Bab 6

Vampire Series 4011

Mia menuruni anak tangga terus menuju ke dapur .Di dapur terlihat daddy sedang asyik menggoreng sesuatu.

Urmmmmmm..Sedappp baunya ucap mia dalam hati sambil memejam kan matanya.

    " Morning daddy , daddy masak apa tu ? sedapnya bauuuuu.Buat kan perut mia lapar", mia bertanya girang sambil panjang kepala nya menjenguk ke arah kuali yang di pegang oleh daddynya.

     "  Morning sweetie. Macam mana semalam ? tidur nyenyak ?", soal Jerry newton kepada anak gadisnya.Dia tahu semenjak tragedi yang menimpa mia tempoh hari , anak gadisnya agak sukar untuk melelapkan mata di waktu malam.Tidurnya sering terganggu.Dan sehingga ke hari ini mereka masih tidak mengetahui siapakah yang menghantar mia pulang ke rumah dengan selamat.

Mia melabuhkan punggung di kerusi yang berada di hadapan nya.

Tangan nya lincah memasuk kan kentang goreng yang masih panas ke dalam mulutnya.

Mia dapat merasakan orang yang menjadi penyelamat nya tempoh hari ada lelaki yang berada di hutan itu.
Tetapi mia belum dapat memastikan apakah tekaan dia benar atau salah.

      " Miaaaa...miaa , are you here ?", soal jerry newton sambil tangan nya menepuk nepuk lembut pipi mia.

Mia seakan tersedar dari lamunan nya terus menayangkan sengihan lebar.

      " Mia rasa mia dah jumpa penyelamat tu daddy. Tapi mia tak pasti betul atau salah".

      " Mia yakin dia orang yang mia cari ?", soal jerry newton.

       " Mia tak dapat pastikan buat masa sekarang ni , apa - apa mia akan maklum pada daddy ", janji mia.

        " Daddy nak jumpa sangat orang yang selamat kan satu - satunya anak daddy.Daddy nak ucap kan terima kasih.Nak membalas jasa dia ",ucap jerry menahan sebak.

Dia tak dapat membayangkan kalau dia kehilangan mia tempoh hari .Kehilangan isterinya dahulu memberikan tamparan hebat dan luka yang amat dalam untuk diri nya.Sampai ke hari ni luka itu sukar untuk di rawat.Jika dia kehilangan satu - satunya anak yang menjadi lambang cinta mereka , mungkin dia boleh jadi gila ataupun mati .Kerana mia adalah kekuatan dia untuk meneruskan kehidupannya sekarang ini.

  " Ok dad , i will ", Janji mia.

Jerry newton berjalan menghampiri mia sambil mengucup kepala anak nya.

" Daddy nak ke pekan membeli barang dapur. Lepas tu daddy terus ke gereja menghadiri perkahwinan Jessica anak kepada sherif Patrick , mia ikut daddy ya ? daddy nak kenal kan mia dengan anak sherif patrick , Jason ",ajak jerry newton dengan harapan mia setuju dengan ajak kan nya.

" Mia malas la daddy , mia nak rehat je di rumah.Next time ok ?",ucap mia sambil mengelipkan mata nya beberapa kali dengan harapan daddy pergi berseorangan.

" Please honey,daddy dah berjanji dengan sherif patrick nak bawa mia sekali ", pujuk jerry newton.

" Dengan syarat , mia tak nak menari .Mia ikut daddy je.Daddy jangan paksa mia menari dengan that boy , apa nama dia tadi ?? ,Jan..junn ...".

" Jason ! ", bidas jerry newton sambil memutarkan matanya ke atas.

" Ok , jason or whatever . Promise me , no dance tonight ".

" Ok , i promise you", jerry mengalah dengan puterinya.Yang penting mia ikut dia ke majlis itu.Yang lain - lain dia fikir kemudian . Jerry tersenyum sendiri.

Di satu sudut dewan besar di pekan Manrocks terlihat seorang gadis manis memakai dress hitam separas lutut. Dress bertali halus mengikut bentuk tubuh itu di padankan dengan taburan batu - batu kristal di dada menambahkan seri kepada si pemakai.

Mujur saja drees ni tak terlalu terdedah di bahadian dadanya.Kalau tak,jangan mimpi mia nak sarungkan ke tubuhnya.Ni semua daddy punya angkara!.

Para tetamu menari gembira bersama pasangan masing - masing sambil meraikan pasangan pengantin.Cantik sungguh si pengantin perempuan,manis ayu wajahnya.

Mia sudah mula merasa bosan , daddy dah lama menghilang di celah - celah keriuhan orang ramai.

" Hey beautiful girl , jom menari ", ajak jason sambil menghulurkan tangan nya kepada mia . Lama tangan itu terbiar sepi menunggu sambutan dari gadis itu.

Mia memandang kosong huluran tangan jason dan memandang wajah jejaka itu sekilas.Mia memusing kan kepala nya ke kiri dan ke kanan dengan harapan daddy nya muncul di saat ini.

" Mia ? shall we ?", aju jason lagi .Huluran tangan nya masih belum di sambut oleh gadis itu.

" Errr..urmm..Jas..jassonnn ,mia "....

Belum sempat gadis itu menghabiskan percakapan nya , datang seorang jejaka tinggi lampai berbadan sasa memaut pinggang nya dari belakang sambil menghadiahkan sebuah kucupan di pipi kanan gadis itu.

" I'm sorry for make you waiting me so long my girl ", ucap mike newton sambil menghadiahkan sebuah lagi kucupan di pipi kiri gadis itu.Tangan sasa nya masih erat memaut pinggang ramping mia.

Mia yang agak terkejut dengan kemunculan secara tiba - tiba dan kucupan dari jejaka itu membuatkan mia hilang kawalan dan hampir tumbang. Laju saja tangan mia memegang kedua lengan jejaka itu .

Dari pandangan mata kasar seakan mereka berdua adalah pasangan kekasih kerana tangan jejaka itu di pinggang mia dan kedua tangan mia pula di lengan jejaka itu.

Mia mendongak memandang wajah lelaki yang berada di hadapan nya.Tajam renungan jejaka itu seakan menembusi dinding hatinya.

Jason yang menyaksikan adegan itu mula terasa hangat di dadanya.Siapa kau yang berani mencantas laluan aku untuk memikat mia ! Marah nya di dalam hati.

" Excuse me !, do i know you ?", Soal Jason dengan angkuh.
" Majlis ini majlis tertutup , hanya orang tertentu sahaja yang di jemput.Kau datang atas undangan dari siapa ?", Soal jason lagi seakan tak berpuas hati.Matanya beralih ke tangan mia yang masih memaut erat lengan lelaki di hadapannya.Dan tangan lelaki itu juga masih utuh di pinggang mia.

Mia dan mike yang baru tersedar dari dunia mereka sendiri memandang serentak ke arah suara jason.

Mike melepaskan pegangan di pinggang mia apabila dia merasakan gadis itu sudah berdiri dengan stabil.

Mia juga melepaskan pautan tangan nya di lengan jejaka itu.
Mereka berdua berpusing memandang wajah bengang jason.

" Aku Micheal Wills , just call me mike.Aku anak kepada peguam Andy Wills ", Ucap mike dengan tenang sambil menghulur tangan nya ke arah jason.

Mia memandang huluran tangan mike yang tergantung sepi.Mia beralih memandang wajah jason.Wajah jason seakan tidak berpuas hati dengan kehadiran mike di situ.

" Kami satu family datang ke sini atas undangan dari sherif patrick ,mereka semua ada di sana ", ucap mike lagi sambil menunjuk kan meja besar yang menempatkan Andy Wills , Luna Wills , Jake Wills , Colin Wills dan Kyra Wills.Mike menarik semula tangan nya yang tidak di sambut tadi.

Mereka bertiga serentak memandang ke meja yang di nyatakan oleh mike tadi.Di meja itu juga terlihat Sherif patrick dan ayah mia , Jerry newton berada di meja yang sama.Mereka semua sedang bergembira bergelak ketawa beramai ramai.

Mia dan mike saling berpandangan.Laju mia menundukkan wajahnya.Tak kuat untuk beradu mata dengan lelaki itu.Panahan matanya sangat tajam membuatkan jantung mia berdegup kencang.

Makin membuak buak perasaan jason melihat kemesraan uncle jerry dan papanya dengan family wills.

Bertambah sakit hatinya melihat wajah merah gadis itu yang di tatap oleh mike.Gadis itu tertunduk malu.Mustahil mereka bercinta, nafi jason dalam hati.

" Come mia , kita pergi pada papa ", ucap jason sambil menarik tangan gadis itu.

" Girl , can we talk ?", soal mike pula.

Makin membara api di dalam hati jason.Jason merentap keras tangan mia supaya mengikuti nya.

Mia yang terkejut dengan rentapan keras dari jason dan terdorong beberapa langkah ke hadapan.

" Jason , i need to talk with mike , please ", pinta mia.

Jason menarik tangan mia laju tidak menghiraukan permintaan gadis itu.

Dengan langkah yang besar , mike membuntuti gadisnya dan terus merangkul pinggang gadis itu.

Mike merentap tangan jason keras.Terlepas pegangan jason dari tangan gadis itu akibat rentapan mike. Mike memandang tangan gadis nya sekilas . Merah !.

Wajah mike yang tenang terus bertukar menjadi wajah yang bengis dan menakutkan.Matanya yang tajam menikam ke wajah jason dan giginya yang di ketap kuat menandakan dirinya berada dalam keadaan yang sangat marah.

Mia yang melihat ke wajah bengis jejaka itu.
Tak salah lagi , mike la yang menyelamat kan mia di hutan tempoh hari.Memikir kan hal itu , mia tahu akan kekuatan mike.Mia tak boleh membiarkan majlis ini rosak gara-gara dirinya.

Lalu mia menahan dada bidang lelaki itu dengan kedua tangan nya.

Mike yang belum sempat mengorak langkah ke arah jason , merasa kan ada tangan yang menahan dadanya kuat.

Laju mike menunduk kan wajahnya memandang gadis yang berada di hadapan nya . Kedua tangan gadis itu melekap di dada nya.

Mia mendongak memandang wajah mike.Pandangan mereka bertaut. Wajah polos gadis itu membuatkan mike beransur tenang.

Mike melarikan tangan nya di pipi kanan mia.Mengusap lembut pipi itu.

Kenapa aku tak boleh kawal perasaan aku bila bersama kau girl ? . Aku berusaha untuk menjauhkan diri , tapi aku tak boleh. Aku tak kuat. Aku langgar janji yang aku buat sewaktu menghantar kau pulang ke rumah dengan selamat tempoh hari.

Mia yang merasakan belaian lembut itu membuatkan dadanya bergetar hebat.Kenapa aku suka dengan sentuhan mike? Kenapa aku merasa selamat bila berada di sisinya ?.Mike , siapa kau sebenarnya ? .
Semua persoalan nya hanya berlegar di dalam hati.

Mike memegang kedua tangan mia yang masih mendarat di dadanya.

Perlahan mike menarik tangan gadis itu ke bibirnya dan mengucup lembut kedua tangan gadisnya.

Mia yang seakan terpukau dengan perlakuan mike hanya membiarkan sahaja.Debaran di dada semakin menggila.Debaran itu membuatkan muka mia terasa bahang.Merah sudah semestinya.

" Girl , sampai kita berjumpa lagi.Aku pulang dulu ", ucap mike lembut dan perlahan.

" Mike , i need to talk with you please ", rayu mia tak rela mereka berpisah dalam keadaan tanpa dia mengetahui kebenaran.Mia mengengam kembali genggaman tangan mike.

" I will come to you when i'm ready to talk with you " , perlahan mike menarik tangan gadis itu membawanya ke meja yang menempatkan keluarga wills dan Jerry newton.

Mia dengan berat hati mengikuti langkah mike hingga ke meja di mana daddy nya berada.

Jerry newton menyedari kehadiran mia selepas mia melabuhkan punggung di kerusi kosong yang berada di sebelahnya.

Mia memandang mike yang melangkah laju keluar dari dewan besar tersebut.Terasa hatinya di bawa pergi sekali bersama mike.

Jason yang memandang semua adegan itu di depan mata nya berasa sangat marah dan sangat tercabar .Kau tunggu hari pembalasan kau !. Aku tak kan lepaskan mia ke tangan kau.Mia hak mutlak aku !.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience