Bab 17

Vampire Series 4011

Sudah seminggu mia cuba menghubungi mike melalui minda nya, tetapi hampa.

Mia cuba bertanya kepada kyra dengan menelefon telefon bimbitnya juga tiada jawapan yang memuaskan hati mia.

Kyra cuma memberi tahu mike berada di luar kawasan kerana urusan kecemasan.

Urusan apa?
Kenapa mike tidak memberi tahu mia apa - apa ?
Kenapa mike pergi begitu sahaja tanpa memaklumkan dahulu kepada dia.

Seminggu lepas semasa mike dapat di hubungi, mike akan datang berjumpa dengan nya selepas setengah jam. Tapi sehingga sekarang mike masih tak muncul-muncul. Mia risau memikirkan perkara itu.

Mia juga rindu kepada lelaki itu. Dah seminggu lelaki itu menghilang membuatkan diri mia tidak keruan. Rindu yang membuak - buak tak tahu kepada siapa perlu di adu kan.

      " Mikeeee, mana mike pergi. Mia rindu sangat-sangat. Mike janji nak datang jumpa mia, kenapa tak datang. Mia nak dengar suara mike, nak tatap wajah mike ", ucap mia sendu sendiri.

       " Siapa nak selamat kan mia kalau ada yang menganggu mia lagi. Mike janji mike selalu ada untuk mia. Tapi sekarang ni dah seminggu mike hilang tanpa khabar berita. Mia risau ", ucap nya lirih sekali.

Mia tidak dapat mengawal empangan matanya yang sudah mula memberat. Air mata nya mula menitis deras, sederas air sungai di hadapan nya.

Mia duduk di atas pangkin yang di bina oleh daddynya. Pangkin itu betul-betul menghadap ke arah sungai di hadapan rumah nya. Makin lama tangisan nya makin teresak - esak.

Rindu yang membuak membuatkan dirinya tidak kuat, membuat hatinya rawan.

Sepasang mata yang berlindung di sebalik pohon besar memandang diri nya dari jauh. Kasihan dengan gadis itu, serasa ingin memeluk gadis dan menenangkan nya.

Maaf kan aku mia, aku dah berusaha cari mike merata tempat tapi masih belum menjumpai petunjuk yang boleh membawa kepada apa-apa berkaitan mike. Aku harap kau bersabar buat masa ini. Tunggu aku membawa khabar gembira untuk kau mia, desis hatinya lelaki yang berselindung di sebalik pokok itu.

Mia bangun dari duduknya dan berpusing ingin berjalan masuk ke dalam rumah tetapi matanya menangkap sekujur tubuh di sebalik pohon besar yang berada berhampiran dengan rumahnya.

      " Jakeeee ! ", jerit mia kuat sekali.

Jake yang terkejut dengan panggilan gadis itu ingin berlalu pergi dari tempat itu secepat mungkin. Tetapi nama nya di panggil lagi oleh mia.

        " Jakeeee ! kenapa berdiri di sana. Marilah ke mari ", jerit mia lagi sambil melambai tangan nya ke arah jake. Dia menyeka air mata nya laju. Malu jika di lihat oleh jejaka itu.

Jake sudah tiada pilihan. Perlahan dia melangkah merapati mia.

Mia mengajak jake duduk di pangkin yang di tinggal kan tadi.

Jake mengikuti gadis itu dengan perasaan yang sukar di gambarkan. Agak canggung dia rasakan sekarang ini kerana selama ini dia tidak begitu rapat atau lebih tepat lagi tak pernah merapati dan berbual dengan gadis itu. Dia menggaru belakang kepala nya yang tidak gatal.

Mia melabuhkan punggungnya kembali di pangkin yang tersedia. Jake masih lagi berdiri di hadapan gadis itu. Berdiri salah, duduk lagi salah. Itu yang di rasakan sekarang ini.

       " Duduk la, kenapa berdiri je ", pelawa gadis itu lembut.

Jake masih lagi terkaku di situ.

       " Kenapa jake datang ke sini? Ada apa-apa berita tentang mike ? ", soal gadis itu ingin tahu. Perasaan rindu yang membuak-buak menyebabkan dia tak malu bertanya terus kepada jake.

Jake menggaru kepala nya yang tidak gatal. Terasa menyesal pula datang ke sini, desis hatinya.

Tetapi aura gadis di hadapannya ini sangat kuat hinggakan tak sedar kaki nya membawa dia ke sini. Ada apa pada kau sebenarnya mia ???

Jake melepaskan keluhannya perlahan. Dia memandang wajah gadis di hadapannya. Comel ! desis hatinya

      " Buat masa ni belum ada apa-apa perkhabaran tentang mike. Cumaaaaaa ", jake berjeda.

       " Cuma apa jake? ", soal mia laju memotong percakapan jake. Wajah mia penuh dengan pengharapan.

        " Cu...cu..cuma mia jangan terlalu meletakkan harapan yang tinggi kepada mike. Jake tah mahu mia kecewa bila mengetahui kebenaran nya nanti ", ucap jake kembali tenang.

Wajah gadis itu mula beriak mendung. Kolam matanya mula berkaca.

       " Kenapa jake cakap begitu. Ada apa-apa yang perlu mia tau? Jujur dengan mia jake ? ", tanya gadi itu lirih. Air jernih mula menuruni kolam mata nya.

Jake yang melihat mia begitu terasa ingin memeluk gadis di hadapannya itu dan menenangkan nya. Arghhh..kenapa aku selama ini aku tak sedar kau begitu istimewa. Kenapa selepas mike mendapatkan kau aku juga menginginkan kau. Perasaan ini sungguh kuat. Sukar untuk aku melawan nya. Mungkin ini lah yang mike rasa kan dahulu.

        " Jakeee ! ", mia menepuk lengan jake yang kelihatan sedang mengelamun.

Jake yang tersedar akan keterlanjuran nya terus membetulkan suara nya beberapa kali.

       " Aku tak nak kau kecewa, lebih baik lupa kan mike dan cari penganti. Aku tak rasa mike betul- betul serius dengan kau ", ucap jake apabila dirinya sudah semakin berpijak di bumi yang nyata.

       "  Mustahil !, mia tak percaya. Mustahilllll !!! ", gadis itu terjerit kecil sambil menggeleng kan kepala nya. Makin lebat air mata yang gugur di kelopak matanya.

Jake yang terkejut dengan jeritan kecil gadis itu kelihatan kaget. Tak menyangka mia akan hilang kawalan sebegitu.

        " Jake tipu !, mia tak percaya mike macam tu. Dua kali mike mengajak mia kahwin, dua kali jake !, tapi mia tak memberikan apa-apa jawapan. Mike betul - betul serius dengan mia. Mia boleh lihat itu dari matanya. Dia betul-betul ingin mengambil mia menjadi isterinya dan sekarang mia menyesal sangat - sangat sebab mia tak menjawab pertanyaan mike tempoh hari ", ucap mia laju selaju air matanya yang jatuh berderai ke bumi.

Jake yang melihat mia semakin hilang kawalan cuba merapati gadis itu. Jake ingin mencapai tangan gadis itu untuk menenangkan nya tetapi pantas di tepis oleh mia. Jake terkejut dengan reaksi yang di terimanya.

       " Jangan kau berani- berani nak sentuh aku. Kau tak layak untuk menyetuh aku. Aku kepunyaan mike, aku milik mike ! ", pekik mia semakin kuat. Mujur sahaja daddy nya tidak berada di rumah ketika itu. Jika tidak, daddy nya mesti kalut dengan apa yang terjadi sekarang ini.

Jake tidak pedulikan amran dari mia. Dia terus meluru ke arah gadis itu dan memeluk gadis itu erat sekali. Jake menelan liurnya kesat. Makin dekat dia dengan gadis itu makin kuat debaran di rasakan. Harum bau gadis ini. Kenapa aku ingin terlalu dekat dengan nya begini. Arghhh..aku buntu.

Semakin kemas pelukan jake di tubuh mia. Mia yang hilang kawalan mula terkaku. Terkaku, keliru, benci, geram semua bergabung menjadi satu.

Jake yang semakin hilang kewarasan dan kawalan dirinya mula mencium dahi mia lembut, seperti menenangkan seorang kekasih lagaknya.

Mia yang merasa akan kucupan hangat di dahinya mula tersedar. Laju tangan nya menolak jake lalu meloloskan diri dari pelukan lelaki itu.

Pangggggg !!!!!!
Satu tamparan hinggap di pipi lelaki itu.

     " Aku benci kau ! aku benciii kauuuuu ! ", jerit mia sambil berlari laju menuju ke rumahnya.

Jake yang menerima tamparan itu terus terkaku. Dia tidak menjangka mia akan bertindak sebegitu. Dia tahu dia bersalah tapi dia juga tak boleh melawan perasaan nya ketika ini.

     " Aku benciii kau ! aku benci kau jake !!!!. Mike, mia rindu mike. Balik la mike. Mia terlalu rindu, Mikeeeeeee, i need you !!!! "......

Kedengaran suaran gadis itu menjerit dari arah biliknya. Jake berasa sungguh menyesal. Menyesal dengan ape yang berlaku sebentar tadi.

Sungguh, dia kasihan mendengar suara gadis itu merintih sayu. Rintihan itu menghiris hati nya.

Akan aku ubati luka di hati kau mia, janji jake sambil berlalu pergi meninggalkan tempat itu...

Di suatu tempat yang tidak di ketahui oleh sesiapa, mike tersedar dari lena nya. Dia seakan-akan terdengar suara mia merintih menyeru - nyeru nama nya.

Arghhhh girl, aku terlalu rindu. Aku rindu dengan semua yang ada pada diri kau. Aku lemah bila berada jauh dengan kau girl. Aku tau kau lebih kuat dari aku. Girl, tunggu aku. Percayalah, aku setia dan jujur dengan kau. Aku terlalu sayangkan kau girl. Jaga diri kau baik - baik untuk ku. Mike melepaskan keluhan yang kesekian kalinya. Rindu yang bertandang menyesak kan dadanya.

Dia memandang bilik yang mengurung dirinya saat ini. Dia terputus dengan dunia luar. Terputus dengan semua insan yang dia sayang. Seminggu dia di kurung, di ikat. Dia tidak mampu untuk melepaskan diri kerana bilik itu di lapisi oleh lapisan perak sekeliling nya. Tiada tingkap , tiada ruang yang membolehkan dia lari keluar. Hanya sebuah pintu yang sangat tebal dan berat.

Dia buntu dan tidak tahu bagaimana cara untuk melepaskan diri dari situ. Minda nya juga terhalang dek lapisan perak yang menyelubungi bilik itu. Siapa yang akan menjumpai dia di sini. Dia terlalu berharap keluarganya akan mencari diri nya hingga berjumpa.

Baby girl, aku rinduuuuu kau....

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience