Seminggu berlalu, kehilangan mike masih menjadi misteri. Seminggu itu juga mereka semua tidak dapat menghubungi mike.
Seisi keluarga wills amat risau akan kehilangan itu. Tidak pernah sama sekali mereka tidak dapat menghubungi mike. Mike juga tidak pernah pergi ke mana-mana semenjak mereka menetap di sini berpuluh tahun lamanya.
Andy wills mengarahkan army mereka mencari di mana keberadaan mike. Bimbang sesuatu yang buruk terjadi kepada anak nya itu. Selama ini mike yang banyak membantu nya dalam menyelesaikan kes-kes berprofil tinggi.
Jake, kyra dan colin paling banyak membantu mencari mike. Kyra terlalu risau dengan abang nya itu. Mustahil abang nya ke mana - mana tanpa memberitahu mereka terutama sekali mia. Abang tak akan meninggalkan mia sendiri di sini. Mustahil !.
Malam itu mereka sekeluarga berbincang di ruang tamu rumah mereka.
" Daddy, ada berita mengenai mike yang jake dapat dari perisik kita siang tadi", jake memulakan bicara.
" Mike ada di mana jake ? mommy risau dia di apa- apa kan. Mommy lebih risau keadaan mia yang begitu rindu dengan mike. Hari - hari mia call kyra menanyakan tentang mike, tapi kami tiada jawapan", ucap luna wills sendu.
" Mike tu salah seorang yang terhebat antara kita mommy. Daddy tak rasa dia boleh di kalahkan dengan mudah. Tapi entah la, hati daddy pun kurang enak ", jawab andy wills memujuk isterinya.
" Mommy, i think mia dah boleh melupakan mike !", ucap jake tiba-tiba.
" Why do you say like that, abang ?. Abang tahu sesuatu yang kami semua tidak tahu ?", soal kyra tak senang dengan ucapan abang nya. Bagaimana ingin menerangkan kepada mia jika benar-benar dia perlu melupakan mike ??.
" Mike ...dia dah lari bersama amanda ", ucap jake teragak-agak.
" WHATTTTT !!!!???? ", mereka yang berada di situ semua terkejut dengan apa yang perkataan oleh jake.
" Kali terakhir perisik kita ternampak kelibat mike adalah di pelabuhan manrocks seminggu yang lalu. Selepas dari hari itu lah mike hilang tanpa dapat di kesan. Dia berada bersama - sama amanda di pelabuhan itu ", ucap jake tenang.
" Mustahil mike akan pergi mengikuti amanda di saat dia sudah mendapatkan mia. Sudah lama dia mencintai mia sejak mia berpindah ke sini. Mike menunggu lama untuk mia membesar dan menjadi seperti sekarang ini. Mommy tak percaya, mustahil jake !. Mesti perisik kita salah melihat ", nafi luna wills sambil menggeleng kan kepala nya.
" Perisik kita sempat mengambil gambar mike dan amanda ketika berada di pelabuhan itu. Mustahil dia salah orang, mommy", nafi jake lagi sambil menunjuk handphone nya kepada mereka semua yang berada di situ. Gambar itu di kirim kan oleh perisik mereka beberapa hari lepas.
Terpampang gambar mike dan amanda di sana. Kelihatan amanda memeluk lengan mike erat. Mesra dan bahagia sekali.
Luna meneliti gambar yang di tunjuk kan oleh jake. Hatinya betul-betul tidak boleh menerima apa yang di lihatnya sekarang ini. Dia berasa kasihan memikirkan nasib mia. Gadis itu sudah di tandai, kenapa mike buat begini ???
Andy mencapai handphone di tangan isteri nya dan melihat gambar itu. Andy tak menyangka mike boleh memilih perempuan lepas laku ini berbanding mia. Tetapi bukan kah selama ini mike memang menggilai mia. Kenapa tiba-tiba mike memilih amanda pula ???. Andy merasakan sesuatu yang pelik, tetapi hanya di diam kan dahulu. Tunggu la dia siasat perkara ini.
Colin mengambil handphone di tangan daddy nya. Dia memejam mata sambil mula membuat imbasan. Tetapi hampa, hanya kegelapan yang menyelubungi imbasan nya. Itulah salah satu kelebihan yang colin ada yang orang lain tiada. Dah seminggu dia mencuba mengimbas di mana abang nya berada, tetapi tidak di ketemui. Imbasan nya seperti sudah di halangi oleh sesuatu. Sangat kuat halangan itu sehingga mampu mengelapkan imbasan dia, desis hati nya. Tetapi dia sangat yakin, abang nya mesti ada sebab tertentu kerana menghilangkan diri secara tiba-tiba.
