BAB 9

Romance Completed 20093

" Seri. Mari sini kejap. Papa ada benda nak cakap " panggil Tan Sri Ilham.

" Ada apa papa? " Seri Haira melabuhkan punggungnya di atas sofa hadapan Tan Sri Ilham.

" Seri keluar ke siang tadi? " .

Seri Haira sudah tersengih-sengih. Dia lupa untuk memaklumkan pada papa nya.

" Kenapa tak beritahu papa? " .

" Sorry Seri terlupa. Seri janji tak buat lagi lepas ni " .

" Nasib baik Mak Mun beritahu papa tau. Seri pergi mana jer siang tadi? Semalam baru sampai Malaysia, hari ni dah nak keluar. Tak penat ke? " soal Tan Sri Ilham.

" Seri jalan-jalan jer tadi. Bosan lah papa duduk rumah. Papa asyik busy jer " jawabnya.

" Papa busy dengan kerja. Kalau tak kerja, macam mana nak sara Seri? Mak Mun kan ada kat rumah. Borak lah dengan Mak Mun " .

" Seri tak nak kacau Mak Mun dating dengan Pak Mat " Seri Haira ketawa kecil.

" Ada-ada jer lah Seri ni " Tan Sri Ilham menggelengkan kepalanya.

Pening kepala melayan anak daranya ni. Nasib baiklah Seri Haira seorang saja anaknya.

" Papa cakap tadi ada benda nak cakap dengan Seri kan? Apa dia? " .

" Sebenarnya macam ni, papa ingat nak carikan bodyguard untuk Seri ".

Terlopong mulut Seri Haira mendengar perkataan 'bodyguard'.

" Seriously papa? Untuk apa? Seri bukannya sesiapa pun sampai papa nak carikan bodyguard untuk Seri " ujarnya tidak puas hati.

" Seri, Seri lupa Seri hampir kena culik dulu? " .

Seri Haira mengangguk perlahan.

" Itu sebab utama papa hantar Seri belajar dekat Perth. Papa risaukan keselamatan Seri. Bila Seri dah balik sini, papa tak nak ambil risiko kehilangan Seri lagi. Kita tak tahu apa yang akan jadi kan. Sebab tu papa nak ambil langkah berjaga-jaga. Sekurang-kurangnya ada juga yang jaga Seri nanti " terang Tan Sri Ilham.

" Tapi papa tu dulu. Sekarang ni dah lain. Seri boleh jaga diri Seri sendiri. Papa tak perlu risaukan Seri lagi " bantah Seri Haira.

" Seri mestilah papa risaukan Seri. Seri satu-satunya anak papa. Papa tak nak kehilangan Seri " .

" Papa tahu ke siapa yang nak culik Seri tu? " soal Seri Haira.

" Uncle Megat " .

Terbuntang mata Seri Haira mendengarnya.

" Uncle Megat? Kawan papa tu ke? " soalnya seakan tidak percaya.

Tan Sri Ilham mengangguk perlahan.

" Dia akan buat apa saja Seri. Sebab tu papa nak ada yang melindungi Seri " .

Seri Haira diam. Mahu atau tidak terpaksa dia mengikut kehendak papa nya itu.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience