BAB 18

Romance Completed 20093

" Dah lah tu. Jangan lah menangis lagi. Saya masih hidup lah " pujuk Firdaus.

Sejak daripada tadi lagi Seri Haira masih tidak berhenti menangis.

' Comel jugak dia ni ' kata Firdaus dalam hati.

" Disebabkan saya awak luka macam ni. Saya yang salah " kata Seri Haira dengan tangisan yang masih bersisa.

Selepas Firdaus ditikam tadi, Seri Haira hampir diculik oleh lelaki itu. Tetapi mujur ada seorang pengawal keselamatan datang membantu mereka. Lelaki-lelaki itu tadi terus melarikan diri.

Seri Haira terus menelefon ambulans untuk membawa Firdaus ke hospital. Mujur sahaja luka di perutnya tidak terlalu dalam.

" Jangan lah menangis lagi Seri. Awak tak salah apa-apa pun. Saya bodyguard awak. Jadi tugas saya untuk melindungi awak. Apa gunanya saya jadi bodyguard awak tapi saya tak mampu nak lindungi awak. Lagipun saya cuma luka sikit jer kan. Lepas amik ubat sekejap lagi, saya hantar awak balik rumah ya? Nanti papa awak risau pulak " .

" Takkanlah awak nak drive Firdaus? Awak baru jer lepas kena tikam. Saya boleh call Pak Mat untuk ambil kita kat hospital " .

" Seri, kan saya cakap saya okay. Awak tak percayakan saya ke? Saya tak nak apa-apa terjadi pada awak ".

Seri Haira terkedu seketika. Lagi-lagi apabila mata redup Firdaus bertentangan dengan matanya.

" Trust me okay? " .

Lambat-lambat Seri Haira mengangguk.

" Good girl " Firdaus tersenyum kecil.

Sudah dua hari Firdaus cuti. Pada awalnya dia tidak mahu mengambil cuti, tapi Tan Sri Ilham memaksanya. Apabila lukanya sudah sembuh nanti baru dia dibenarkan untuk kerja semula.

Seri Haira memandang telefon pintarnya. Baru dua hari dia tidak berjumpa dengan Firdaus, dia sudah mulai rindukan lelaki itu. Entah bagaimana rindu itu datang dia sendiri tidak pasti. Padahal dulu dia paling tidak sukakan Firdaus.

" Nak call ke tak ea? " soalnya sendiri.

Akhirnya dia membuat keputusan untuk menelefon Firdaus. Soal malu ditolak tepi.

" Hello. Ada apa Seri? " .

" Hello. Saya saja call. Awak dah sihat?".

" Alhamdulillah dah. Lusa saya dah boleh kerja semula. Awak rindukan saya kan? " .

' Ya saya rindu. Rindu sangat-sangat ' kata Seri Haira dalam hati. Tidak terluah di bibirnya.

" Eh awak jangan perasan ea. Saya call ni sebab nak tanya keadaan awak jer. Yelah sepanjang awak takda, papa tak benarkan saya kemana-mana. Bosan tau. Cepat-cepat sihat " .

" Iyalah tuan puteri. Anything for you".

" Okaylah. Awak pergi lah rehat. Bye " Seri Haira terus menamatkan panggilan.

Dia tersenyum sendiri. Hilang sedikit rindunya apabila mendengar suara Firdaus.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience