BAB 8

Romance Completed 20093

Di tangan Seri Haira penuh dengan beg kertas yang berisi beberapa jenis barang yang sempat dia beli. Cadangnya mahu cuci mata sahaja, tetapi terbeli pula tanpa sedar.

Penat membeli belah, dia mencari restoran yang ada untuk menghilangkan rasa dahaga dan mengisi perutnya yang sudah bergendang.

Mata Seri Haira meliar memerhatikan restoran-restoran yang ada. Setakat ini masih belum ada yang menarik perhatiannya. Dia memang agak cerewet sikit soal makan.

Tiba-tiba Seri Haira merasakan ada susuk tubuh yang merempuhnya sehingga dia terjatuh. Habis bertaburan beg kertas yang berada di tangannya.

" Woii! Buta ke?! " marah Seri Haira.

" Sorry sorry. Saya tak sengaja. Cik okay tak? " soal lelaki itu.

Dia membantu mengutip beg-beg kertas milik Seri Haira yang sudah bertaburan di lantai.

" Awal boleh tanya saya okay ke tak? Hey mata awak letak kat mana ea? Lutut? " Seri Haira terus berdiri.

Sakit punggungnya kerana terjatuh tadi akibat rempuhan lelaki di hadapannya ini. Matanya tajam memandang lelaki itu. Huluran beg kertas daripada lelaki itu disambut kasar.

" Kan saya dah minta maaf. Saya tak sengaja. Awak ingat saya ni bosan sangat ke sampai sengaja buat kerja gila nak langgar awak sampai terjatuh? " .

Berasap telinga Seri Haira mendengar jawapan lelaki itu.

" Oh jadi awak nak salahkan saya lah sekarang ni? " soalnya.

" Saya tak salahkan awak pun. Saya cuma cakap yang saya tak sengaja ".

" Sama jer lah tu. Eii geram saya tengok awak ni tau. Lain kali mata tu tengok depan bila nak berjalan. Bukannya main rempuh jer " bebel Seri Haira.

Firdaus menggaru-garu kepalanya yang tidak gatal.

" Dah lah, kalau tak ada apa-apa saya pergi dulu. Saya ada hal ni. Sekali lagi saya minta maaf " Firdaus terus berlalu pergi meninggalkan Seri Haira sendirian.

Seri Haira merengus geram.

" Anak kau dah balik ke Ilham? " soal Datuk Mukriz.

" Ha'ah. Dia baru jer habis belajar " jawab Tan Sri Ilham.

Selesai mesyuarat tadi dia terus keluar makan bersama kawan baiknya, Datuk Mukriz.

" Kau kena hati-hati Ilham " .

" Kenapa pulak? " dahinya berkerut seribu.

" Yelah business kau tu dah makin maju. Ramai musuh kau. Lagi-lagi Sinar Holdings. Kau bukannya tak tahu, Megat tu boleh buat apa saja. Aku takut dia apa-apa kan anak kau tu nanti " .

Tan Sri Ilham terdiam seketika. Ada benarnya kata Datuk Mukriz. Megat ialah bekas rakan kongsi Tan Sri Ilham. Pada awalnya mereka memang berkawan baik. Tapi semuanya musnah setelah Megat menggunakan wang syarikat untuk kepentingannya sendiri.

Akhirnya mereka masing-masing menubuhkan syarikat sendiri. Pernah dulu Megat mengupah orang untuk menculik Seri Haira. Oleh kerana itu Tan Sri Ilham menghantar Seri Haira melanjutkan pelajarannya di Perth Australia. Dia bimbang dengan keselamatan anaknya itu.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience