Cuti semester akhir pun bermula.Mia manfaat kan tiga minggu cuti ini dengan membaca novel . Baru empat helai muka surat yang di baca nya , bosan menguasai diri.
Mia menuruni anak tangga melangkah malas menuju ke dapur.Tak kelihatan kelibat daddy di dapur.Mungkin memancing di sungai hadapan rumah mereka atau membelah kayu di belakang rumah.Itu rutin biasa yang daddy selalu lakukan jika tiada apa-apa urusan di pekan manrocks.
Daddy salah seorang ahli jawatankuasa penduduk di sini.Jadi tak hairan lah daddy selalu sibuk dengan urusan meeting dengan penduduk disini terutama nya sherif patrick.
Mia melangkah keluar rumah mencari kelibat daddy.
Cuaca di New Manrocks sentiasa dingin dengan kekerapan hujan yang sering jatuh membasahi bumi.
Di tambah pula dengan hutan - hutan tebal yang masih terpelihara kehijauan nya menambahkan lagi kedinginan di seluruh new manrocks.
Baju tebal yang menutupi seluruh leher nya masih tidak cukup menghilangkan kedinginan itu.
Kakinya terus melangkah menyusuri sungai yang berada di hadapan rumah nya.
Sungai yang kehijauan dan air sungai yang sangat jernih membuatkan mata mia tak lepas memandang kecantikan yang berada di depan matanya.
Sedar tak sedar , mia sudah jauh berjalan meninggalkan rumah nya menyusuri sungai itu.
Di hujung sungai terdapat pokok maple merah yang hidup subur.Di situ juga terdapat satu jambatan kecil .Jambatan ini menjadi laluan penduduk kampung sekitar hutan manrocks.Tapi di sebab kan jambatan ini sudah terlalu lama , penduduk tidak menggunakan nya lagi.Penduduk lebih selesa berjalan melintasi hutan manrocks untuk ke pekan.
Mia melabuhkan punggungnya di atas jembatan itu sambil kakinya di juntai kan ke dalam sungai. Dia bermain - main air sungai yang berada di hujung kakinya itu.
Sejukkkk nyaaaa desis hati mia. Mia memejam kan mata seketika menikmati suasana yang dingin dan nyaman itu.Pokok maple yang hidup subur merendang menambah kan lagi kesejukan yang ada.
Prakkkk ! ..
Mia membuka mata luas apabila terdengar bunyi ranting patah di pijak sesuatu.
Kepala mia di pusing kan ke belakang untuk melihat siapakah yang berada di situ selain dirinya.
Tidak ada kelibat sesiapa pun yang berada di situ selain dia .Mungkin ranting jatuh agaknya desis hati mia sendiri.
Prakkkkkkkkk !...
Kali ini bunyi ranting itu lebih kuat dan dekat. Bulu tengkuk mia terasa merinding. Terasa ada sesuatu yang memerhatikan nya di situ.
Cepat mia bangun dari duduknya dan ingin berlalu dari situ. Mia berasa cemas memikirkan serangan dari beruang tempoh hari.
Tetapi belum sempat mia melangkah pergi dari situ ,dua orang lelaki sudah berada di depan nya. Salah seorang daripadanya mencengkam lengan mia dengan kuat.
" Wowww..wowww ..wowww..tak sangka makanan kita hari ni manisss baunya dan cantik sekali ", ucap salah seorang dari mereka sambil menyeringai menampakkan gigi taringnya.
Di mulut mereka berdua penuh dengan lelehan dan kesan darah yang masih baru.Baju mereka juga di penuhi dengan darah.
Mia meronta - ronta mencuba untuk melepaskan pegangan yang mencengkam kuat di pergelangan tangan nya.Tapi tidak berjaya.
" Kau nak lari mana hahhh ? bau kau manisss sekali , mesti darah kau pun sangatt lazatt ", ucap seorang lagi sambil menjilat - jilat muka mia dengan rakus.
Mereka berdua ketawa dengan kuat sehinggakan ketawa mereka menjadi begitu ngeri.
Jijik ! .
Itu yang mia rasakan . Jilatan di wajahnya meninggalkan bau yang kurang menyenangkan.Bau darah pekat menusuk ke hidung nya.
" Korang berdua ni nak apa dari aku hahhhh? lepas kan aku setan !", jerit mia berani.Mia meronta - ronta tetapi tidak berhasil . Pegangan lelaki itu sungguh kuat dan kejap.
Mia tak boleh berdiam diri , dengan pantas mia memijak kaki lelaki itu dengan kuat sehingga terlepas pegangan lelaki itu.
Mia berlari dengan laju tanpa menoleh ke belakang.
Kedua lelaki itu ketawa dengan nyaring dan kuat.
" Cukup la bermain - main dengan makanan kita , aku dah tak sabar nak merasai kemanisan darah dia ", ujar salah seorang dari lelaki tadi dan ketawa mereka berdua semakin galak.
Laju sekali mereka berdua memintas di hadapan mia.Mia yang tak sempat mengelak terus merempuh lelaki - lelaki itu.
Salah seorang dari mereka terus mencengkam kuat kedua - dua lengan mia.
" Kau nak lari ke mana hah ! .Kau tak kan boleh lari dari kami , kau terlalu manis untuk kami lepaskan ", Jerit lelaki itu dengan kuat di muka mia.
Mia meronta - ronta sekuat tenaga sehingga merasakan tidak berdaya untuk meronta lagi.
" Tolonggggggggg...tolongggggggg... ", jerit mia kuat dengan harapan ada yang mendengar jeritan nya.
" Lepaskann aku setannnn ! lepaskannnn ", jerit mia lagi sambil meronta - ronta tanpa henti.
Kedua lelaki itu mula hilang sabar dengan perlakuan mia. Seorang memegang mia di hadapan dan seorang lagi memeluk mia dari belakang.Mia terkepung saat ni dan sangat sukar untuk dia meronta.Dan amat mustahil dia dapat melepaskan diri dari dua lelaki durjana itu.
Salah seorang dari lelaki itu mula mengores leher mia dengan kukunya yang panjang dan tajam.
Melihat darah pekat mengalir dari leher gadis itu , dia terus menjilat dengan rakus sekali.
" Sedapppppp betul darah kau ni , tak pernah aku minum darah sesedap ini ", ucap lelaki itu sambil menjilat - jilat hujung bibirnya dengan rakus .Matanya terpejam - pejam menikmati kemanisan dan keenakan darah mia.
Mia yang terasa lehernya pedih dengan goresan itu , berusaha meronta - ronta ingin melepaskan diri .
" Tolongggg...tolongggg ", jerit mia dengan sisa-sisa kekuatan yang ada.
Salah seorang dari lelaki tadi terus menekup mulut mia dan menolak kepala mia ketepi.
Urat leher mia yang jelas kelihatan membuat kan kedua lelaki tadi semakin hilang sabar.
Rontaan mia semakin menggila . Mulut nya yang di tekup kuat membuatkan mia sukar untuk bernafas melalui hidung dalam situasi yang cemas begitu.
Kedua lelaki tadi menjadi berang dengan jeritan mia.Salah seorang dari mereka menumbuk perut mia dengan kuat .
Mia terbatuk-batuk dalam kesakitan yang teramat sangat di perut nya. Di mulut nya mengalir darah yang merah pekat.
Mia semakin tak berdaya. Dirinya semakin sukar untuk bernafas di sebab kan tumbukan kuat di perutnya tadi .
Mia merasakan lelaki itu semakin rapat kepadanya dan sesuatu yang tajam berada di pangkal lehernya. Taring !.
Sedikit sahaja tusukan yang sempat hinggap di lehernya sebelum mia melihat kedua lelaki tadi melayang terbang di udara dengan kelajuan yang sangat luar biasa.
Mia merasakan tubuhnya berada dalam dakapan seseorang yang sangat mia kenali.
Mike !.
Dan kelihatan juga kyra , colin dan jake berada di situ.
Mike memandang dua lelaki yang tercampak ke udara tadi dengan pandangan yang sangat ngeri.Mata mike yang merah menyala menunjukkan yang dia tersangat marah dengan apa yang menimpa mia.
Mereka berempat mula menyeringai dan menampakkan gigi taring masing-masing.
" Kyra ,tolong pegang mia .Aku nak habiskan si bangsat dua ekor tu ", ucap mike dalam sambil mengetap gigi nya.
" Abang tengok kan mia , biar kami yang selesaikan mereka .Tahu lah kami nak buat apa ", balas mia serentak mereka bertiga meluru laju ke arah dua lelaki tadi.
Mike mengendong mia sambil matanya tajam memerhati tiga saudaranya membunuh dua lelaki yang menyerang mia tadi.
Kepala mereka berdua di pisahkan dari badan dan jake menikam dada mereka dengan kayu yang amat tajam . Terbenam sahaja kayu itu di dada mereka , dengan sekelip mata mereka berdua berderai menjadi abu yang berterbangan ke udara.
Wajah mike mulai tenang . Mata mike beransur bertukar menjadi hijau semula.
Mereka berempat berlari laju membelah hutan untuk membawa mia pulang ke markas dan mengubatinya.Mereka perlu cepat sebelum bisa tusuk kan yang sedikit tadi menjadi racun di dalam badan mia.
Tidak !
Aku tak kan benarkan mia menjadi seperti aku.Aku mesti cepat pulang ke markas . Daddy dan mommy sahaja yang boleh bantu aku.
Mia yang merasakan dirinya selamat berada di sisi mike mula memejam kan mata.Terasa seperti sesuatu sedang menjalar dalam urat sarafnya.Sesuatu yang sangat kuat yang membuat dirinya semakin panas.Hilang segala kesakitan tadi di ganti kan dengan rasa panas yang mula menjalar ke segenap inci tubuhnya.
Mike melihat mia mula tidak selesa dengan keadaan itu makin melaju kan larian nya.
" Girl , pelase bertahan .Aku akan keluarkan bisa itu dari tubuh kau , please girl , buka mata dan lawan bisa tu ", rayu mike .
Mia yang mendengar suara mike terus membuka matanya lebar .
Dan bukan mata polos mia yang kelihatan tetapi....
Merah !....
Share this novel