Bab 9

Vampire Series 4011

" Arghhhhhh...panas ....sakitttt ", suara mia bergema di seluruh ruangan rumah agam itu.

Mike membawa mia ke rumah agam yang terletak jauh di puncak gunung manrocks. Rumah agam itu terletak di luar kawasan markas mereka.

Pada mula nya mike ingin membawa mia ke markas tetapi ibu bapa mereka menyuruh membawa mia terus ke rumah agam milik mereka.

Mia menggosok gosok badan nya dengan kasar terutama di bahagian yang di gigit tadi.
     
     " Bisaaa ...arghhhh... sakittttttt ! ", jerit mia lagi dengan nafas yang terputus putus.

Mia semakin agresif , habis semua yang berada di atas katil di tendang nya.

Tangan mike terketar-ketar . Melihat keadaan mia , mike semakin di tekan dengan perasaan bersalah .

      " Mike , you have to do this ! ", sergah andy wills kepada mike yang masih terkaku di situ.

      " I can't !" , ucap mike sambil berundur beberapa langkah ke belakang.

      " Mark her mike .Kau tahu kita dah terlambat dan tak boleh nak keluarkan bisa tu . Bisa tu dah menjalar ke seluruh badan dia . Menandai dia adalah penawar yang terbaik untuk melawan bisa itu. Atau kau memang ingin dia bertukar menjadi seperti kita . Itu yang kau mahu mike ?", marah jake .

Jake tak sampai hati melihatkan keadaan mia . Mia seperti bertarung nyawa. Mata mia memandang tepat ke atas tidak bergerak .Nafas mia semakin pendek dan tersekat - sekat.

Semua mata tertumpu ke arah mike. Mike buntu , pilihan apa yang mike ada sekarang ini ???

Andy wills memeriksa pergelangan tangan mia mencari nadi gadis itu.

    " Son , kita tiada pilihan selain menandai dia . Kalau lambat , dia akan bertukar . Nadinya semakin menghilang . Darahnya juga sudah semakin tiada bau nya . You have to think fast ", pujuk luna wills lembut.

    " But i can't , i can't do that without her permission ".

Mike tidak mahu keputusan menandai gadis itu akan membuatkan gadis itu membenci diri nya selepas ini.

Mike tak mahu kehilangan gadis itu . Tidak !. Mike menggeleng kan kepala nya.

      " Jake ! mark her ", arah andy wills tiada pilihan lain kerana mike masih berkeras .

Jake terkejut bila nama nya yang di sebut oleh andy.Jake memandang mike dengan perasaan yang sukar di gambar kan. Mike juga membalas pandangan jake .Mereka berdua saling berpandangan.

      "  But dad , she's not mine ", akhirnya jake bersuara. Jake tak sanggup untuk lakukan itu kerana mia kepunyaan mike. Jika mia bukan sesiapa kepada mike , jake dengan senang hati mengikuti arahan daddy nya.

Mike menggenggam tangan nya seraya berkata.

      " Let me do this ", akhirnya mike mengalah.

Andy , Luna memberikan laluan kepada mike . Perlahan mike melangkah merapati mia.

Terketar - ketar tangan mike menyentuh telapak tangan mia .

Terasa akan sentuhan itu , mia memusingkan wajahnya memandang mike . Bergetar tangan jejaka itu bila mengenai telapak tangan nya .

     " Girl , maafkan aku , aku..."

     " Do it mike , mia rela ", potong mia sebelum mike sempat menghabiskan percakapan nya.Mia membalas gengaman tangan mike.

Mike terkejut dengan ucapan gadis di hadapannya tetapi sedikit sebanyak melegakan hati nya.

Mike mengangguk dan mula merapati mia . Mike melabuhkan punggung nya di birai katil bersebelahan dengan mia. Tangan nya masih erat mengengam tangan gadis itu.

Perlahan , mike mula mendekatkan wajah nya ke arah mia .

     "  Maaf kan aku girl ", ucap mike perlahan dan dalam. Serentak itu mata mereka bersatu.

Mia dapat melihat mata mike bertukar menjadi warna biru yang sangat cantik. Mike semakin mendekatkan wajah nya ke arah mia.

Perlahan , mike mensasarkan leher jinjang gadis itu.

Mia merasakan gerakan yang sangat perlahan di leher nya . Kedua tangan nya di pegang kemas oleh mike.

Mike mengucup lembut leher gadis itu lalu kemudian membenamkan taring nya tepat ke leher mia .

Mia yang merasa teramat sakit terus meronta-ronta  ingin melepaskan diri tetapi pegangan kemas mike menghalang pergerakan nya.

Tidak lama kemudian mia terasa sesuatu yang sejuk menjalar ke seluruh tubuhnya. Sejuk sehingga membuatkan dirinya berasa sangat selesa dan nyaman .Hilang segala kesakitan yang dirasai sebentar tadi.

Terasa genggaman tangan mia semakin mengendur ,mike melepaskan tangan gadis itu.

Pantas andy wills memeriksa pergelangan tangan mia . Semuanya sudah kembali normal.

Mike menarik perlahan taring nya dari leher mia. Mike memerhati kesan yang di tandai tadi perlahan-lahan menghilang .

Mata kasar manusia tidak boleh nampak kesan di leher mia , hanya kaum sejenis mereka sahaja yang akan nampak tanda itu dan tidak boleh menyentuh gadis itu sesuka hati. Mulai sekarang mia adalah hak milik mutlak mike.

Mia menatap wajah mike yang berada beberapa inci dari wajahnya. Mata mike sudah bertukar menjadi hijau semula.
Pandangan mereka bertaut lama.

     " Mike , kita biarkan mia rehat dahulu .Dia dah ok , kita akan hantar dia pulang ke rumah dengan selamat .Daddy akan call uncle jerry mengatakan mia bermalam di rumah kita beberapa hari. Dia mesti risau kalau mia tak pulang ke rumah malam ni " .

Hanya anggukan mike yang kelihatan tanda memahami apa yang di sampai kan oleh andy wills.

     " Mia berehat di sini dahulu beberap hari , uncle dan aunty sendiri yang akan menghantar mia pulang apabila mia dah sembuh sepenuhnya ", janji andy lagi.

     " Terima kasih uncle , aunty .Mia sangat menghargai pertolongan uncle dan aunty ", balas Mia kepada andy sambil melemparkan senyuman manis.

      " Baiklah , kami semua keluar dahulu , jika ada apa-apa yang mia mahu , mia minta sahaja ya , jangan malu - malu. Anggap rumah kami macam rumah mia sendiri ", ucap andy wills membalas senyuman mia dan terus mereka keluar dari bilik itu.Hanya Mike yang masih berada di sisi mia.

Mia memusatkan pandangan nya ke arah jejaka kacak yang berada dengan nya kini.

Kali ini mia dapat melihat dengan jelas wajah penyelamat nya. Mata mia meratah setiap inci wajah itu. Boleh di kategori kan sebagai lelaki idaman wanita. Mata yang dalam , tajam dan sangat dingin. Hidung mancung , jawline nya jelas kelihatan. Dagu berlekuk , setiap inci tangan sasa nya penuh dengan urat-urat seperti orang yang selalu melakukan kerja - kerja berat. Tinggi jangan cakap la , dada pula bidang , otot terbina cantik . Bukan kegilaan wanita ke tu??

Mia tersenyum sendiri.

Tetapi mike masih seperti tadi , diam tanpa berkata apa-apa. Mike seakan melarikan wajah nya dari di tatap oleh mia.

Mike tahu mata nakal mia meneroka setiap inci di wajah dan tubuhnya sedari tadi. Mike boleh mendengar segala yang di fikirkan oleh gadis itu.

Sepuluh minit berlalu , mereka berdua masih diam membisu melayan perasaan masing-masing.

Mia dah menjadi hak mutlak aku , macam mana aku nak terangkan pada mia yang dia adalah isteri ku.

Apakah mia akan menerima aku setelah dia tahu siapa sebenarnya aku. Aku makhluk yang ganas , buas , yang tidak berperikemanusiaan.

     " Mike ", namanya di seru sementara tangan mike di usap lembut .

Mike hanya merenung tangan nya yang di usap oleh mia.

      " Mike , terima kasih kerana sentiasa ada si saat mia memerlukan pertolongan. Mia tak tahu apa yang akan terjadi jika mike tidak tiba tepat pada waktunya ".

Mike masih diam membisu . Mike mengalihkan tangan nya dari terus terusan di usap mia.

Mike bukan tidak suka di sentuh oleh gadisnya , tetapi mike sendiri sedang berperang dengan dirinya . Berperang dengan keinginan nya sendiri .

" Kau rehat la , aku keluar dulu.Kalau nak apa-apa , kau panggil aku ", ucap mike tenang seraya bangun dari birai katil dan berjalan ke muka pintu.

" Tapiiii....", macam mana aku nak panggil , persoalan itu hanya bermain di minda nya.

" Macam mana nak panggil aku ? just used your mind and i will come to you . Sedar atau tidak , kau sudah boleh berhubung dengan cara begitu selepas aku menandai kau tadi ", jawab mike tenang terus melangkah keluar.

' Gunakan aku punya minda ? , minda bawah sedar ke minda separa sedar ke macam mana ? ', fikir mia sendiri.

' Girl , aku boleh dengar , kita boleh berbicara seperti ini . Kau boleh dengar aku kan ' , balas mike di sebelah sana sambil tersenyum. Dia tahu mia mesti terkejut .

Buntang mata mia bila dia boleh mendengar kan suara mike dengan jelas.

' Maksudnya apa yang aku fikirkan semua dia boleh tahu ? ', mia terlopong sendiri.

' Semua aku boleh tahu bukan dalam fikiran kau sahaja , tetapi dalam hati pun aku boleh baca sekarang ni ', ucap mike lagi semakin galak dia bermain dengan gadis nya. Senyum mike semakin meleret . Seronok rasanya bila gadisnya boleh berinteraksi dengan dia secara begitu . Tak perlu berada di depan mata , tapi boleh berbicara sesama sendiri.

Lagi besar mulut mia melopong . Sebelah tangan nya menutupi mulut nya yang terbuka luas.

' Maksudnya tadi semasa aku memerhati dia ...', arghhhh...mia menutup muka nya dengan kedua belah tangan.

' I know that , nakal juga kau ya ?', usik mike lagi sambil tergelak besar di seberang sana.

Dia sudah sampai di markas menyertai jake , kyra dan lain-lain.

Eeeeeeee...malunyaaaaa ...suara mia hanya bergema di dalam hati sambil tangan nya masih menutupi muka nya.

Mike di seberang sana semakin galak mentertawakan gadis itu.....

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience