Bab 4

Vampire Series 4011

Amanda Anderson bergolek malas di atas ranjang.
Selimut yang menutupi separuh badan nya di lempar ke bawah.

Senyuman terukir manis melihat tangan sasa melingkari pinggang nya.

Perlahan dia mengalihkan tangan tersebut.
Tangan yang memberi kan nikmat kepada nya malam tadi.

Dia melangkah longlai ke bilik air untuk membersihkan dirinya.

Dia perlu bersiap untuk ke markas berjumpa buah hati nya di sana.Dia bernyanyi kecil.Setelah selesai , dia membaluti badan nya dengan sehelai tuala kecil , cukup untuk menutupi dada dan sedikit peha nya.

Dia menatap wajahnya di cermin yang berada di bilik air . Senyuman puas tergambar di wajahnya. Ini Amanda la , tak pernah lelaki menolak segala permintaan nya. Gunakan aset yang dia ada , lelaki hidung belang pasti akan cair dalam pelukan nya.

Dia melangkah keluar .Katil yang di tinggal kan tadi sudah kosong. Mana lelaki tadi ?.

Belum sempat amanda mencari di mana kelibat lelaki itu , tangan sasa lelaki itu mula memeluk erat pinggang nya sambil mula mencium leher jinjang wanita itu dari belakang.

Amanda mengeliat kegelian sambil tersenyum nipis.Arghhhh..lelaki ini menaikan kembali kegairahan nya. Lelaki yang baru di kenali nya malam tadi.

Dia berpusing sambil merangkul leher lelaki tersebut. Tuala yang di pakai tadi di rentap kemas oleh lelaki itu. Mulut lelaki itu mula menjelajah ke semua inci tubuh amanda.

Arghhhh..
Akhirnya mereka hanyut dalam syurga yang di ciptakan oleh mereka sendiri .......

Mike berlari pantas apabila menerima panggilan di markas.Kod merah adalah kod kecemasan.

Bukan panggilan telefon seperti biasa tetapi lebih kepada berbicara menggunakan minda mereka . Kaum mereka boleh berhubung antara satu sama lain melalui minda tersebut.Dan setiap seorang di kalangan mereka mempunyai kelebihan tersendiri.

    " Ada apa jake ? ".
    " Dad ,ada vampire lain selain kita yang mula menyerang manusia di luar sana ". ucap jake dalam nada yang serius kepada ayahnya Andy wills.

    " Mustahil jake , aku selalu ke turun ke pekan , hutan dan setiap pelusuk manrocks , aku tak jumpa apa - apa tanda yang mencurigakan ". Mike mencelah.

    "  Berapa ramai manusia yang dah terkorban ? " , soal andy wills tenang.

    " Lima orang setakat ini dan mungkin bakal ada mangsa seterusnya ".

Andy wills diam sambil memikirkan kemungkinan yang di sebutkan oleh jake tadi.

    " What 's wrong honey ? " , Mereka bertiga serentak menoleh ke arah Luna wills , isteri kepada andy wills iaitu ibu mereka.

    " Mom , we hava a big problem here ", jake memecah kesunyian.

    " Kau yakin itu kerja vampire macam kita ? ". Agak mustahil untuk ada penempatan kaum lain di sini jika sudah ada kaum lain yang lebih dahulu menaluki sesuatu tempat itu fikir mike.

    " Positif !. Tanda - tanda yang ada pada mangsa sama macam yang kita pernah lihat satu masa dahulu.Tubuh kering kerana kehilangan banyak darah , kesan gigitan di leher mangsa pun sama .Aku dah check mayat mangsa sebelum orang lain jumpa ", ucap jake penuh yakin.

    " Honey ,kita tak boleh biarkan perkara ni. Nanti kaum kita pula yang akan di landa masalah. Kita tak boleh biarkan kewujudan puak kita terdedah ", ucap luna setelah lama mendiam kan diri.

    "  Hubungi semua army kita dan minta mereka mengetat kan kawalan di semua tempat , di pekan , di hutan dan di semua pelusuk New Manrocks. Minta army kita berhati-hati supaya penyamaran mereka tidak di ketahui oleh manusia dan daddy mahu kamu berdua memantau kesemua mereka dengan lebih kerap.Daddy mahu orang yang bertanggungjawab ini di tangkap dan di musnah man segera "! , Ucap andy wills tegas sambil berpusing dan melangkah keluar dari bilik markas mereka. Luna memandang wajah mereka berdua dan terus keluar membuntuti suaminya.

    " Mike , dan kau perlu tahu sesuatu ".
    " Apa dia jake ?", soal mike sambil memaku kan pandangan ke wajah jake.

     " Salah seorang yang menjadi korban , lokasinya adalah di hutan manrocks. Tempat yang menjadi laluan that girl ! ".

     " Mike , aku risau gadis itu dalam bahaya.Kau tau kan gadis tu sangattt manis . Even aku sendiri tak boleh tahan bau manis nya darah dia , tapi kau boleh begitu dekat dengan dia tanpa mencederakan dia. Dan aku tak rasa vampire lain di luar sana boleh bertahan seperti kau kerana mereka memang memburu darah manusia. Mereka bukan seperti kita ". Sambung jake .

     " I need you , colin , kyra to help me.Tolong aku sama - sama menjaga keselamatan that girl " , ucap mike tegas.

     " Sure bro , were siblings right ? . Jika seseorang itu penting bagi kau , ia juga penting bagi kami . Kami tak kan biarkan family kami cedera . Aku akan maklum kan hal ni pada colin dan kyra", Janji jake .

     " Thank you my brother , aku tau kau seorang abang yang sangat memahami . Aku pergi dulu , malam ni aku berkawal di rumah that girl.Jika ada apa - apa yang mencuriga kan , i will call you ".

     " Ok mike , watch your back ! , hati - hati ",ucap jake sambil menepuk lembut bahu adiknya.

Mike mengangguk kan kepala dan dengan pantas meninggalkan markas mereka.

Mike berlari laju meredah hutan belantara di malam yang begitu pekat. Tapi itu tak menghalang mike kerana mata mereka boleh melihat dalam keadaan yang gelap gelita.

Kurang seminit mike sudah berada betul-betul di hadapan rumah mia.Mike berselindung di sebalik pohon besar yang berada di situ.

Mike melihat lampu bilik tingkat atas rumah itu masih menyala menanda kan penghuni di bilik itu masih belum tidur.

Sepantas kilat mike memanjat pokok yang bertentangan dengan bilik gadis itu.Mike berlindung di dahan pokok yang besar supaya mia tidak menyedari akan keberadaan nya di situ.

Dengan jelas mike dapat melihat gadis itu.Comel sekali dengan gaun tidur singkat berwarna pink dan di tocang rambutnya seperti ekor kuda.Mike tersenyum memerhati kan gelagat gadisnya.

Gadis itu berpusing pusing di hadapan cermin biliknya sambil kedua tangan nya memegang bucu gaun tidur nya.Macam kanak-kanak yang dapat baju baru lagaknya.

Dan gadis itu merenung di dalam cermin.Sambil tangan nya memegang bahagian lehernya.Sebuah senyuman terlukis di bibir gadis itu.

Mike memerhati setiap gelagat gadis itu dengan senyuman terukir di bibir.
    " Are you miss me my girl?".. gumam mike perlahan .
     " I miss you too ", sambung nya lagi sambil tersenyum nakal.

Tak lama kemudian bilik gadis itu mulai gelap.
Sweet dreams my girl ucap mike lebih kepada diri sendiri.
I'm here for you.Akan aku pastikan kau selamat....

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience