BAB 21

Romance Completed 20093

Seri Haira termenung jauh di tepi tingkap. Sudah seminggu Firdaus berhenti kerja. Sejak kejadian hari tu, dia langsung tidak dapat berjumpa dengan Firdaus. Dia sendiri tidak tahu kenapa. Firdaus hanya menelefon Tan Sri Ilham dan memberitahu dia mahu berhenti kerja. Seri Haira cuba menghubunginya, tetapi tidak dapat. Dia sudah bingung untuk mencari Firdaus di mana.

" Kat mana awak sekarang Firdaus? Saya rindukan awak sangat-sangat " air matanya mengalir perlahan.

Segala memori indah dan kenangan dia dan Firdaus terlayar di fikirannya.

Firdaus merenung telefon bimbitnya. Dia tersenyum sendiri melihat gambar Seri Haira, gambar yang diambil curi-curi ketika Seri Haira sedang leka. Sungguh dia rindukan gadis itu ketika ini, tetapi dia terpaksa menahan rindunya.

" Saya minta maaf Seri. Bukan niat saya nak tinggalkan awak macam tu jer. Saya rindukan awak sangat-sangat. Tapi saya tak mampu nak luahkan. Andai suatu hari nanti Allah pertemukan kita kembali, saya nak sangat awak tahu yang saya cintakan awak " .

Firdaus mengambil keputusan untuk berhenti kerja kerana dia rasa dirinya gagal untuk menjadi bodyguard pada Seri Haira. Dia gagal melindungi gadis itu. Dia juga menukar nombor telefonnya supaya Seri Haira tidak dapat menghubunginya.

Lim bulan kemudian...

Seri Haira yang baru sahaja keluar daripada butiknya, terus melintas tanpa menoleh kiri kanan terlebih dahulu kerana dia ingin cepat. Selepas Datuk Megat ditangkap oleh polis, Seri Haira tidak perlukan bodyguard lagi untuk mengirinya kemana-mana. Tan Sri Ilham juga sudah tidak risau lagi memandangkan Datuk Megat sudah dipenjarakan.

Pinnnn!

Sebuah lori menekan honnya. Seri Haira ketika itu begitu terkejut. Dia terus memejamkan matanya.

" Ya Allah andai ini hari terakhir ku...".

Tubuhnya ditarik oleh seseorang. Seri Haira membuka matanya.

" Ya Allah aku masih hidup? " dia terus memandang lelaki di hadapannya itu.

Firdaus? Lelaki yang paling di rindunya ketika ini. Dia seakan tidak percaya orang yang paling dia rindui selama ini ada di hadapannya kini.

" Firdaus? " .

" Lain kali hati-hati. Bahaya kalau melintas tak tengok kiri kanan dulu " pesan Firdaus.

" Firdaus mana awak pergi selama ni? Kenapa awak tinggalkan saya macam tu jer? " Seri Haira tidak mempedulikan pesanan Firdaus.

" Saya minta maaf. Assalamualaikum" Firdaus terus berlalu meninggalkan Seri Haira.

Namun Seri Haira terus mengejar. Dia tidak mahu sia-siakan pertemuannya dengan Firdaus. Dia menarik lengan Firdaus.

" Firdaus, kenapa awak buat saya macam ni? " empangan air matanya sudah pecah. Laju sahaja mengalir.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience