BAB 4

Romance Completed 20093

Tan Sri Ilham mengangguk faham.

" Siapa nama kamu ? " soal Tan Sri Ilham.

" Nama saya Firdaus " .

" Oh Firdaus. Ni uncle bagi balasan sebab kamu tolong uncle tadi " dia mengeluarkan beberapa keping not 50 ringgit daripada poket seluarnya lalu dihulurkan pada Firdaus.

" Eh takpa uncle. Saya tolong ikhlas. Tak minta apa-apa balasan pun " tolak Firdaus.

Memang dia benar-benar ikhlas membantu tanpa mengharapkan sebarang balasan sekalipun. Walaupun hakikatnya sekarang ni dia memang betul-betul perlukan duit untuk membayar rumah sewa. Bulan lepas dia kehilangan kerja gara-gara syarikat yang kerja itu sudah bankrap. Sampai sekarang dia masih belum jumpa perkerjaan yang baru. Puas sudah dia mencari namun satu pun tiada.

" Ambil lah, uncle ikhlas " tawar Tan Sri Ilham lagi.

" Takpa uncle. Saya memang betul-betul ikhlas tolong uncle. Lagipun dah jadi tanggungjawab saya untuk tolong uncle " .

" Kalau macam tu, uncle bagi kamu kad uncle. Kalau ada apa-apa boleh contact dengan uncle ya. Insya Allah kalau uncle boleh bantu, uncle akan bantu " sekeping kad dihulur pada Firdaus.

Firdaus terus menyambut huluran itu.

" Okay uncle. Saya minta diri dulu ya. Hati-hati " pesan Firdaus sebelum berlalu.

Sempat dia berjabat tangan dengan Tan Sri Ilham.

Tan Sri Ilham menarik nafas lega. Dia bersyukur ada yang sudi membantunya ketika dia memerlukan. Sebenarnya dia tidak kisah pun tentang duit yang penting adalah nyawanya.

Mak Mun tersenyum lebar melihat Seri Haira yang begitu berselera sekali ketika menikmati hidangan ketam masak lemak cili api. Daripada dulu lagi Seri Haira memang gemarkan lauk itu. Mak Mun sangkakan apabila Seri Haira sudah tinggal 4 tahun di Australia seleranya sudah berubah. Tetapi tidak. Seleranya masih sama.

" Tambah lah lagi " ujar Mak Mun.

" Boleh gemuk Seri kalau macam ni Mak Mun. Masuk ni dah 3 kali tau Seri tambah " jawabnya.

Mak Mun ketawa kecil.

" Mak Mun kenapa tak makan? Makan lah sekali " ajak Seri Haira.

" Takpalah. Mak Mun belum lapar lagi. Mak Mun tengok Seri makan pun dah buat Mak Mun kenyang " .

Mak Mun lebih seronok melihat anak majikannya itu berselera makan.

" Eh macam tu pulak. Pelik-pelik lah Mak Mun ni " .

" Macam mana kat sana? Seronok tak? " soal Mak Mun mengubah topik.

Lagipun dia belum sempat berborak panjang lagi dengan Seri Haira. Tapi tidak mengapa kerana selepas ini gadis itu akan terus menetap di rumah. Masih banyak lagi masa untuk dia berborak panjang.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience