BAB 13

Romance Completed 20093

" Morning " Seri Haira tersenyum lebar seperti tiada apa yang berlaku.

Tan Sri Ilham terkejut melihat anaknya itu. Seri Haira masih lagi berpakaian baju tidur. Rambutnya yang panjang juga sengaja dibiarkan kusut. Merah wajah Tan Sri Ilham. Sudahlah Firdaus ada sekali di sebelahnya ketika ini. Lelaki itu juga kelihatan terkejut melihat Seri Haira.

Tan Sri Ilham bangun daripada duduknya. Dia terus melangkah ke arah Seri Haira. Lengan anaknya itu ditarik.

" Kenapa ni papa? " soal Seri Haira.

" Seri boleh tanya papa kenapa? Seri tahu tak sekarang ni dah pukul berapa? Dah tengahari tau. Seri masih lagi tak mandi, lepas tu boleh turun bawah dengan selamba jer. Seri nampak kan tadi tu ada Firdaus. Malu lah sikit dekat dia. Dengan rambut Seri yang berserabai ni. Dah macam hantu kak Limah papa tengok " .

Seri Haira membuat muka tidak puas hati.

" Papa, dia tu kan bodyguard jer. Buat apa Seri nak pakai cantik-cantik depan dia? Bukannya dia tu tetamu terhormat papa pun sampai Seri nak kena jaga penampilan Seri " bantahnya.

" Tapi dia tetap tetamu papa. Apa pandangan dia nanti bila tengok Seri macam ni. Seri ni anak dara tau. Cuba lah jaga imej papa sikit. Rosak imej papa. Walaupun dia tu bakal jadi bodyguard Seri, dia tetap tetamu papa. Seri kena lah jaga air muka papa. Bukannya malukan papa " .

Seri Haira menarik muncung sedepa.

" Tengok tu, bila papa marah sikit buat muka. Dah pergi naik atas, mandi. Lepas tu baru turun semula. Jangan malukan papa lagi " arah Tan Sri Ilham.

Seri Haira terus berlalu pergi. Mulutnya terkumat-kamit membebel. Tan Sri Ilham hanya mampu menggelengkan kepalanya. Dia tahu Seri Haira sedang memberontak dengannya gara-gara tidak mahu ada bodyguard. Tapi ini semua untuk kebaikannya juga.

" Maaf ya Firdaus " ujar Tan Sri Ilham pada Firdaus.

" Eh takpa uncle. Biasalah tu kan. By the way yang tadi tu ke Seri Haira? " .

" Ha'ah. Uncle dah tak ada anak lain. Seri jer lah satu-satunya anak yang uncle ada. Sebab tu uncle takut sangat kalau apa-apa terjadi pada Seri " .

Firdaus menganggukkan kepalanya.

" Saya faham uncle " .

" Uncle harap sangat Firdaus boleh jaga Seri baik-baik " wajah Tan Sri Ilham benar-benar mengharapkan Firdaus.

" Insya Allah uncle. Saya akan cuba " .

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience