BAB 5

Romance Completed 20093

" Ermm not bad. Tapi seriously best gila Mak Mun. Tapi Malaysia lagi best kot " jawab Seri Haira.

Entah berapa banyak 'tapi' agaknya.

" Waktu papa Seri beritahu Seri nak balik dah, Mak Mun lah orang yang paling teruja tau. Cepat-cepat Mak Mun suruh Pak Mat bawak Mak Mun ke pasar untuk belikan bahan-bahan masakan kegemaran Seri " cerita Mak Jah.

Seri Haira tersenyum lebar mendengar cerita Mak Mun.

" Yeke Mak Mun? Seri pun memang rindu sangat dengan masakkan Mak Mun. Dekat sana susah nak rasa masakan kampung " .

" Kenapa Seri tak balik langsung? Raya pun tak balik Malaysia " soal Mak Mun.

" Bukannya Seri tak nak balik Mak Mun. Seri saja nak merajuk dengan papa. Tu yang Seri nak tengok papa sanggup datang lawat Seri kat sana ke tak " .

" Oh..Mak Mun ingat Seri dah tak nak balik Malaysia lagi. Yelah dah seronok duduk negara orang kan " .

Seri Haira ketawa kecil.

" Apa pulak ke situ Mak Mun fikir. Tempat jauh lagikan dikenang inikan pula tempat bermain " .

Mak Mun menggelengkan kepalanya. Mula lah dia punya drama.

" So Mak Mun, apa yang jadi kat sini lepas 4 tahun Seri tak balik sini? " .

" Tak ada apa yang jadi pun. Semuanya sama jer. Cuma Mak Mun kesian tengok papa kamu. Dia kadang-kadang asyik termenung jer sambil tengok gambar Seri. Rindu dekat anak dara dia yang nakal ni " .

Seri Haira diam seketika. Hmm bukannya dia tidak mahu pulang. Tapi dia masih berjauh hati dengan keputusan Tan Sri Ilham. Sebenarnya Tan Sri Ilham yang menghantar Seri Haira belajar di luar negara.

" Seri okay? " soal Mak Mun.

Serentak dengan itu mematikan terus lamunan Seri Haira.

" Haa Mak Mun dengan Pak Mat pulak macam mana? " sengaja Seri Haira ingin mengusik.

Mak Mun adalah seorang ibu tunggal manakala Pak Mat pula bujang terlajak. Daripada dulu lagi Seri Haira memang suka menyakat Mak Mun dan Pak Mat.

" Eh eh budak ni. Pandai ea nak kenakan Mak Mun. Ingatkan dah duduk negara orang tu, insaf lah sikit. Ni tak. Makin nakal rupa-rupanya ".

Berdekah-dekah tawa Seri Haira.

" Seri ada nak pergi mana-mana hari ni? " soal Mak Mun.

" Tak ada rasanya Mak Mun. Seri nak rehat puas-puas. Lagipun Seri kan akan stay terus kat sini. So Seri ada banyak lagi masa " jawabnya.

Mak Mun mengangguk faham.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience