Seawal jam 7 pagi mia sudah terjaga dari tidur nya. Kebiasaannya mia sangat susah untuk melelapkan mata tetapi malam tadi tidurnya sangat lena.
Mia mengeliat kecil ke kiri dan ke kanan. Matanya memerhati bilik yang di huni nya sejak dari semalam.
Seluruh rumah agam ini berwarna kuning cair , dan di hujung ke dua-dua rumah agam ni mempunyai balkoni yang sangat besar . Mia di tempat kan di salah satu bilik hujung yang mempunyai balkoni.
Kaki mia melangkah turun dari katil menuju ke bilik mandi. Dia perlu membersihkan dirinya dahulu sebelum turun ke bawah.
Sejak mike menandai nya semalam , kesakitan yang mia alamai semakin berkurangan. Bengkak dan lebam yang ada semakin menghilang. Perutnya yang di tumbuk oleh lelaki semalam pun sudah tidak terasa sakit lagi hari ini.
Terbuntang luas biji mata mia saat kakinya melangkah masuk ke bilik mandi. Besarnyaaa bilik mandi ni. Lebih besar dari bilik utama di rumah nya.
Ada bathtub besar yang boleh memuatkan dua orang di situ. Ada juga almari kaca yang sangat cantik ukiran kayu nya. Dalam almari kaca tersebut banyak tergantung bathrobe yang berwarna - warni. Mungkin bilik yang mia huni ini di khas kan untuk para tetamu.
Pancuran air nya juga sangat besar dan unik. Di situ juga terdapat cermin yang sangat besar serta sebuah sink yang di perbuat dari batu marmar yang di import dan sudah semestinya sangat mahal mia rasa. Besar ! itu yang mampu di ungkap kan.
Ada berus gigi , sabun dan bermacam-macam lagi yang tersedia di situ. Semuanya masih baru.
Setengah jam berlalu, mia selesai membersihkan diri nya , mia membuka almari kaca yang menempatkan bathrobe berwarna - warni tadi. Mia memilih bathrobe bewarna pink di taburi corak motif buah strawberi.
Terus di sarungkan ke tubuhnya, comel sekali bila gadis putih gebu itu menyarungkan bathrobe singkat separas peha berwarna pink. Mia memusing kan tubuhnya ke kiri dan ke kanan melihat figuranya sendiri di dalam cermin yang tersedia di bilik mandi.
Puas dengan penampilan nya , mia menapak keluar dari bilik mandi. Rambutnya yang basah di balut dengan tuala kecil berwarna pink dan di sanggul tinggi menyerlahkan leher jinjang nya yang putih gebu.
Mia terus berjalan ke arah pintu kaca yang gelap. Dia terus membuka pintu sliding dan angin dingin terus menyapa segenap tubuhnya.
Sejuk nyaman itulah yang mia rasakan sekarang. Kaki mia melangkah keluar melalui pintu kaca itu untuk ke balkoni.
Semakin kuat angin dingin yang menyapa dirinya. Dari balkoni, mia dapat melihat pemandangan yang sangat cantik. Rumah agam itu di kelilingi oleh pokok-pokok yang hidup subur dan rendang. Kawasan rumah agam ini sangat besar , luas dan sangat kemas.
Mia juga dapat melihat anak sungai , bukit - bukit yang terbentang indah melalui balkoni itu. Dari sini juga mia dapat melihat pokok maple merah yang hidup subur . Banyak sekali. Mia tak boleh nak gambar kan dengan kata-kata kerana mia belum pernah lagi melihat kecantikan alam semulajadi seperti ini. Seperti semua yang berada di depan nya sangat terjaga rapi.
Mia terus - terusan menghirup udara segar dari gunung manrocks ini. Mata mia di tutup seketika untuk mia betul - betul merasainya udara segar itu masuk melalui rongga hidung nya terus ke paru-paru.
Mia membuka matanya perlahan - lahan .
Dan benda pertama yang terlihat oleh bebola matanya adalah mike. Mike juga memerhatikan gadis nya sedari tadi. Sudah lama dia berdiri di antara pokok-pokok besar yang berada di rumah agam itu , tetapi mia tidak perasan kan nya kerana begitu asyik dengan pemandangan yang terbentang luas di depan mata.
Mata mia terus terbuka luas apabila melihat mike juga sedang memandangnya dari bawah pokok yang berdekatan dengan balkoni tempat mia berdiri. Mia merasakan wajahnya mula merona merah dan jantungnya mula mengepam sepuluh kali lebih laju dari biasa.
Mia masih terkaku di situ. Pandangan mereka bertaut lama sekali.
Mike juga tidak berniat untuk mengalihkan pandangan nya dari wajah gadis itu. Wajah itulah yang buat dia gila sekarang ni. Gila untuk melawan kehendak diri nya sendiri. Gila kerana melanggar aturan yang sudah di tetap kan.
' Girl , kau sesuai dengan bathrobe pink tu , dah lama aku tunggu kau untuk sarung bathrobe tu. Kau suka warna pink kan ? dah bertahun aku beli dan letak dalam almari kaca di bilik mandi ', suara mike berlegar di minda nya.
Makin merona merah wajah mia apabila teringatkan dia masih menyarung bathrobe pink tadi. Mata mereka masih tak lepas di antara satu sama lain.
Melihatkan mia yang masih tak membalas kata-kata nya , mike menyambung lagi.
' Girl , mereka dah lama tunggu kau di bawah untuk sarapan, kau pergi sarapan dulu , aku tahu kau lapar ', berlegar lagi suara mike di minda nya.
' Mike , mia nak bercakap dengan mike. Tapi bukan bercakap macam ni. Mia nak bercakap di hadapan mike. Ada benda yang perlu mia tau dan inginkan penjelasan dari mike , please ', suara lembut gadis itu berlegar di minda mike pula.
' Kau turun makan dulu , nanti aku fikirkan ', ucap mike terus berjalan pantas masuk ke dalam rumah agam.
Mia melepaskan satu keluhan berat. Dia inginkan penjelasan tentang semua yang terjadi , tapi mike seakan akan mengelak dan tidak mahu berhadapan dengan mia.
Mia melepaskan bathrobe yang berada di tubuhnya dan terus menyarung kan pakaian yang sudah tersedia di bilik nya. Sehelai t shirt berlengan pendek berwarna pink dan seluar jeans berwarna hitam.
Pink! Mesti mike yang beli. Pandai pula dia beli baju ngam dengan ukuran badan aku , gumam mia perlahan.
Mia berjalan menuju ke tangga untuk turun ke ruangan makan. Nasib mia baik dia terserempak dengan colin sewaktu ingin turun ke bawah.
" Abang suruh kak mia turun makan ye ? ", sapa colin ramah.
" Iya , tapi akak tak tau nak pergi ke arah mana ", balas mia sambil senyuman tak lekang di wajah.
" Colin pun nak sarapan , jom kita pergi bersama", ajak colin ramah sambil menarik tangan mia.
Sarapan yang colin maksud kan bukan sarapan yang sebenar bagi mereka. Mereka boleh memakan makanan yang biasa di makan oleh manusia tetapi makanan itu tidak memberikan tenaga kepada mereka.
Makanan yang memberikan tenaga untuk mereka adalah darah.Tetapi mereka telah di ajar minum darah haiwan sejak kecil , jadi mereka memang boleh bertahan duduk di kelompok manusia tanpa menginginkan darah mereka.
Colin setia memimpin tangan mia hingga ke meja makan. Ruangan makan yang sangat luas dan besar menempatkan meja yang sangat besar , tiga puluh orang boleh duduk di meja itu untuk sekali hidangan.
Sekeliling meja itu juga di hiasi lampu chandelier yang bergantungan indah menambahkan lagi kecantikan tempat makan itu.
Mia sangat kagum dengan kecantikan yang ada di depan matanya. Tak sangka yang keluarga wills tersangat kaya tetapi mereka juga tidak sombong.
Mia melabuhkan punggung nya di kerusi yang di tarik oleh colin sambil mengucapkan terima kasih dan melemparkan senyuman manis kepadanya.
Semua sudah berada di situ kecuali mike. Mana dia??
" Morningg my sister in law, nyenyak tidur dalam bilik abang malam tadi ?", soal kyra ramah sambil mengenyit mata ke arah mia. Tersengih - sengih dia memandang wajah mia yang sudah berona merah. Dasar kuat mengusik!.
" Kau memang suka cari pasal!", ucap mike yang tiba-tiba muncul di belakang kyra dan menyiku kepala adiknya sambil berjalan terus ke arah mia.
Mike menarik kerusi kosong yang berada di sebelah gadis itu dan terus duduk tanpa menghirau kan mata lain yang memandang nya.
" Abang ni kan , kyra bergurau pun tak boleh ", ucap kyra lagi sambil buat - buat muncung.
" Sudah - sudah . Mari makan mia , jangan layan mereka berdua ni. Mia macam mana pagi ni , berkurangan sakitnya ? ", soal Luna wills lembut kepada mia. Dia tahu mia mesti dah pulih sepenuhnya di sebab kan penawar dari mike semalam.
" Sudah aunty , mia dah rasa pulih sepenuhnya. Sakit semalam semua sudah hilang ", jawab mia lembut. Wajahnya tak lekang dari senyuman manis.
Jake yang duduk bertentangan dengan mia memandang tanpa berkelip. Patut pun adik dia gila bayang dengan mia . Aku pun macam nak gila bila duduk berdepan dengan dia ni, bisik hati jake perlahan.
" Mia duduk la sini beberapa hari lagi ye . Jarang rumah aunty menerima tetamu ", ucap luna wills berharap. Comel betul . Tak puas mata dia memandang. Macam manalah mike bertahan bila di sisi gadis ni. Kuat betul aura dan tarikan nya , desis hati luna.
" Betul cakap aunty tu mia , duduk la lama sikit kat sini , mia cuti semester kan ", sokong andy wills dengan cadangan isterinya.
Mia memandang ke arah mike yang berada di sebelahnya. Jika lelaki ini bersuara , dia sanggup untuk tinggal lebih lama. Tapi lelaki di sebelahnya hanya diam membisu menikmati spaghetti bolognese nya.
' Girl , kalau kau setuju dengan cadangan mommy dan daddy , aku pun setuju kau tinggal beberapa hari lagi di sini. Kau boleh gunakan bilik aku tu untuk beberapa hari lagi ', suara mike bergema di minda nya.
Mia tersenyum memandang lelaki di sebelahnya. Dasar lelaki dingin !. Malu la tu nak cakap terang - terangan .
" Baiklah aunty , uncle. Mia setuju. Tapi mia nak kena call daddy dulu untuk maklum kan kepada daddy yang mia bermalam di rumah uncle beberapa hari lagi. Mia takut daddy risau ", ucap mia lembut sambil tersenyum. Tangan nya menyuap lembut spaghetti ke dalam mulut nya. Sedap !.
Andy dan luna mengangguk serentak sambil menikmati hidangan yang berada di depan mata. Mereka yang berada di situ rancak berbual kecuali mike yang lebih banyak mendiamkan diri.
' Thank you girl , i appreciate that ! ', bergema suara mike di dalam minda nya.
Senyum mia mekar seperti mekar nya rasa yang mula menjalar di dalam hati nya ketika ini.....
Share this novel