" Colin , give me that phone ", pinta kyra.
Phone sudah bertukar tangan. Kyra merenung gambar yang berada di dalam phone itu sambil wajahnya berkerut - kerut.
" This is not mike ! ", ucap kyra tegas sambil memcampak phone di tangan nya ke meja.
" What do you mean by that kyra ? kau ragukan kebolehan penyiasat kita ? ", soal jake terkejut dengan reaksi adiknya.
" Come on my brother, tak kan abang percaya dengan sekeping gambar ni. Trust me ! this is not mike. I know my brother very well. And i can feel, abang mike masih berada di manrocks ni. Kyra sendiri akan siasat perkara ini tanpa bantuan sesiapa dan kyra akan buktikan yang kyra tak pernah silap ", penuh yakin kyra melontarkan pendapat nya. Dia tak percaya yang mike meninggal kan mia begitu sahaja. Dia teringat perbualan dia dengan mike tempoh hari. Mike betul-betul tergila-gilakan mia. Pada kyra amat mustahil abang nya memilih amanda di saat mia sudah menjadi milik mutlaknya. Mike sanggup menggadai kan nyawanya semata-mata untuk mia, tak kan mike pergi macam tu je. Abang nya yang terlalu dingin itu tak kan mempermainkan orang yang dia sangat sayang. Tidak mungkin, mustahil ! kyra bermonolog dalam hati.
" Betul tu, mommy pun tak percaya. Mesti ada sesuatu yang terjadi yang kita tak ketahui ", luna menyokong kata- kata anak gadisnya.
Jake juga mengangguk - angguk kan kepala tanda setuju dengan teori kyra. Ada betul juga cakap adik nya itu. Mungkin juga penyiasat mereka buat silap. Mungkin juga dia salah orang ??.
" Abang akan siasat juga perkara ini. Jika mendapat apa-apa bukti terbaru, abang akan maklum kan kemudian. Tetapi buat masa ini kita semua bertenang. Mike mungkin berada di mana - mana dan mungkin dalam keadaan yang selamat ", janji jake kepada kyra sambil meredakan hati ibu mereka
" Dan satu lagi daddy nak pesan kepada kamu semua, kita rahsiakan dulu perkara kehilangan mike ni dari pengetahuan mia buat sementara waktu. Kita perlu siasat perkara ini secara lebih mendalam lagi. Kita tidak boleh terburu - buru memberitahu mia. Daddy tak mahu mia bersedih dan susah hati ", ucap andy wills tegas.
" Tapi daddy ,dah seminggu mike menghilang, mia mesti risau dan susah hati sekarang ni. Dan lebih teruk lagi jika perkara ini betul-betul berlaku, maksud jake mike betul - betul bersama amanda sekarang ni. Apa yang kita nak cakap pada mia nanti. Macam mana nak terangkan yang kekasih hatinya lari bersama perempuan lain?? ", soal jake kepada daddy nya.
" Itu kita akan fikirkan kemudian jake. Apa yang penting sekarang ni kita masih belum tahu sejauh mana kesahihan dan kebenaran perkara ini. Kita tidak mahu mia kecewa dan menangis di sebabkan perkara yang belum tentu betul. Kita siasat dahulu dengan lebih mendalam ", tegas andy wills sekali lagi.
" Mommy setuju dengan apa yang daddy cakapkan itu. Kita kena memikirkan perasaan mia jika mereka berdua memang serius dalam hubungan mereka. Mommy tak mahu mia bersedih dengan kehilangan mike ini ", sokong luna panjang lebar
" Baiklah mommy, daddy. Jake akan merahsiakan perkara ini dari pengetahuan mia. Kita siasat dulu perkara ini. Kita akan fikirkan kemudian selepas kita mendapat jawapan misteri kehilangan mike ni ", ucap jake mengalah.
Jika benar perkara ini, kau mungkin boleh mencuba membuka hati kau untuk aku mia. Aku bersedia menjadi penganti mike sebagai pasangan hidup kau. Aku akan menyayangi kau seperti mana mike menyayangi kau. Aku juga boleh menjaga kau sepertimana mike menjaga keselamatan kau, desis hati jake sendiri.
Aku akan mencari jawapan tentang perkara ini secepat mungkin supaya cepat kami semua mendapat jawapan tentang kehilangan mike.
Aku berharap kau bersabar dan bertahan buat masa ni mia. Akan aku lakukan yang terbaik untuk kau. Akan ku jadi penawar jika kau terluka dengan kebenaran yang bakal tersingkap, desis hati nya lagi sambil bibirnya mengukir senyum manis ....
Share this novel