lepaskan dan mia terus berjalan menuju ke bilik nya di tingkat atas. Dia memulas tombol pintu nya perlahan dan meloloskan dirinya ke dalam bilik.
Terkejut dengan apa yang di lihat di hadapan matanya. Mia terus meluru ke arah lelaki itu dan memeluknya erat. Lama mereka berkeadaan begitu.
" Macam mana mike masuk ke dalam bilik mia ? bila mike sampai ?", soal gadis itu yang masih memeluk mike erat.
" Before you, aku lebih dulu sudah berada di sini. Aku akan selalu berada di sisi kau. Jauh atau dekat ", ucap mike seraya melepaskan pelukan mereka.
" Aku masuk melalui tingkap bilik kau ", sambung lelaki itu lagi menunjukkan tingkap bilik gadis itu yang terbuka luas.
Mia memandang figura lelaki yanh berada di hadapan sambil tersenyum manis.
" Sedih tau mike tak hantar mia balik. Tapi sekarang dah tak sedih sebab mike dah ada di hadapan mia ", ucap gadis itu semakin lebar senyuman nya.
Mike membalas senyuman gadis itu. Dagu mia di pegang lembut seraya menarik gadis itu lebih dekat kepadanya. Bibir mereka bertaut menjadi satu. Mia membalasnya dan merangkul leher lelaki itu kemas.
" I love you my baby girl ", ucapan lembut kedengaran di telinga mia.
" I love you too my vampire boyfriend", balas mia pula.
Mereka berdua berbalas senyuman. Indah perasaan mereka berdua ketika itu.
" Kita kahwin ! ", pinta mike untuk ke dua kalinya.
Dan mia juga terkedu untuk ke dua kalinya !......
Share this novel